webnovel

Aramin The Phantom Of Darkcurse

Mengisahkan tentang seorang penyelamat dunia diambang kegelapan dimasa hadapan yang telah diramal oleh Penyihir Tua sebelum dia lahir telah menjadi korban nafsu manusia untuk mencapai impian mereka dengan mengorbankan Jiwa Suci dan berdarah Immortal seorang Kerabat Diraja Kingsten sehingga menyebabkan dia terkorban dan dari memiliki jiwa yang suci tidak ternoda menjadi pemusnah dan musuh semua kehidupan. Ia kembali dengan dendam yang membuak-buak, kemarahan yang membara dan segala perasaan yang bercampur aduk membuatkan dia tidak tahu untuk siapa perasaan itu harus ditujukan. Baginya semua ialah musuhnya dan harus dimusnahkan!!!.

Ghost_Sinker · Seram
Peringkat tidak cukup
17 Chs

Volume 1-11

(Abused trigger in this chapter!)

"Kamu harus berhenti dari dera budak tu lagi" Tegur Mr Huang apabila balik sahaja dari Lombong Sampah, dari jauh dia sudah boleh terdengar bunyi libasan rotan dan tangisan kesakitan kanak-kanak lelaki, yang merayu agar berhenti dipukul oleh Ms Huang. Ketika dia melihat keadaan Ahuan. Tsk...dia merasa ngilu terus melihat darah dan kulitnya yang luka-luka dipukul.

"Kenapa pula?! Hubby suka kat budak tu?!" Tuduh Ms Huang dengan muka merah kerana marah. Dia memandang syak ke arah suaminya.

"Apa yang kamu merepek ni?! Saya suruh kamu berhenti dera budak tu! Kenapa otak kamu melayang fikir benda lain pula ni?!" Tidak puas Mr Huang ketika dituduh oleh isterinya mempunyai niat tidak bagus ke atad anak angkat mereka itu. Ingat dia dah hilang akalkah nak suka kat budak kecil?!.

"Jadi yang selama ini kamu jaga betul budak tak guna tu dengan baik mengalahkan anak sendiri kenapa?!" Hilang sudah panggilan 'hubby' nya kepada Mr Huang.

Aku jaga betul-betul budak tu sebab aku nak jual dia tak lama lagi! Dialah yang akan mengubah status pengemis kita ini di masa depan!. Mahu dia menuturkan perkara itu kepada isterinya namun mujur dia sempat lagi mengawal mulutnya. Risau jika Ahuan dengar, lari pula budak tu! Rosak rancangan dia selama ini pula nanti.

"Dari mana kamu tahu yang saya layan Ahuan tu lebih baik dari anak kita sendiri kalau seorang anak pun kita tak ada?!"

Ahuan yang tengah duduk mencangkung dengan kepala tunduk dan kedua tangan memeluk erat kedua belah kakinya, belakang pula bersandar dipintu biliknya, menggigil ketakutan. Pertengkaran keluarga angkatnya diluar benar-benar membuatkan dia takut sangat dan berasa terganggu. Tubuhnya tidak berhenti menggigil dari tadi. Dia langsung tidak menghiraukan luka-luka ditubuhnya yang masih mengalirkan darah disebabkan dilibas oleh rotan berduri oleh Ms Huang tadi. Dia hanya berhenti dipukul tadi hanya ketika Mr Huang balik awal dari biasa.

Namun dalam menggigil takutnya itu dia sempat terfikir. Tak bagi makan 2 hingga 3 hari berturut-turut, selepas itu hanya memberi dia makan roti yang daj berkulat satu keping sahaja. Selain itu menyuruh dia mengangkat air untuk air bersih di Sungai bawah jambatan yang jaug 2km setiap 2 hari sekali dan harus berulang-alik sehingga tong simpanan air bersih di dapur itu penuh, sudah dianggapnmelayan dia 'dengan sangat baik' kah?.

Malah lebih baik layanan yang diberi oleh Mr Huang itu kepadanya berbanding layanan kepada anak kandung sendiri? Memang ibubapa sekejam begitukah?.

