webnovel

Aku Redha

Aku redha segala ketentuan-Mu. Cinta pertama yg harus aku lupakan. Dia yg memaksa aku pergi meningglkan dia ketika itu. Setelah sekian lama, aku pun telah mempunyai kehidupan baru, ketika itu juga lah dia datang menuntut cinta lama kami kembali. bagaimana aku harus memilih salah satu daripada mereka?

Ann_Zack · Fantasi
Peringkat tidak cukup
13 Chs

Bab Lapan_Luahan Hati

Dari rumah mama, Pakcik sani menumpangkan aku dan Maktam hingga ke rumah arwah suami Maktam. Mak tam mahu melihat keadaan rumahnya sebelum berangkat ke sana. Kami juga bermalam disana atas permintaan Maktam. Selepas sarapan pagi, kami bertolak ke lapangan terbang dengan menaiki teksi milik jiran sebelah rumah Maktam. Kami bertolak pada pukul 5 petang dan sampai di sana selepas 6 jam berada di dalam flight. Setibanya kami di Airport Perth, ada seorang lelaki usia dalam lingkungan 30an, sudah pun menunggu ketibaan kami berdua disitu. Ketika kami sampai, ianya sedang musim bunga. Memang cantik permandangan di sana. Sempat juga lelaki itu membawa kami jalan-jalan melihat sekitar kota Perth yg bersih dan indah. Lelaki itu budak melayu yg sudah 3 tahun menetap di sana utk sambung belajar. Nama lelaki itu, Shamsul. Oleh kerana wajahnya iras cina, dia mengelarkan dirinya, Choy. Dia amat ramah dan mudah ajak berbual. Jika kami memerlukan pertolongan, dialah orang yg akan kami cari. Choy amat mengenali mama sebab Choy merupakan anak kepada salah satu staf syarikat mama dan mama juga yg mengeluarkan biasiswa ke atasnya ketika dia memohon utk sambung belajar ke sini. Aku juga telah di perkenalkan dengan sebuah universiti yg tidak jauh dari kawasan rumahku dan ia juga menawarkan khusus yg aku mahu. Pemindahanku ke sana ada perkara yg terbaik pernah terjadi dalam hidupku. Selama aku di sini, aku tidak langsung mengingati Am. Setiba aku di sini juga, banyak yg aku pelajari dari pengalaman Maktam sendiri seperti memasak, menjahit, pemilihan perabot rumah dan pelbagai perkara yg boleh Maktam kongsikan padaku. Tidak lupa juga menjadi 'spy' kepada mama. Setiap detail tentang aku, pasti Maktam akan ceritakan pada mama.

Sudah hampir sebulan kami disini, aku mula rasakan perubahan yg ketara pada diriku. Pada awalnya hanya rasa mual dan pening-pening biasa Aku sangkakan cuma perubahan cuaca. Lama kelamaan aku kerap muntah-muntah dan mudah sakit kepala yg berpanjangan sampai aku tidak boleh bau makanan atau masakan dalam rumah. Perkara ini berlanjutan hingga Maktam menyuruh aku ke klinik dan doktor mengesahkan aku mengandung sudah pun hampir 4 bulan. Kegembiraan ini Maktam kongsi bersama mama dan Alia. Mereka amat gembira menerima kehadiran cucu mereka ini. Mama amat bersyukur mendapat cucu dari aku. Selama aku berhubung dengan mama, aku tidak pernah bertanya tentang Am atau Syira. Mama juga sudah berjanji tidak akan memberitahu hal kandungan aku atau tempat tinggal ku kini pada Am. Biarlah dia mencari kebahagian dirinya sendiri. Susah senang aku di sini hanya Maktam dan Choy sahaja yg tahu.

Sejak aku menetap dan melahirkan anakku di sini, aku banyak kenal dengan kawan-kawan baru, persekitaran baru dan budaya baru. Aku kini lebih tampil yakin dan lebih bersemangat kerana hidup aku kini lebih bertujuan. Aku mahu melihat anakku, Amira Hanna membesar. Hanna, kami didik dengan cara dan budaya kita walaupun berada di negara orang tapi Hanna merupakan seorang anak yg comel, rajin dan pintar. Baginya, Choy adalah ayah angkatnya dan Mak tam pula adalah neneknya. Selepas aku bersalinkan Hanna, Choy merasa pelik apabila dia lihat ayah kepada Hanna tidak pernah datang atau hubungi aku. Sudah beberapa dia cuba bertanya tentang Am padaku, namun aku hanya endahkan. Aku tahu, pasti dia akan tanyakan pada Maktam. Pada mulanya, aku tidak kisah bila dia hanya ingin tahu. Tapi aku bertambah terkejut apabila suatu petang, dia mengajak aku dan Hanna keluar. Katanya, dia mahu mengajak Hanna makan ais krim di tepi taman. Lebih menghairankan, Maktam tidak mahu turut serta pada petang itu, katanya banyak kerja. Jadi, aku tidak berfikir panjang dan terus keluar bersama Hanna dan Choy. Sampai di tepi taman, seperti biasa Hanna akan merengek meminta Choy belikkannya aiskrim utknya. Tanpa teragak, Choy terus membelikan aiskrim dan membawa Hanna duduk di tepi tasik. Kami duduk di bangku yg di sediakan. Tiba-tiba Hanna bangun dan duduk di atas rumput. Katanya,

