webnovel

ALEEZA LUNA:waiting for the prince (Malay)

Gadis misteri bernama Aleeza luna yang suka mengigati dendam baginya maaf tidak cukup pasti perlu dengan perbuatan. Gadis itu di benci satu kelas kerana dia merupakan anak yatim dari rumah anak yatim yang berhutang banyak. Tiba-tiba jejaka bernama Prince Rigel Avan pindah ke situ. Jejaka itu bukan sebarang orang dia merupakan pewaris harta jika tiada harta sahaja sudah kaya dan berkuasa apa lagi jika sudah mewarisi harta. Ada satu rumor yang mengatakan jika mahu menjadi isteri kepada Prince Rigel Avan mereka perlu membuat seorang perempuan bunuh diri dengan membuli perempuan itu sampai bunuh diri. Hanya seorang sahaja yang berhati tisu dan tidak berguna ya betul wanita itu adalah Aleeza luna sekarang semua telah membuli gadis itu. Tapi yang paling membuatkan gadis itu terkesan apa bila seorang wanita popular mengupah seorang lelaki untuk membulinya sampai separuh mati. Lelaki itu adalah Adrean Darian lelaki yang membuli beribu-ribu wanita sampai memilih untuk mati. Wanita popular yang mengupah Adrean Darian adalah Nissa aisy dari luaran saja yang lembut tapi hati sungguh hitam dan busuk Tidak lupa MISTERI Aleeza luna misteri ada sahaja sesuatu rahsia yang di rahsia kan gadis itu. Apakah rahsia gadis itu? Adakah dia dapat bertahan? SIAPAKAH HANTU PUTERA ITU? 'Sepatutnya aku dibuli bukan jadi pembantu' ______________________ START:13/MAC/2022 END:______ WATTPAD STORY MANIS_GULA_GULA: 4 SERIES ADGRE:1 ______________________ ⚠️Tiada kaitan dengan cerita sebenar ⚠️ ❎No plagiat ⚠️Bullies ⚠️Mengandungi Ayat kasar

Manis_gula_gula · Masa Muda
Peringkat tidak cukup
9 Chs

7-Confess love...

........

"Wahh"Aleeza bersandar di dinding.

Adrean melihat gadis itu.

"Kepala kau okay?"Tanya Adrean dengan dingin.

"Okay ha kenapa kau bagi duit tu balik banyak kot "Pelik Aleeza.

"Sebab aku sayang kau"Adrean tanpa berfikir sedikit pun.Kelihatan ketenangan Adrean sekaligus bangga.

Aleeza terkaku disitu.Adakah baru saja tadi Adrean memberitahu kan perasaannya ke Aleeza.

"Makin tak waras kau ni"Aleeza masih terkaku disitu dilihatnya Adrean dengan sangat tajam.

Adrean tersenyum sedikit melihat Aleeza terkaku disitu.Adrean memandang mata gadis itu dan senyum.

"Kenapa tak terima?"Adrean sambil mengangkat keningnya memandang tepat ke Aleeza.

"Entah tapi tapi...."Sampai terdiam Aleeza banyak betul yang perlu difikirkan gadis itu.

"Aku nak kau satu hari nanti jawab terima atau tidak hmm nanti aku jadi kan kau isteri aku tak payah majlis menyusahkan"

Senyum Adrean kemudian menatap wajah terkejut Aleeza dan kembali ke muka serius.

"Wahh"Aleeza cuba tenang.Dia senyum supaya dapat menghilangkan muka terkejut itu.

......

"Abang.."Panggil Nilam apabila Adrean masuk ke rumah.

"Apa nak halau aku"Ucap Adrean dengan dingin.

"Bukannn tadi emm apatuh alaaa drone abang jatuh satu"Nilam yang susah menyebut ayat itu.

"Macam mana boleh jatuh"Adrean meletakkan barang dan menuju ke satu bilik.

"Min main marah dia!"Nilam memandang marah ke min yang tidur elok di tempatnya.

