webnovel

Back To Febuary

Tia yang kehilangan seseorang secara tiba-tiba. Tanpa kata tanpa ucap. Membuatkan Tia tertanya-tanya. Kemana dia pergi? Beberapa tahun berlalu. Akhirnya dia muncul kembali dengan perwatakan yang agak berbeza. Tia mula berasa hairan dengan sikapnya. Dia berusaha untuk mendekatinya semula. Tapi sikap barunya yang pura-pura bersahaja membuatkan Tia tiada harapan. Seolah-olah perkara yang lepas tak pernah berlaku antara mereka. Mereka yang berubah sikap dengan sebab yang tertentu. semuanya berlaku hanya di bulan febuari. Bolehkah kita kembali ke febuari yang lalu?

scvrlet · Masa Muda
Peringkat tidak cukup
60 Chs

Saingan

Bila kau tiba-tiba muncul depan aku. Aku tertanya-tanya kenapa? Aku fikir kau dah lupa semuanya. Dan aku cuma fikir mungkin kau tak sengaja dan kau terus hilang. Sedikit lega bila kau dengan hidup kau sendiri.

Tapi bila kau muncul sebab benda yang kau sendiri dah tahu jawapan. Aku harap sangat yang kau cepat-cepat hilang dari pandangan. Sebab baru aku sedar yang kau cuma pergunakan kebaikan untuk matlamat kau.

"Termenung lagi?" Zafril menghampiri aku.

"Erm. Kau tak ada acara ke?"

"Jap lagi 100M. Kau asal tak lari?"

Senyum kelat bila dia tanya pasal lari.

Dari jauh Amirul hanya memerhatikan Tia. Mukanya yang sedikit bengang mula tak puas hati.

"Dengan mamat tu boleh pula kau senyum-senyum. Dengn aku madah nak lari je." Amirul melangkah menghampiri mereka.

"Hai Tia." Tegur Amirul dengan senyuman.

Aku tercengang bila Amirul lagi sekali berani tunjukkan diri.

"Aku nak pergi tandas la." Punggung aku segera mengangkat dari tempat duduk. Zafril hanya memerhati tingkah laku aku.

"Eh? Takkan nak pergi kot. Tadi kemain rancak berborak. Senyum-senyum bagai." Amirul mula menyindir.

Sindiran dia aku tolak ke tepi. Hanya terus berjalan tanpa memandang mereka.

Amirul mula memandang Zafril. Mata Zafril tak lepas dari Tia yang mula pergi selepas kedatangan Amirul.

"Nampaknya aku ada PESAING." Saja perkataan pesaing itu ditekankan.

"Erm???"

"Aku Amirul dan kau...?" Tangan dihulurkan pada Zafril.

Sebaik saja tangan Zafril ingin menyambut salam. Amirul sengaja menarik tangannya kembali.

"I...man."

"Kau ni boyfriend  Tia ke?" Soalan panas yang ditujukan pada Zafril.

"Kenapa?"

"Huh! Berlagak."

Zafril terus beredar.

"Tak guna." Bukan hanya Tia yang selalu larikan diri. Zafril juga turut buat perkara yang sama.

"Tia tu milik aku!" Zafril menghentikan langkahnya.

"Takut ke?" Amirul suka buat suasana menjadi tegang. Tapi tak semudah itu, Zafril bukan jenis yang suka terpengaruh dengan perkara negatif. Dia lebih suka berada dalam keadaan tenang walaupun pihak lawan cuba untuk menaikkan kemarahannya.

Zafril hanya memandang Amirul dengan senyuman.

"Goodluck bro." Zafril terus pergi. Perkataan Zafril buatkan Amirul semakin bengang.

"Korang main-main dengan aku ye. Siaplah korang nanti."

***

Acara 100M hampir tiba. Suasana menjadi rancak bila semua peserta sudah bersedia di garisan permulaan. Dari jauh susuk tubuh Zafril aku sudah nampak.

Mereka mula bersorak rumah pasukan masing-masing.

"Kegarisan." Peserta mula melabuhkan badan dengan kedua belah tangan di atas garisan. Bila bendera merah bertukar putih menandakan semua peserta berada dalam keadaan clear.

"Sedia." Pengadil mula meniup wisel. Semua peserta berlari dengan sekuat hati. Semakin riuh semua penonton bersorak.

Semakin menghampiri garisan penamat.

"Abang Iman menang!" Pelajar perempuan turut menjadi tak tentu arah bila Zafril menjadi Johan acara 100M.

Aku hanya senyum bila Zafril berjaya merangkul pingat Johan.

"Tahniah." Ucapan aku tujukan pada Zafril.

Dia hanya senyum. Cair.

"Jom." Zafril mengajak.

"Pergi mana?"

"Makan. Aku berlanja."

"Patutnya aku berlanja kau Zafril."

Laju jari Zafril menjentik dahi aku.

"Adurh! Makan soranglah kau." Dahi aku usap perlahan.

"Aku nak berlanja tu terima jelah. Tak nak aku berlanja perempuan lain."

"Ok ok. Berlanja aku." Zafril hanya senyum. Risau pula aku kalau dia nak berlanja perempuan lain. hehe.

"Tahu takut."