Hehehe... kalau memang benarlah begitu, dia memang tak akan teragak-agak untuk hancurkan semua di dunia ini...? Ah...hancur? Dunia?. Dia menjadi keliru lagi dengan apa yang terlintas difikirannya tadi. Namun dia tidak sempat mahu fikir dengan lebih mendalam apabila dikejutkan dengan pintu biliknya ditendang kuat dari luar.

Baam!!

Prakk!....

Uhuk!!

Pintu itu dibuka dengan kuat kerana ditendang menyebabkan Ahuan yang sedang duduk mencangkung dan bersandar di dinding pintu biliknya itu terus terpelayang dengan dia terbatuk darah terus. Dia terhempap terus di dinding. Malah dia sempat lagi rasanya terdengar dengan begitu jelas sekali tulang belakangnya berbunyi kuay seperti patah atau retak tadi!.

"Buktikan kata-kata hubby dengan memukul budak tak guna itu ah! kalau hubby betul-betul tak ada perasaan kat budak itu!"

Cabar Ms Huang yang menendang pintu bilik Ahuan tadi dengan sekuat hati sehingga menyebabkan Ahuan terpelayang beberapa meter dan termuntah darah. Malah disebabkan oleh rumah usang yang kecil itu, bilik Ahuan pun cuma beberapa meter sahaja luasnya, mungkin tandas burukpun luas lagi, jadi ketika Ahuan terpelayang dia terhempap lagi dinding seperti cicak yang melekat kat dinding. Tetapi kes Ahuan pula bukan melekat dengan rela, tapi 'terlekat' dengan 'flying beauty'.

Hidung pun dah kemek mungkin. Namun Ms Huang langsung tidak simpati malah ada hati yang sangat busuk dan keji lagi mencabar suaminya yang tengah marah itu, ditambah lagi tengah penat baru balik sehari suntuk menyelongkar barang buangan di lombong sampah tadi.

"Kau nak sangat tengok aku belasah budak tu?! Okey baiklah aku buat! Puas hati?!"

Dan dengan marah sekali disebabkan oleh tuduhan isterinya yang betul-betul mencabar egonya sebagai seorang lelaki itu tanpa banyak fikir melangkah masuk ke bilik kecil Ahuan dan tanpa rasa bersalah menendang perut Ahuan yang terbaring lemah di lantai.

Pap!!!

Perutnya terasa seperti mahu meletup...

Pang!!

Belakang kepalanya pula yang ditendang.

Ngeeennnnnnggg..!..Berdengung terus gegendang telinga dan kepalanya. Gelap seketika pandangan mata Ahuan.

Prakkk!

Prakkk!!

Prakkk!!

Bukan sekali, 2 kali, 5 kali, 10 kali malah Ahuan sudah tidak dapat mengira berapa banyak kali Mr Huang menendangnya. Seperti dia ini ialah 'sandbag', malah mungkin lebih teruk dari 'sandbag' kerana seluruh tubuhnya tidak selamat dari tidak ditendang dengan kekuatan lelaki yang sudah dewasa.

Krak...krakkk....krakk...Bunyi tulang retak dan patah kedengaran seiringan dengan bunyi tendangan dan tangisam lemah Ahuan. Suaranya sudah mahu hilang...

Ah....sakit....sakitnya...

Dia tidak dapat menghalang dirinya dari merasa benci akan tubuhnya yang abnormal itu, yang mampu menghalang dia dari tidak sedarkan diri biarpun sudah luka seteruk ini dibelasah. Mungkin jika beberapa minggu yang lalu dia boleh pengsan lagi setelah setiap hari diberi minum racun, buat tubuh dia yang sudah sedia abnormal bertambah lagi apabila tiba-tiba dia sudah tidak boleh pengsan lagi setelah dipukul!.

Bencinya....bencinya.....

Kenapa dia lahir di dunia ini hanya untuk diseksa lagi? Lagi? Ah.... Entah kenapa dia merasa apa yang berlaku kepadanya selama ini seperti pernah berlaku. Tapi dia tidak ingat. Cuma saja hatinya tiba-tiba terasa amat dingin dan kosong.

Ms Huang tersenyum sinis dan dengan hati yang senang ketika melihat suaminya yang menendang budak tak guna itu seperti hilang akal.