Adrean membuka pintu bilik itu dan melihat drone yang tersusun rapi serta computer yang banyak bukan seperti untuk main game tapi untuk sesuatu yang rahsia.

"Tahu kan ni bilik aku?"Tanya dingin Adrean sambil melihat ke drone jika ada kerosakan.

"Tahu bilik abang"Ucap Nilam dengan yakin.

"Jadi macam mana min boleh masuk sedangkan bilik ni aku kunci"Adrean memandang tajam ke Nilam.

"I_itu"Mula ketakutan datang.Tangan Nilam mengigil melihat Adrean dengan tatapan seakan-akan ingin membunuhnya.

"Kau curi apa mengaku rantai,cincin or dress mana mengaku"Adrean mula mendekati Nilam dengan wajah menahan sabar.

"Mana ada Nilam tak curi apa-apa"Nilam dengan wajah ketakutan.

Adrean senyum kemudian mendekati Nilam.

Nilam berundur perlahan-lahan dan berhenti apa bila ada tembok dibelakang.

Adrean terus mendekatinya.

Laju tangan Adrean mencekik leher Nilam.

Wajah yang senyum tadi berubah menjadi wajah yang sangat marah.

"Ahh s_sakit abang"Nilam menepuk-nepuk tangan Adrean.

"Jadi betul lah kau masuk bilik ni kan"Adrean menatap benci Nilam yang sedang hampir kehilangan nafas.

"Ma_maaf bang"Nilam cuba mengeluarkan kata-kata biarpun leher sudah di cekik Adrean.

"Apa barang yang kau curi?"Tanya Adrean.

Adrean melonggarkan tangan yang sedang mencekik Nilam supaya boleh bercakap tapi genggaman itu masih lagi kuat.

"2 dress 4 rantai 10 cincin"Ucap Nilam yang bisa bernafas sedikit.

Adrean melepaskan leher Nilam.

"Pergi ambil barang yang kau curi sekarang Nilam sebelum semua barang berharga kau aku bakar"

Ucap Adrean yang pergi duduk di kerusi komputer dengan muka dingin dan menahan sabar.

Nilam menarik nafas kemudian laju pergi mengambil semua barang yang dicurinya.

Nilam membawa semua barang itu diletakkan perlahan-lahan di depan Adrean.

"Cukup semua?"Tanya Adrean.

"D_dah"Tergagap Nilam berkata.Leher yang mempunyai kesan dicekik di pegang nya.

"Kau miskin sangat sampai barang aku kau curi"Ucap Adrean sambil barang itu diletakkan di dalam almari khusus.

Apabila almari itu dibuka rantai dan cincin semua bersinar indah pelik barang itu untuk siapa sampai adiknya Nilam tidak boleh menyentuhnya bahkan meminjam.

Nilam memandang benci abangnya itu.Gunting yang sempat diambil semasa mengambil barang itu ada ditangannya.

Perlahan Nilam bangun dan mahu menikam Adrean.

Belum sempat menikam

Pak!

Pipi Nilam sempat ditampar Adrean dulu.

Nilam terduduk dan memegang pipinya yang mula kemerahan.

Adrean memandang jijik Nilam yang terduduk.

"Abang,lebih sayang kan baju ni.No,pemilik baju ni dari adek HA!"Jerit Nilam sambil memegang pipinya.

"Adek hmm kau pernah anggap aku abang selama ni.Kau tak dengar cakap aku ni orang yang jaga kau ni bila aku dah seksa kau muak dengan kau.Baru kau baik dengan aku"

Adrean tersenyum tipis.

"Tapi sekarang adik dah tak macam tu"Mata Nilam mula berkaca-kaca.

"Emmm sekarang wahh kau tahu tak apa beza kau dengan pemilik baju tu?"Kata Adrean.

"Apa?"jawab Nilam dengan yakin.

"Dia baik,ada banyak rahsia dan sejijik apa pun dia.Dia tetap orang yang akan melindungi sesuatu yang betul-betul dia sayang.

