5 Febuari 2010.
Hari ni kami bertiga hanya makan di kelas. Fatiha yang sakit pinggang malas untuk turun ke koperasi. Jadi aku menolongnya membelikan makanan. Roti sosej kegemaran Fatiha dan 3 roti serunding di ambil lalu diberikan pada kakak senior yang bertugas di situ.
Sedang berjalan menuju ke kelas. Ternampak susuk tubuh Zafril berjalan menuju ke belakang sekolah. Dia nak buat apa pergi ke situ? Perlahan-lahan aku mengejarnya. Tapi dia hilang dari radar.
"Aik cepat betul hilang. Dia lari ke?"
"Cari siapa?"
"Ish!" Aduhai mamat ni. Luluh jantung aku. Bila masa dia kat belakang aku?
"Er. Tak de siapa." Matanya memandang roti yang aku pegang.
"Banyaknya beli?" Aku tak tahu nak jawab apa. Takkan nak bagitahu aku makan banyak sebab tak nak lelaki lain anggap aku cantik. Macam pelik. Dengan pantas tangannya mengambil roti sosej milik Fatiha.
"Er. Itu kawan aku punya." Dengan mukannya yang selamba. Roti tersebut di keluarkan dari plastik lalu makan.
"Kawan?" Mukanya mula pelik.
"Ye. Kawan aku."
"Bila masa kau ada kawan? Kau kan selalu sendiri." Dia pun tahu dulu aku sendirian.
"Penat aku berusaha dapatkan kawan. Janganlah cakap macam tu." Dia hanya senyum sinis.
"Ye ke? Jelas kau cuma pura-pura berkawan." Aku terdiam. Bukan pura-pura. Lebih kepada takut keseorangan. Aku tak nak di anggap gadis pendiam jadi aku berusaha sedaya upaya untuk rapat dengannya. Kau tak tahu seksanya jika di pulaukan.
"Zafril." Lagi sekali dahi aku di jentik.
"Panggil aku Iman." Dia terus pergi. Mengeluh. Dia lebih banyak bercakap sekarang. Tapi aku dapat rasakan yang dia juga pura-pura tenang. Jelas mukannya yang kesepian.
***
Roti sosej aku hulurkan pada Fatiha. Aku terpaksa beli lagi sekali selepas Zafril memakannya.
"Tasya? Awak tak makan dalam kelas?" Seorang pelajar lelaki menyapanya.
"Tak. Saya biasa makan dekat pondok bawah sana." Bekal yang di bawa dipegang erat.
Fatiha dan Dian mula membuat riak wajah yang meluat.
"Janganlah buat muka macam tu." Aku menegur mereka.
"Bukan nak cakap apa. Tapi perangai dia betul-betul buat aku tak selera makan. Dia cuma pura-pura." Badan Fatiha di sandarkan pada kerusi.
"Apa kata ajak dia makan sama dengan kita." Aku berikan cadangan.
"Oh please-lah. Kalau dia rasa sunyi. Dia boleh ajak lelaki lain temankan dia. Memang tu yang dia harapkan." Sindir Dian. Mereka berdua pun ketawa.
'Kalau dia sunyi dia boleh ajak semua lelaki temankan. Memang itu yang dia nak.'
Kata-kata Dian buatkan aku teringat satu ayat yang sering di lontarkan pada aku dulu. Sama. Apa yang Tasya lalui sekarang sama dengan apa yang trjadi dekat aku dulu. Aku jadi bengang dengan mereka.
"Kau tahu tak apa? Sebenarnya korang cemburu bila pelajar lelaki cuma pandang Tasya sorang dan bukannya korang berdua." Kata aku.
"Apa?" Fatiha membulatkan biji matanya.
"Kalau kau rasa pelajar lelaki asik pandang dia sebab dia lemah lembut. Apa kata kau cuba pura-pura jadi macam tu. Baru lelaki pandang."
"Sekurang-kurangnya aku tak terdesak sangat nakkan lelaki!"
"Jadi jangan pedulilah tentang dia!" Suasana jadi sunyi dan sepi. Semua pelajar yang berada di kelas memandang ke arah aku.
Aku terlepas cakap?!
Matilah aku. Mungkin aku akan di benci lagi sekali.
"Er. Aku cuma.. bergurau." Tangan Fatiha aku cuba pegang. Untuk redakan situasi.
Tapi di tepis kuat.