webnovel

Malam Tanpa Tidur

Editor: EndlessFantasy Translation

Chen Guo tidak pandai mengawal emosinya. Bila dia hendak ketawa, dia akan ketawa. Bila dia hendak marah, dia akan marah. Bila dia hendak menangis, susah jadinya. Dia tidak menahan air matanya.

Apabila dia memikirkan masa lalu Ye Xiu dan menyedari kesukaran yang dia hadapi, Chen Guo tahu air matanya akan mengalir tidak lama lagi.

"Saya nak pergi tidur," Chen Guo bangun, menghentak kakinya dan meluru keluar.

Ye Xiu agak terkejut. Dia sangka Chen Guo akan menyoalnya lebih lanjut lagi. Tanpa disangka dia keluar begitu sahaja.

Ye Xiu menggaru kepalanya dan memandang pada Tang Rou. Tang Rou tersenyum dan bangun, "Nampaknya saya pun perlu balik dan berehat juga."

"Baiklah." Ye Xiu mengangguk. Setelah melihat Tang Rou beredar, dia meletakkan rokok ke mulutnya.

Tang Rou pergi ke pintu dan membukanya. Tiba-tiba dia berhenti dan berpaling menghadap Ye Xiu. "Kamu menyesal tak lari dari rumah?"

Bab Terkunci

Dukung penulis dan penerjemah favorit Anda di webnovel.com