webnovel

Aku Redha

Aku redha segala ketentuan-Mu. Cinta pertama yg harus aku lupakan. Dia yg memaksa aku pergi meningglkan dia ketika itu. Setelah sekian lama, aku pun telah mempunyai kehidupan baru, ketika itu juga lah dia datang menuntut cinta lama kami kembali. bagaimana aku harus memilih salah satu daripada mereka?

Ann_Zack · Fantasi
Peringkat tidak cukup
13 Chs

Bab Lima_Terbongkar

Percarian kunci pendua bilik tempoh hari menjadi tanda tanya. Setelah beberapa kali aku bersedia, Am pula tidak pernah datang ke bilikku lagi sejak hari itu. Mungkin juga sebab sekarang Dato banyak masa berada dirumah. Katanya urusan kerja tak banyak, hanya perlu laporan dan pemantauan dari jauh sahaja. Sejak Dato ada di rumah juga, aku banyak keluar menemani Dato pergi makan atau shopping. Di rumah pula, kami banyak berbual bersama. Kebanyakkan cerita tentang arwah kedua ibu bapaku. Aku akan lebih mengenali latar belakang keluarga. Dari awal lagi aku perasan. Gerak geri kami di perhatikan tapi aku tidak hiraukan. Tumpuan aku hilang apabila mama menepuk bahuku.

"Pelajaran Dee ok ke tak? Ada apa-apa nak mama tolong ke?" mama menghulurkan buah oren yg telah dikupasnya padaku. Aku mengambilnya dan memasukkannya ke dalam mulut.

"Okay je mama. Jangan la risau sangat. Kalau Dee nak apa-apa, Dee akan bagitahu mama." Aku tersenyum. Tiba-tiba aku terdengar bunyi pintu utama ditutup.

" Am dah keluar la tu. Asyik merayap je anak teruna sorang ni. Tak lekat kat rumah langsung. Dah la tu, kat office plak dia buat perangai dia." Dahi ku berkerut.

"Perangai apa yg pelik sangat tu? Kalau dia keluar masuk office tu biasalah kan?" Mama memandang ke arahku.

"Kalau dia rasa dia nak masuk pejabat dan buat kerja, mama tak kisah. Tapi ni dah la masuk pejabat tah pukul berapa. Datang tak sampai 5 minit dah panas punggung. Baik tak payah masuk terus. Lepas tu boleh pula dia bawa si Syira tu masuk pejabat dia. Satu pejabat dah tahu diorang buat maksiat dalam bilik tu. Bila mama datang serang pejabat dia hari tu, pandai pula dia cover. Tak cukup dengan tu, dia upah sorang bodyguard kt depan pintu bilik dia supaya tak ada orang kacau plan dia tu. Allah! kalau dah terdesak sangat, kawinlah cepat. Bila tanya cakap tak sedia lagi. Mudahnya hidup diorang ni. Tak takut mati! Tak takut dosa!" tangan mama mula menonyoh-nonyoh kulit oren yg dikupas tadi. Aku terus mengambil kulit dari tangan mama dan meletakkannya dalam mangkuk. Tiba-tiba mama memandang ke arahku.

"Mama, rasa pelik dan tak sedap hati lah." kata-kata mama buat aku tersentap.

"kenapa mama cakap macam tu?"

"Tak de lah. Masa mama balik hari tu, Am ada tanya mama pasal kunci pendua. Mama pun hairanlah kenapa dia nak tanya pasal kunci pendua tu? Sedangkan dia tahu ada satu kunci mama letak dekat lapik kaki depan pintu bilik dia. Dia tahu je. Biasanya dia tak pernah tanya pun. Masa bila dia tanya tu, hati mama rasa macm tak sedap." Aku boleh agak perasaan mama. Aku tahu jauh dalam sudut hati nya, mama mahu menjaga aku dengan baik. Tapi kalau dia dapat tahu hal sebenar, aku pasti dia akan kecewa dengan aku.

"Mungkin perasaan mama je kot. Takde apa lah. Jangan fikirkan sangat." Mama memandang aku. Dia seperti dapat rasakan sesuatu. Tapi aku hanya tunduk tidak memberi jawapan.

