webnovel

Chapter 1: Awal Pencarian

"Pagi yang cerah di Gunung Elbrus, Rusia!" seru Juliet , dengan penuh semangat. Ini adalah kali kedua dia mendaki gunung tertinggi di Eropa itu. Kali terakhir dia berada di sini adalah bersama ayahnya, dan juga hari terakhir dia bertemu ayahnya. Kenangan pahit itu masih membayangi pikirannya.

Plakkk! Suara tamparan ringan di belakangnya mengejutkan dari lamunannya. "Kau ni kenapa menjerit macam orang gila pagi-pagi buta ni?!" tegur Rose, teman sekerja dan sahabat baik Juliet. Rose adalah seorang perisik, sama seperti Juliet. Dia menjadi lebih tegas sejak dia ditinggalkan oleh ibunya kerana memeluk agama Islam

"Hehe, maaf lah. Aku excited je, dah lama tak datang sini," kata Juliet dengan nada yang lebih perlahan.

Rose hanya menggelengkan kepala. Dia tahu benar sifat kekanak-kanakan Juliet yang masih utuh, walaupun Juliet sudah berusia 22 tahun. "Dah lah, jom turun. Nanti orang lain fikir kita hilang pulak. Lagipun, gunung ni tinggi sangat, 5,642 meter tau," kata Rose, mencoba menarik Juliet turun dari puncak.

"Tapi Rose, aku rasa ayah aku masih ada di sini," kata Juliet, menahan Rose.

Rose hanya bisa menghela nafas. Dia tahu betapa keras kepala Juliet, dan dia juga pernah merasakan rasa kehilangan seorang ayah. "Baiklah, aku turun dulu. Aku lapar, nak makan corndog kat bawah. Bye."

"Corndog?!" mata Juliet berbinar. Dia tahu Rose sengaja menggunakan makanan sebagai umpan untuk menariknya turun. Mereka berdua turun dari gunung itu dengan hati-hati, tidak menyedari bahwa ada seseorang yang sedang memperhatikan mereka.

Sementara itu, di sebuah vila mewah, Alex sedang berendam di dalam tab mandinya yang besar. Dia merasa bosan dengan wanita-wanita yang ada di sekelilingnya. "Kau semua keluar sekarang! Bosan aku dengan kau semua!" jerit Alex, membuat wanita-wanita itu berlari keluar dari bilik mandi.

Beberapa minit kemudian, Natalie masuk ke bilik mandi. "Kau ni tak boleh ke berbaik sedikit dengan perempuan-perempuan tu? Asyik menengking je," tegur Natali.

Alex hanya mendengus. "Kau dah siapkan beg aku belum?"

Natalie hanya tersenyum. "Dah, beg I pun dah siap."

Alex terkejut , mata biru kecoklatannya memandang Natalie dengan pandangan tajam. "Kau nak ikut aku ke Rusia?"

"Ya, I nak temankan you . You nak tinggal kat sana sebulan kot." kata Natalie, mencoba menjelaskan.

Alex bangun dari tab mandinya, mengambil tuala dan mengelap badannya. "Kau tak perlu ikut aku. Aku pergi sana untuk kerja, bukan untuk bercuti. Lagipun, siapa yang akan jaga markas kalau kau ikut aku?"

Jeritan Alex membuat Natalie sedikit terkejut. Dia segera berlari keluar dari bilik mandi, meninggalkan Alex sendirian. Alex hanya bisa menggelengkan kepala. Dia tahu Natali sangat mencintainya, tapi dia juga memerlukan waktu privasinya.

Alex segera bersiap-siap dan pergi ke bandara untuk membeli tiket ke Rusia. Dia tahu dia harus melanjutkan pekerjaannya, walaupun itu berarti meninggalkan Natali.

Akhir Chapter 1.