Terakhir sekali yang dilakukan oleh Mr Huang ialah mengangkat kasar tubuh Ahuan yang sudah lembik dan lemah longlai dengan tulang tangan, kaki dan badannya sudah patah-patah, apalagi dia masih kecil iaitu berusia baru genap 5 tahun, tinggi-tinggi sekali sebelum menghempas tubuh itu di atas lantai.

Bangggg!!!

Bunyi seperti gunu dihemoas kedengaran kuat. siap bergema lagi.

"Puas hati?!" Tengkingnya pula kepada Ms Huang sebelum keluar dari bilik kecil itu, langsung tidak melihat apa yang sudah berlaku kepada tubuh buda kecil hang dihempasnya sekuat-kuat hatinya tadi. Mungkin lebih kuat berbanding menghempas guni, kerana berada dalam keadaan marah mengusai kepalanya.

Tsk! Nampaknya esok dia harus jual budak itu juga! Jika dia berlama lagi pasti budak itu akan ketakutan dan mungkin akan melarikan diri!.

Ms Huang hanya menjungkit bahu. Dia memandang geli dan mual melihat betapa teruknya keadaan tubuh budak itu. Ketika dia dihempas tadi kepalanya terlebih dahulu menyentuh lantai. Boleh dikatakan lehernya sudah patah. Bayangkan sahaja bagaimana tubuh orang yang bunuh diri dengan melompat dari tempat yang sangat tinggi, begitulah keadaan yang berlaku kepada tubuh budak kecil itu. Tiada sudah kelihatan wajahnya yang amat comel dan sempurna itu, yang selalu buat dia rasa cemburu dan sakit hati melihat wajah itu!.

Otaknya turut nampak ah....🤢

Giginya patah dengan mulut dah terkoyak, mata yang meletup sebelah, semua jari kaki dan tangan patah dan bengkak.

Tsk...nampaknya suami dia benar-benar dah marah. Hurm...., tapi bagus juga. Puas hati aku! Harap budak ni mati!.

Namun yang membuat dia terkejut dan berasa seram itu ialah apabila melihat budak itu masih lagi bernafas walau dah penyek seperti itu!.

Malah bunyi tulang-tulang retak dan patah bercantum kembali kedengaran dengan begitu jelas sekali. Mata budak itu yang meletup juga kembali bercantum dan masuk disoket matanya kembali, sebelum berkelip-kelip dengan matanya memandang ke tepat ke arahnya yang berdiri di muka pintu.

Ugh!

Dia hampir kehilangan nafad terus apabila bertatap mata dengan mata hitam yang kelihatan amat kosong itu tanpa berkelip. Dia merasa seperti roh dan jiwanya disedut dan ditarik oleh sesuatu dari jasadnya!.

Namun hanya sekejap sahaja apabila mata hitam itu berkelip dan apa yang berlaku tadi terasa seperti ilusi kerana tiada mata hitam yang kosong lagi yang sedang merenungnya tetapi mata berwarna oren keemasan yang sedang memandang ke arahnya dengan pandangan mata ketakutan.

Humph! Dia mendengus sebelum meninggalkan budak itu yang diharapnya akan mati terus setelah dibelasah oleh suaminya, namun dia benar-benar memandang rendah tahap betapa abnormalnya tubuh budak itu ah.

Wussss ... Prang!..

Setelah Ms Huang hilang dari pandangan mata, kedengaran deruan angin dibilik kecil itu yang menolak pintu itu dan menyebabkan pintu yang hampir tercabut kerana ditendang tadi tertutup perlahan.

Ahuan memandang kosong ke arah pintu yang sudah tertutup itu dengan mata yang berubah warna hitam. Dia memandang pula keadaan tubuhnya setelah lehernya yang patah sudah pulih dan boleh digerakkan olehnya sebelum senyuman bengis terukif dibibirnya. Mata hitamnya semakin bertambah kosong dan gelap.

Entah apa yang difikir oleh kepalanya itu yang masih lagi terkoyak dengan otaknya terlihat dengan jelas. Darah pula mengalir keluar dari luka-lukanya. Kesakitan yang dia rasa juga begitu menyakitkan dan ngilun namun tidak dihiraukannya. Malah senyuman dibibirnya dari senyuman kejam perlahan-lahan berubah manis. Sungguh manis sekali. Namun sayangnya, dengan rupa yang lagi teruk lukanya dari zombie dan mayat yang dimutilasi itu, senyuman manisnya pun terus lebih menyeramkan dari senyuman kejamnya tadi.

