webnovel

benci tapi cinta ep 18

Situasi ika pergi ke hospital dengan hafiz..wajah ika begitu gelisah kerana mendengar keadaan Laura. Hafiz juga seperti itu.. 

Laura di hospital,

Ika:Laura!!.. Ya Allah kau OK ke ni..

Laura senyum:kau tak nampak ke aku ni dekat hospital.. Sakit lah ika oii..

Ika sedih:sakit macam ni pun, kau masih nak Bergurau..

Hafiz:macam mana boleh jadi macam ni Shahril?

Shahril hanya diam..

Laura:dia takde dengan saya Waktu tu..

Hafiz ingin menumbuk Shahril tapi ika menghentikan hafiz.. 

Hafiz:kenapa kau sibuk jalan jalan sampai tak jaga Laura!!..

Ika:abang!!..tak payahlah abang sampai nak tumbuk Shahril..

Laura serius:hafiz..mulai sekarang.. Jangan risau tentang saya, saya dah suami orang, biar suami saya yang...risaukan saya..saya taknak susah kan awak lagi

Hafiz merasa sakit hati kerana kata kata Laura, dia pun pergi meninggalkan Laura.. 

Ika :Laura..saya minta maaf tentang tadi..ini hadiah buah tangan dari saya Dan hafiz..Dan awak Shahril.. Ada betul apa yang abang saya cakap, saya dengan Laura bukan sahabat sehari.. Tapi sejak kami tak pandai berdiri lagi bersahabat.. Kau kena jaga laura,sebab abang saya sangat cintakan Laura.. Dia sanggup korban kan perasaan dia semata mata nak tengok laura bahagia.. Saya pergi dulu Laura..

Shahril hanya merasa Serba salah terhadap Laura.. 

Laura menenangkannya:awak jangan makan kata kata ika tu.. Dia memang suka nasihat kan orang.. 

Malam pun tiba, 

Shahril hanya berdiam. 

Laura:awak kenapa murung je ni? 

Shahril:laura.. Saya nak minta maaf, sebab Biarkan awak sorang sorang kat rumah..saya Waktu tu beli ikan..sebab saya nak masak kan awak ikan kari.. 

Laura menangis.. 

Shahril:kenapa ni? 

Laura:saya teringatkan mak saya.. Dulu masa saya miskin, takde yang peduli.. Kecuali ika Dan hafiz..saya terpaksa jual baju yang ayah saya hadiah kan..

Shahril:Dan.. Kenapa awak sedih Masa saya cakap kari ikan tu?.

Laura senyum:sebab dulu.. Makanan saya dengan mak setiap hari.. Sup kari ikan.. Kitorang tak pernah dapat makan yang sedap sedap, kalau nak cakap ayam.. Lagi lah tak pernah.. 

Shahril senyum:Laura.. Awak jangan risau, percaya apa yang saya cakap.. Mak awak sedang bahagia sekarang.. Dia dah lah bantu orang,lepas tu penyayang lagi.. Macam awak.. Saya nak sangat tengok mak awak.. 

Laura menangis, Shahril pun memeluk nya. 

Pagi tiba, 

Shahril membantu Laura mengemas

barangnya..

Shahril senyum:Laura..dah siap ke? 

Laura:dah.. 

Ika datang, 

Ika senyum:lauraaa..

Laura senyum:ika.. 

Ika:wahhh nampak sihat ye pagi ni

Laura senyum:sihat sikit.. Untung ada suami yang tak tidur malam.. 

Ika tertawa.. 

Laura:kau datang sorang je ke? 

Ika:aha sorang, abang aku tak ikut.. Busy katanya

Shahril:Laura.. Saya simpan barang barang ni kat kereta tau.. 

Laura:ok.. 

Ika:eh Laura.. Kenapa dia panggil nama kau?

Laura:kenapa?..tak boleh ke? 

Ika:bukan tak boleh, tapi..korang suami istri.. Panggillah Sayang ke darling ke or baby? 