Dalam sekitar jam 10, mama dan Alia sudah pun masuk tidur. Sekitar lampu dalam rumah digelapkan. Hanya tinggal beberapa lampu sahaja yg terang. Selepas aku usai solat Isyak, aku melabuhkan badan baring di atas katil empuk dan di dorong angin sejuk penyaman udara sekitar bilikku. Akibat kekenyangan dan penat, aku terus terlelap. Mungkin aku telah tidur lama, tiba-tiba muka Am muncul di atas badan menghempap badanku. Kali ini aku cub melawan. Aku tidak mahu menjadi mangsanya sekali lagi. Aku cuba menolak Am dan dia jatuh ke lantai. Apabila aku cuba lari keluar dari bilik, Am mencapai kakiku. Mukaku jatuh menghadap lantai. Sakit kepalaku berpinar. Dia terus menarikku dan cuba memegang kuat tanganku. Aku cuba menepis-nepis tangannya dan menyepak-nyepak perutnya. Dia kesakitan tapi dia tidak melepaskan aku kali ini. Dia menarik aku terus ke atas katil dan dia merentap bajuku dengan kuat. Bajunya sudah dibuka dan tinggal hanya buka seluar. Baju ku terkoyak hingga ke nampak terus ke dadaku. Dia cuba mencium-cium tetapi aku cuba menolak kuat. Dalam keadaan itu, aku dapat rasa air mata aku mengalir sebab ketakutan. Aku berdoa supaya Allah dapat bantu aku saat itu. Dalam keadaan itu, lampu bilikku terbuka. Mama, Alia dan beberapa orang pekerja mama datang masuk ke dalam bilikku. Am terkejut apabila mama melaung namanya. Dia terus menarik seluarnya dan mama terus menampar pipinya. Ketika itu, aku hanya menarik selimut dan menangis di dalam blutan selimut itu. Alia datang mendekati ku dan memeluk tubuhku. Tangisanku kuat di dengari oleh semua orang yg ada di situ.

Kami berada di ruang tamu. Aku duduk bersama Alia di kerusi tepi. Alia masih memelukku. Mama berjalan berlegar-legar di ruang tamu itu. Dalam keadaan yg amat marah sangat.

"Kamu ni dah melampau, Am.Mama tahu kamu bencikan Dee.Tapi sampai hati kamu buat dia macam ni?" suara mama memenuhi ruang. Am hanya mampu menutup mata dan berdiam.

"Kenapa Dee tak bagitahu mama pasal perangai Am ni?" Lembut mama cuba bertanya padaku. Tapi aku hanya mampu minta maaf kerana tidak mhu menyusahkan mama dan semua.

"Nasib baik Maktam bagitahu mama pasal Am. Kalau tak, sampai mama mati pun, sanggup Am buat macam ni kat mama. Apa salah mama pada Am ye?" Am mula berang bila mama mempersoalkan tentang dirinya.

"Mama tak tahu ke salah mama? Salah mama bawa budak kampung ni datang sini. Tah dari mana asal usul dia kita tak tahu. Mama lebih percayakan dia dari anak mama sendiri. Mama jenis apa ni? Nasib baik Am just buat macam tu kat dia supaya dia boleh tinggal dirumah ni. Kalau Am halau dia? Bunuh dia? Mama pun takkan tahu dia kat mana sebab mama sibuk dengan urusan mama dan tak peduli pun hal rumah ni." Sekali lagi muka Am di tampar. Aku bingkas bangun.

"Mama, jangan pukul Am lagi. Ni semua salah Dee. Kalau Dee tahu, Dee tak akan datang sini. Dee minta maaf.!" Air mata aku masih keluar mcam air terjun.Alia pula menarik-narik tanganku supaya jangan masuk campur.

"Dengar sini, Zaid Amri! Mama bagi dua pilihan, samada kamu kawin dengan Delaila atau pun kamu keluar dari sini. Segala kemewahan ni, mama akan tarik balik. Kamu tak akan dapat satu sen pun. Kamu boleh berambus dan jangan cari mama lagi."

Mama terus naik ke atas tanpa mendengar alasan dari Am. Alia membawa aku masuk ke bilik. Sebelum Alia meninggalkan aku, aku menarik tangannya.

"Lia rasa, mama marah tak kat Dee sekarang?"

"Dee bagi mama masa. Dia tengah marah tu. Nanti esok lusa okay la tu. Jangan la fikir sangat. Tidur je. Kejap lagi Suhana akan datang temankan Dee tidur? Alia tak dapat nak teman kan Dee sebab Alia kena siapkan assigment."

"eh, tak pe Lia! Dee faham. Dee punca semua ni kan?" Alia mengeleng. Dia hanya senyum dan terus melangkah keluar dari bilik.