FESTIVAL Sukan pada hari ketiga diteruskan. Perjalanan semua acara berlangsung tanpa sebarang gangguan.
Sehingga tengah hari, semua acara berakhir dan acara Penyampaian hadiah pun berlangsung.
Semua pelajar diarahkan untuk berkumpul di padang kolej bagi acara penyampaian hadiah. Semasa penyampaian hadiah dilakukan, semua pelajar bersorak dengan suara yang kuat kepada para pemenang, membuatkan kawasan padang penuh dengan suara mereka.
Dalam acara tenis, Ashley mendapat tempat ketiga setelah Felicia dan seorang lagi pemain handal. Meskipun dia mendapat kedudukan ketiga, Ashley masih merasa gembira.
Ketika nama Ashley diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga, pada mulanya Ashley terkejut tapi akhirnya dia tetap naik ke pentas untuk mengambil hadiah.
Raquel juga terus-terusan mengucapkan tahniah kepada Ashley kerana berjaya mendapat tempat ketiga.
Ketika pemenang bola sepak diumumkan, Ashley menoleh ke arah Raquel. "Kumpulan Ted dapat nombor dua. Kau nak pergi ucapkan tahniah kepada dia?" tanya Ashley.
Ashley berfikir kalau dia mahu terus mengajak Raquel untuk pergi berjumpa dengan Ted namun memikirkan keadaan diantara Ted dan Raquel yang masih belum elok lagi, Ashley merasa ada baiknya jika dia bertanya terlebih dahulu pada Raquel. Dia tidak mahu terjadi salah faham lagi.
Raquel terdiam sejenak setelah Ashley bertanya seperti itu. Dia juga tidak pasti sama ada dia mahu pergi berjumpa dengan Ted atau tidak.
"Kita pergi jumpa dengan Kenzie dululah. Dia dan kumpulan dia kan dapat nombor satu dalam game basketball. Saya dengar acara lari berganti-ganti yang dia ikut itu pun, kumpulan dia yang menang... Lepas tu, bolehlah ramai-ramai kita jumpa dengan Ted," kata Raquel pula.
Dia tahu apa yang dia buat ini adalah sama dengan maksud melarikan diri dari masalah tapi Raquel masih tidak mahu berjumpa dengan Ted.
Dia masih merasa... Malu...
Ashley pula tidak berkata lebih banyak. Dia hanya mengangguk dengan cadangan Raquel. Lagipun, dia tidak merasa cadangan itu tidak baik sebab dia boleh berjumpa dengan Kenzie nanti.
Usai majlis itu selesai, Ashley membawa Raquel untuk berjumpa dengan Kenzie dan Steven. Ketika mereka menjumpai Kenzie dan Steven, mereka dikelilingi oleh sekumpulan pelajar perempuan.
Kebanyakan dari mereka mengucapkan tahniah kepada Kenzie dan Steven dan ada juga yang memberikan hadiah kepada mereka.
Ashley dan Raquel tidak mahu mengganggu masa mereka jadi mereka hanya memandang dari tepi sambil menunggu semua peminat itu pergi.
Laura dan kawan-kawan yang lain datang menghampiri Ashley dan Raquel. Anjel juga ada bersama mereka dan ketika melihat Raquel, Anjel cepat-cepat mengalihkan pandangannya dan memandang ke arah lain. Bukan Anjel saja yang berbuat begitu tapi Raquel juga sama.
Laura dan Connie tidak sedar dengan situasinya janggal diantara Raquel dan Anjel kerana mereka sibuk mengucapkan tahniah kepada Ashley.
Ashley juga mengucapkan tahniah kepada Connie kerana dia mendapat tempat kedua dalam acara memanah. Ashley tidak menyangka kalau Connie handal dalam sukan memanah.
Hampir setengah jam kemudian, barulah semua peminat itu beredar meninggalkan Kenzie dan Steven. Itu pun selepas Lina menghalau semua peminat itu. Ramai peminat yang menggerutu tidak puas hati kerana Lina sudah menghalau mereka. Namun kerana pandangan Lina yang tajam bagaikan pisau itu, mereka hanya mampu berdiam diri dan pergi dari tempat itu.
Lina terus memeluk lengan Kenzie macam seekor koala memeluk dahan pokok. Dia tersenyum lebar ke arah lelaki itu. "Kenzie, kau menduduki kedudukan juara lagi. Saya tahu kau memang akan menang lagi tahun ini. Untuk celebrate kemenangan kau, jom kita ke Restoran Hotel Merah Perkasa? Saya akan belanja kau makan malam..."
"Kenzie saja? Saya tidak? Saya juga satu kumpulan dengan Kenzie... Kenapa kau tidak bawa satu kumpulan saja pergi ke Hotel Merah Perkasa?" Steven mencelah kata-kata Lina.