Kau pulak lambat sangat sedar yang orang selama ni lindungi kau and bila kau dah sedar dan orang yang nak lindungi kau dah tawar hati kau pulak buat benda yang sama SIKAP BURUK!"

Kuat jejaka itu berbicara sekarang dia seperti tidak akan memaafkan Nilam lagi.

"Abang N_nilam minta maaf"Air mata Nilam jatuh sewaktu meminta ampun ke jejaka itu.

"KELUAR!"Jerit Adrean

Terkejut Nilam lalu keluar dari situ terus masuk ke biliknya.

......

"Kakak Aleeza"Panggil seorang budak kecil yang tidak boleh tidur dan melihat Aleeza yang sedang melihat telefon.

"Kenapa tak tidur, kakak Aleeza kacau ke hmm?"Ucap Aleeza terus bangun dan pergi ke katil budak kecil itu.

"Tak,kakak Aleeza tak kacau bila kita boleh pindah kakak Aleeza"Tanya budak kecil itu dengan lembut dan melihat ke wajah Aleeza.

"Hmm pindah tak lama lagi.Kakak Aleeza minta maaf sebab tak pindah dari dulu kali ni kakak Aleeza janji kita akan pindah jugak"Aleeza sambil mengusap kepala budak kecil itu.

"Hehe okay kakak Aleeza dah janji ehh"Gembira budak kacil itu.

"Iya,dah tidur esok kene bangun awal"Kata Aleeza.

.......

KEESOKAN HARINYA.....

"Wahh makcikk boleh tak hari ni Aleeza tak pergi sekolah malas lah makcik"Aleeza yang dari tadi meminta restu makcik kalsom untuk tidak ke sekolah.Malas katanya.

"Haih mana boleh malas kamu pergi je lah"Makcik kalsom mengelengkan kepalanya.

"Alahh bukan selalu Aleeza tak datang please sekali jer makcikkkk"Aleeza pura-pura membuat muka sedih.

"Kamu nii ya lah tak payah datang"Makcik kalsom akhirnya mengalah.

"Yess makcik thank you"Aleeza langsung memeluk makcik kalsom dan pergi.

.......

"Kakak Aleeza!"Jerit budak kecil itu.

Aleeza yang mendengar suara itu terus turun dan melihat budak kecil itu berada ditanah kerana ditolak dan lima orang lelaki asing menyimbah cat merah di dinding rumah anak yatim itu.

"Siapa korang ha!?"Marah Aleeza lalu memandang benci lima orang asing itu.

Orang asing itu menghiraukan Aleeza lalu sambung menyimbah cat ke dinding rumah anak yatim.

Semua anak yatim termasuk makcik kalsom hanya mampu melihat.

Aleeza yang tidak tahan pergi mengambil paip air kemudian menyiram air itu ke lima orang yang sedang menyimbah cat.

"WOI!"jerit salah seorang dari lima orang asing itu.

"Padan muka membazir lagi cat lepastu main simbah je kat tempat orang"Kesal Aleeza.

Lima orang asing itu sudah basah lencun di simbah air oleh Aleeza.

"Apa taknak pergi ha?!"Ucap Aleeza dengan nada marah.

"Jom jom"Kelima orang asing itu meninggalkan cat merah yang tersisa dan masuk ke kereta secepat mungkin.

Aleeza laju mengambil bekas cat yang tersisa kemudian membaling cat itu ke kereta lima orang asing yang baru saja menghidupkan enjin kereta kemudian pergi.

"F*** you!"Aleeza sambil menunjukkan jari tengah.

Habis merah kereta lima orang asing itu kalau boleh mahu saja di merahkan sekali dengan mereka mereka juga.

"Sudah sudah Aleeza dah pergi dah pun"Makcik kalsom cuba menenangkan kemarahan Aleeza.

"Macam takde kerja dah lah cat mahal membazir lepastu simbah kat tempat orang pulak tu ayyy nak je aku baling batu besar kat kepala dia mampos"