webnovel

chapter 6 Alynna (Tangisan Bulan Madu)

Mariam mengesat airmata yang membasahi pipi. Kini anak gadisnya itu milik orang lain. Dia memeluk Alynna erat " jaga diri ya,ibu tak ada dengan kamu"..Alynna membalas pelukan erat Mariam.Alynna hanya mengangguk perlahan. Datin Maria menepuk perlahan bahu Mariam dengan senyuman yang terukir di bibir merahnya. " Kami bawa Alynna ya.." Mariam mengangguk lalu tersenyum paksa.

Alynna mengatur langkah sesekali dia menoleh melihat keluarga yang akan di tinggalkan. Tak mengapa ibu, selepas ni ibu tak perlu kerja susah lagi. Nanti Alynna bantu ibu.Alynna melambai tangannya kepada Ahmad,ada terlihat kesuraman di wajahnya.

Majlis kecil itu cuma antara keluarga mereka. Itu adalah permintaan Alynna yang tidak mahu membebankan sesiapa. "Saya tahu awak kaya,Saya minta dan harap sangat kalau boleh cukuplah nikah saje..saya tak mau majlis yang besar..kesian ayah".. Iskandar menatap raut wajah isterinya itu. Kata- kata Alynna itu hanya dituruti. Iskandar mengenggam erat jemari Alynna. Dia ingin melihat isterinya itu gembira.

Datin Maria dan Datuk Borhan masuk ke bilik utama. Iskandar membawa beg pakaian Alynna ke biliknya. Langkah Alynna agak perlahan, dia melihat suasana di dalam rumah mewah itu. Ketika itu dia teringat kepada keluarganya.Dia tergamam apabila Iskandar memeluk tubuhnya dari belakang. "Nanti kita bawa keluarga awak datang sini" bisik Iskandar ke telinga Alynna. Alynna mengangguk perlahan. Dia membiarkan Iskandar memimpin tangannya masuk ke dalam bilik tidur. Alynna melihat suasana bilik itu,dia tersenyum sedikit untuk menghilangkan rasa gementarnya. "Bilik ni besar macam rumah saya" kata Alynna mengakui kekurangan keluarganya. Iskandar duduk di sisi Alynna. Jemarinya membelai lembut wajah polos dihadapannya itu. "Sayang... " Alynna terpaku seketika. "Mulai harini sayang boleh panggil saya,is..awak ..hubby..atau.." "abang" Alynna membalas sepatah lantas membuatkan Iskandar tersenyum.

Malam itu ketika menjamu selera,Iskandar menyuarakan hasratnya. " Mama.. is rasa nak bawa ibu dengan family bercuti dengan kita". Alynna berhenti menyuap makanan. Dia melihat wajah lelaki yang bergelar suami kepadanya. "Bagus juga..mama setuju" Datin Maria mengangguk. "Betul ke?" Alynna bertanya lagi untuk kepastian. Iskandar tersenyum "ya sayang, nanti abang bagitau ibu". Kata-kata Iskandar itu begitu mengembirakan hati Alynna. Sudah lama dia menyimpan impian untuk membawa keluarganya bercuti. "Terima kasih.." ucap Alynna perlahan. Iskandar membalas dengan senyuman.

Bagaikan terhenti degupan jantungnya. Alynna terduduk membisu,airmatanya berlumba -lumba membasahi pipi.Badannya mengigil sejuk mendengar khabaran buruk itu. " Kita pergi hospital, Is tengokkan Alynna dulu" Datuk Borhan mengesa Datin Maria untuk segera ke hospital.

Alynna masih menangis dalam pelukan Iskandar. Iskandar merasa cukup kasihan melihat kesedihan itu.Datuk Borhan pulang bersama Maimun. Alynna segera mendakapnya erat.

Maimun tunduk seketika,dia mengesat airmata. "Maklong minta maaf Na..,malam tadi maklong balik rumah,maklong tinggalkan ibu kamu.." Maimun menyuarakan rasa bersalahnya. " Api besar sangat Na, tak daya maklong nak menolong ibu kamu.." Maimun menangis.Alynna teresak - esak menangis mendengar luahan Maimun. Rumah mereka terlalu usang, memang mudah dijilat api. Sebab itu Alynna memasang impian untuk mengubah hidup keluarganya. "Sudahlah Mai, pergilah berehat. Esok kita nak uruskan hal yang penting" kata Datuk Borhan. Alynna memimpin tangan Maimun menuju ke bilik tetamu. Langkah Maimun terhenti " Na..kamu .."kata-kata Maimun terhenti. "Takpe..biar sayang temankan Maklong malam ni.. abang izinkan" kata Iskandar tersenyum lalu memegang bahu Maimun. "Maklong rehatlah ya.."Maimun membalas dengan senyuman. Langkah Iskandar terhenti,dia berpaling semula kepada Alynna. "Sayang..nanti suruh maklong tinggal dengan kita saje.. di kampung tak selamat. Sayang suka tak?" Alynna mengangguk perlahan. Dia pergi kepada Iskandar lalu memeluknya erat "terima kasih ""sama-sama sayang.."Alynna meleraikan pelukannya lalu kembali menemani Maimun.

Alynna membisu. "Minta maaf sayang,abang tak dapat tunaikan hajat sayang bawa family bercuti".Alynna masih membisu,airmatanya mengalir membasahi pipi.Pandangannya sepi, rasa rindu bercampur hampa. Iskandar merangkul Alynna erat. Dia menjadi sebak melihat Alynna begitu.Dia cuba untuk mengembalikan keceriaan Alynna. Alynna menatap wajah Iskandar dengan sedih lalu berkata " kenapa maklong tak nak tinggal dengan kita?" Hampa sungguh rasa di hatinya apabila Maimun menolak untuk tinggal bersama." Tak ape,nanti abang bawa sayang selalu pergi rumah maklong,kita tidur sana,borak dengan maklong,nanti sayang bawa abang jalan kampung.."Iskandar cuba memujuk. "Abang janji ya.."kata Alynna lalu mengesat airmatanya. Iskandar mengangguk sambil tersenyum.

BERSAMBUNG...