"Ah... Disaat saya cuba percaya masih lagi ada orang yanc ikhlas di dunia ini, mereka balik-balik memusnahkan harapan saya. Ah...mereka memang patut harus diseksa..., sayangnya....belum tiba lagi masanya..., saya masih belum hilang harapan untuk mencari cahaya di dunia ini..." Dia berbicara sendirian dengan suaranya yang kedengaran amat dingin sekali. Malah bilik itu juga suhunya mendadak berubah menjadi amat sejuk. Lebih sejuk dari kawasan salji yang tidak pernah cair walaupun 100 tahun diletak dibawah cahaya matahari.

Namun jika didengar dengan baik nada suara dingin milik budak lelaki itu pasti akan dapat menangkap ada nada kecewa, hampir putus asa dan masih berusaha berharap agar ada yabg sudi memberi dia kasih sayang yang dia inginkan sejak lahir di dunia ini.

Walaupun dia sebenarnya sedar yang dia bukan manusia yang normal namun itu tidak menghalang dia daripada ingin merasai kehidupan manusia biasa dan kehidupan yang selayaknya orang biasa terima. Namun entah kenapa harapannya akan dihancurkan berkali-kali setiap kali dia mulai merasa kebaikan yang diberikan kepadanya walau hanya sezarah kebaikan namun sudah mampu membuat dia gembira dan membuatkan dia menghalang kegelapan dihatinya yang ingin mengusai dirinya. Namun apa yang terjadi hari ini buat harapannya itu sekali lagi dihancurkan dalam sekelip mata.

Dia mulai merasa penat. Penat dengan segala apa yang berlaku disekelilingnya dan ke atas dirinya. Penat melihat harapannya berkecai setiap kali ia mulai bercantum kembali. Malah kembali menjadi serpihan kaca tidak berapa lama kemudian. Penat dengan dunia yang seperti membenci akan kelahirannya....

Dia masih berbaring di atas lantai dengan mata yang kosong memandang atap rumah yang bocor dan ada cahaya kecil yang berjaya masuk melalui celah bocor itu dan mengenai kulit wajahnya, yang pucat seperti tiada darah. Kulit wajahnya yang masih ada luka itu perlahan-lahan bercantum kembali.

Besok.... Jika besok mereka masih melayan dia dengan baik, dia akan menahan dirinya lagi. Jika tidak...ah...lebih baik dia mematikan sahaja jiwanya yang masih berharap dan membiarkan dirinya yang sebenar kembali menguasai tubuhnya....

Namun Ahuan tidak tahu besok ialah merupakan hari terakhir 'Ahuan' akan wujud. Kerana takdir 'Ahuan' yang berusaha dipertahankannya telah berubah lagi disebabkan oleh perbuatan yang sama iaitu 'ketamakan'. Menghancurkan segala harapan yang berusaha dipertahankannya walau berkecai berkali-kali untuk membuktikan dirinya juga seperti manusia biasa, yang juga mempunyai jalan hidup sendiri seperti kehidupan biasa yang lain.

Biarpun itu ialah apa yang berlaku di masa hadapan. Kerana sekarang 'Aramin' belum lagi dapat mengingat tujuannya lahir dan kenapa dia yang seharusnya Yang Terpilih telah berubah menjadi Kegelapan dan Sebuah Sumpahan, malah masih sedang tersenyum kecil dan polos. Harapannya masih ada untuk hari esok dan yang akan datang...dia masih belum mahu mengalah lagi.

Sikap positifnya itu akan membuatkan dia bertambah kecewa di masa akan datang....

Volume 1 mw dekat habis dah. Ini ialah kisah hidup Ahuan sebelum dia musnahkan harapannya semua. Musnah ketika dia akhirnya dijual oleh keluarga angkatnya.

Bukan nak menderakah apa. Cuma dah memang itu jalam hidup saya nak buat Aramin hadapi. Supaya adalah sebab nak jadi Kegelapan. hehehe...

Ghost_Sinkercreators' thoughts