Restoran Hotel Merah Perkasa boleh dikira restoran yang paling mewah. Dengan makanan yang enak dan berkualiti, hanya mereka yang mempunyai identiti tertentu dan mampu membayar harga makanan saja yang dapat makan di restoran itu. Jika Lina berkata mahu membelanja Kenzie ke restoran itu malam ini, Steven juga tidak mahu melepaskan peluang untuk ke restoran itu. Steven berasa Kenzie sangat beruntung mempunyai Lina yang sanggup menghabiskan duit semata-mata untuk menarik perhatian Kenzie.
Jawapan yang dinanti oleh Steven bukanlah jawapan yang dia harapkan, melainkan sebuah jelingan tajam dari wanita di samping Kenzie itu.
Dengan kukunya yang panjang dan dicat dengan pewarna kuku berwarna merah terang, Lina menuding ke wajah Steven. "Kau pekak kah apa? Saya cuma nak ajak Kenzie saja, not you! So, jangan berangan sangat saya akan bawak kau! Kalau kau nak ikut juga, kau kena bayar makanan kau sendiri!"
Kenzie memberikan pandangan tidak puas hati kepada Lina. Dia tidak suka jika ada orang yang memperlakukan orang terdekat dia dengan kelakuan tidak sopan. Terlebih lagi Steven yang sudah dianggap adik-beradik dan sahabat baik Kenzie.
Kenzie terus menarik tangannya dari pelukan Lina. "Saya tidak berminat dengan Restoran di sana." Dalam erti kata lain, 'saya tidak mahu pergi dengan kau.'
"Oh, kau tak suka ke? Kalau macam tu, kau nak ke mana? Cakap saja tempat mana kau nak pergi, saya akan bawa. Kita celebrate kemenangan kau sama-sama, okey?" Lina tidak berputus asa dan berusaha untuk membuatkan Kenzie setuju. Dengan Steven tadi, suara dia sangat kasar macam seekor singa tapi dengan Kenzie, suara dia bertukar jadi lembut, sangat lembut sampaikan kucing pun tidak takut dengan dia.
Steven yang diabaikan lagi itu hanya mampu mengeluh dan menggeleng dengan sikap Lina. Wanita ini tetap berusaha untuk menarik perhatian Kenzie sedangkan Kenzie sudah bersikap sedingin, dinginnya kepada dia. Steven yang berdiri di sebelah Kenzie pun boleh rasa kedinginan yang dikeluarkan dari badan Kenzie itu. Dinginnya, jangan cakap... Mengalah-ngalahkan suhu Antartika saja...
Kenapa Lina tidak sedar dengan perkara ni, ya? Badan dia ni memang sudah kebal dengan kedinginan ni kah?
Ashley dan yang lain pula memandang Kenzie dan Lina dari jauh. Mereka pada awalnya mahu menghampiri dua orang lelaki itu untuk mengucapkan 'tahniah' tapi melihat ada Lina, mereka berhenti.
Lagipun, siapa yang mahu berdepan dengan wanita yang suka menengking orang lain jika orang yang dia suka itu didekati dengan orang lain. Lina bertindak seperti seorang wanita yang sudah berkahwin dengan Kenzie; sentiasa mencuba menghalau semua bunga yang ingin menarik perhatian kumbang miliknya.
Kenzie tidak melayan Lina lagi dan dia terus berjalan meninggalkan Lina. Steven hanya mengikuti dia tanpa banyak soal. Dia juga tidak mahu tinggal di sana dengan Lina jika wanita itu hanya tahu menengking dan menjeling orang saja. Siapa tahan, wei!
"Eh, Kenzie! Tunggu! Kau dah nak pergi sekarang? Kau nak pergi celebrate di mana?" Lina segera mengejar Kenzie dengan mulutnya sibuk bertanya dengan Kenzie.
Kenzie tidak melayan malah dia terus berjalan ke satu arah. Tidak lama kemudian, dia berhenti... Tepat di hadapan Ashley.
Dengan wajah selama, Kenzie bertanya, "Kamu semua nak pergi mana lepas ni?"
Ashley dan yang lain tercengang-cengang sekejap.
"Oh, Ashley... Saya nampak kau naik pentas tadi. Congrats untuk kau sebab dapat tempat ketiga. Macam mana kalau kau ikut kami celebrate malam ni?" kata Steven. Dengan wajahnya gembira dia menepuk bahu Ashley.
Kenzie menjeling tangan Steven yang ada di atas bahu Ashley sebelum dia memandang ke arah Steven.
"Tidak boleh! Kenzie tidak boleh pergi dengan mereka. Kenzie harus ikut saya malam ini juga. Saya hanya mahu Kenzie celebrate dengan saya saja malam ini!" bentak Lina sambil berdiri diantara Kenzie dan Ashley.
Ketika itulah semua orang memandang Lina dengan satu ayat di minda mereka.
'Apa benda dia merepek ni?'
Terima kasih semua sebab masih sokong Kenzie dan Ashley...
...
Sorry sebab terlalu lama update.
Saya akan cuba update sebanyak yang mungkin nanti...
Selamat membaca!
*mini love*