Laura geli hati:eh kau je lah pakai.. Aku tak biasa.. 

Ika:amboi mentang mentang aku takde boyfriend.. 

Laura:alolo jangan lah merajuk.. Aku doakan semoga kau dapat lelaki yang handsome macam Shahril tu..

Ika:aminnnnn hahhahah

Pembantu Tuan shah datang:Puan Laura?.. Tuan shah panggil.. 

Ika yang memandang pembantu Tuan shah pun merasa jatuh hati.. 

Laura senyum:ooh ye..suruh dia tunggu sekejap.. 

Pembantu Tuan shah senyum:baik Puan Laura.. 

Namun, ternyata ika hanya dijeling oleh pembantu Tuan shah, aduhh malu tak tu..

Ika merasa malu:hishhh kurang ajar betul.. Berani dia jeling aku!!..

Laura tertawa.. 

Ika:eh kau ni... Ketawa kan aku pula.

Laura:laaa janganlah ambil hati sangat, pembantu Shahril tu memang macam tu..dia kan kebal sikit perasaan tu.. Kau kan lawa.. Lama lama kalau kau rapat dengan dia, dia suka lah tu.. 

Ika:hmmm yelah tu..btw bila kau nak balik rumah Shahril tu?sepatutnya hari ni kan...hishh jauhlah aku nak jumpa kau.. 

Laura:hahah maybe esok kut.. tak jauh pun..lagi pula kerja kau dengan hafiz kan dekat je dengan rumah Shahril tu..datang je... 

Ika senyum:aku OK je.. Kau tu.. Nanti Shahril buli kau macam dulu lagi..

Laura:takde lah.. Dia tak berani punya.. Aku kan ada syarikat..syarikat dia tu.. Sekelip mata je aku boleh ambil.. Sebab semua harta dia jadi milik aku..

Ika:wahhh hebat..

Laura:ika?..siapa yang menang pertandingan ratu cantik tu?

Ika senyum.. 

Situasi di kereta,Laura memikirkan Pemenang ratu cantik itu..dia memang merasa kagum dengan aurora..

Teringat sewaktu di hospital dengan ika, 

Ika:kau rasa.. 

Laura:isya kut.. Dia kan lawa kat kampung tu..

Ika:bukan isya.. Tapi aurora.. 

Laura:aurora?.. Pembantu hafiz tu ke? 

Ika:ye.. Cantik tau.. Aku pun boleh terpaku.. Kalau kau ikut, ramai orang sokong kau..tapi kau tak ikut, aku pun tak ikut lah...

Kini.. 

Laura dalam hati:padan muka kau isya.. Dulu ketawa kan aku kan dapat nombor 2..kau RASALAH tu.. 

Situasi isya sedang marah.. 

Isya:nombor 2 pula!!.. Memang tak adillah!

Makcik zaitun:aihh dari semalam lagi marah.. Hmm bersyukurlah.. Ada juga nombor.. DariPada takde.. Memang tak dapat duit lah.. 

Isya marah :his mak ni.. Hari hari duit duit duit!.. Serabut isya, serabut!!..

Makcik zaitun marah:kamu ingat.. Kamu teriak kat mak..mak Biarkan kamu ke.. Eh kamu.. Dengar sini!!..

Isya terdiam..

Makcik zaitun:mak belum pekak lagi.. APA KAMU NAK MAKAN, MAK MASAKAN LAGI!!, APA YANG KAMU NAK, MAK TUNAIKAN PELAN PELAN TAU TAK!!.. Mulut kamu dengan anjing jiran sebelah... Takde beza.. Takde beza isya.. Mulai dari sekarang.. Kalau kamu berani marah mak lagi, mak tak teragak agak atau risau kan kamu.. MAK AKAN PUKUL KAMU SAMPAI KAMU MINTA MAAF KAT MAK!! FAHAM!!.. 

makcik zaitun pun meninggal kan isya, isya menangis merasa salah tetapi hati sombongnya begitu kuat..

Isya dalam hati:tunggu kau malam nanti!..

malam pun tiba,

Laura pun pergi melihat TV dengan begitu fokus.. 

Laura senyum :wahhh hebat betul Sheila Rusli ni masak.. Lagipun bulan puasa tak lama lagi nak tiba dah.. Hmm dah lah laki aku pergi bersilat.. Tiba tiba pula aktif dalam silat..

Seseorang mengetuk pintu.. 

Laura membuka pintu, tiba tiba tidak ada orang di depan pintu itu..

Shahril:BAH!!!.. 

Laura terkejut.. 

Laura terkejut:kau ni kenapa!!.. Kau nak aku pengsan lagi ke!!.. 

Shahril :maaf lah.. Aku cuma nak surprise kan kau je.. Mesti kau tengah tunggu aku kan.. 

Laura:amboi kau ni.. Dah lah nak tercabut jantung aku ni.. Kau cakap pula aku ni tengah tunggu kau.. Memang tak lah.. 

Shahril berwajah serius berhadapan dengan Laura, Laura dengan berani tanpa merasa Undur.. 

Laura:pahal kau ni?.. 

Shahril senyum lalu mendekati wajah ke laura

Shahril:awak tau tak.. Malam malam ni.. 

Laura:kau jangan macam macam tau.. Aku waras lagi..

Tapi sebenarnya.. Di dapur, 

Laura potong bawang..

Laura dalam hati:aduii aku ingat apa lah tadi.. Bergegar jantung aku.. 

Shahril senyum:malam malam macam ni.. Sedap makan Maggie kari..sayang mesti nak kan?

Laura menjeling.. 

Shahril memujuk:apa ni.. Kenapa?... Awak tak suka saya balik ke.. 

Laura:tak.. 

Shahril pasrah...

Selesai makan..shahril cuci pinggan, 

Laura:cuci pinggan saya.. Saya nak mandi..

Shahril:hmm saya nak ikut..

Laura terkejut:heii!!.. Kau jangan ambil peluang eh.. Cuci pinggan tu!!..oh lagi satu, pasal tidur..

Shahril:ooh saya tidur kat bilik awak jelah.. Bilik tamu tu ada lipas lah.. Saya takut lipas.. Saya tidur kat depan, awak tidur kat sebelah saya.. 

Laura marah:siapa yang Terima apa yang awak cakap tu.. Saya tak setuju!..awak tidur je mana mana.. Asalkan bukan kat bilik saya.. Jangan nak memandai mandai ye.. 

Shahril merasa sunyi selama berkahwin dengan Laura, dia merasa kan ini adalah balasan padanya sejak dulu.. 

Shahril:saya rindu Laura yang dulu.. 

DULU...

Setelah hafiz pergi, Tuan shah pun datang ke rumahnya..

Tuan shah:Laura!!..

Laura dengan wajah serius :ya tuan?.. Awal nya Tuan balik hari nii?

Tuan shah:itu bukan urusan kau,aku datang ke tak ke ini rumah aku kan!! .. Suka hati aku lahh..sekarang ni aku nak Tanya, Kenapa kau biarkan lelaki tu masuk kat rumah aku!!..

Laura:hmm maaf kan saya Tuan tapi.. Disini bukan tempat sesuai untuk saya jelas kan sebab nanti mak awak dengar

Tuan shah:tak payah sentuh saya.. Saya boleh jalan sendiri!!.. Eh kau dengar sini, aku paling benci tau..orang sentuh aku tiba tiba.. Termasuk kau sekali!!..

Laura menahan marah:Tuan shah.. Tolong faham saya.. Disini.. Ada mak awak..tak baik kalau dia dengar hal nii..

Kini..

Shahril menyesal:last aku jumpa dia Waktu tu.. Aku tampar dia..

Laura yang mendengar keluhan Shahril merasa benci Dan marah lagi..dia merasa sakit sekali, Dan tiada yang mendengar dia selain hafiz.. 

Bersambung...