"tak muatla duduk kat bangku ni, mummy dan uncle choy duduk la dekat atas bangku ni. Hanna nak duduk dekat tasik tu."

"jangan pergi jauh, Hanna. Bahaya!" Choy pula yg memesan.

"Lama tak keluar macam ni kan?" Choy memulakan kata. Aku hanya mengangguk.

" Nak buat macam mana. I buzy sikit lately ni. Assigment banyak kena buat. Si Hanna pula baru membesar. I tak boleh bawa Hanna sorang-sorang. Tak terkejar i nanti. Tu yg jarang keluar. Ni pun i kesian kan dia. Dah berapa kali ajak makan aiskrim kat park. Tu yg i follow tu." Dia tersenyum.

"Biasalah, budak nak membesar, memang agak nakal sedikit. By the way, i know something about u, Delaila." katanya buat aku terkerut dahi. Dia makin tersenyum.

"Tahu pasal apa?"

"Zaid Amri." aku berpaling.

"Tak ada apa yg perlu u tahu. Dia dah tak wujud dalam kamus hidup i. Don't ask anything about him." Aku membetulkan baju dan begku. Dia hanya ketawa mendengar jawapan dariku.

"Jadi i masih ada peluang?"

"peluang apa?"

"Peluang utk mengisi hati u.."

"Err.. No! I tidak terfikir langsung tentang tu. I masih lagi isteri Zaid Amri yg sah. Jadi ianya ada salah besar jika seorang isteri menyukai atau menyayangi lelaki lain selain suaminya. I tak bodoh! Masih tahu halal haram, Choy."

" Tapi dia dah abaikan kan u, Dee. Nafkah zahir dan batin u. Mana semua tanggungjawab dia pada u? Pada Hanna? Dia mesti tahu semua tu."

"u jangan masuk campur urusan rumah tangga i, Choy. I know what the best for me and my kids. Just let it be, okay? I lebih selesa dan bahagia macam ni?" Aku bangun meninggalkan Choy yg masih terpinga-pinga dengan jawapanku dan terus menuju ke arah Hanna yg comot dengan aiskrim. Sejam kemudian, kami pulang. Aku duduk di ruang tamu sambil terfikir tentang Am. Kata-kata Choy itu buat aku terfikirkan Am. Apalah mereka buat sekarang? Sihat ke dia? Macam mana dengan Syira dan anak dia?Sedang mengelamun, Maktam datang mengejutkan aku. Mataku mencari kelibat Hanna.

"Lama sangat ke termenung tu? Sampai tak sedar Hanna dah tidur" Maktam menjawab. Aku terkejut. Allah! Lama aku di sini rupanya sampai tak sedar langsung Hanna dah mandi dan tidur. Nasib baik Maktam ada.

"Apa yg Choy cakap tadi? Sejak Dee balik tadi, Dee senyap je. Choy ada cakap apa-apa ke dekat Dee?"

"Tak delah, Maktam. Pasal dia tahu tentang Am tu saya tak kisah sangat maktam. Tapi bila dia suruh saya terima dia, memang taklah. Saya masih sedar status saya maktam." Mak mula memegang kedua tanganku.

"Baguslah tu, Dee. Maknanya dia ikhlas nakkan kamu. Cubalah kamu fikir. Bukannya mudah seseorang tu nak datang membantu kalau bukan sebab sebenarnya dia memang sukakan kita. Maktam suka tengok Choy tu. Baik budaknya. Kalau Dee pun sukakan dia, Maktam sendiri akan bantu Dee ckp dengan Dato." Maktam memujuk. Berat hati aku untuk meninggalkan Am. Walaupun aku tahu, dia langsung tidak pernah pedulikan aku. Namun, jauh disudut hatiku masih menyayanginya.

Aku juga tahu Hanna juga memerlukan kasih sayang seorang ayah tapi aku tidak mahu menyakiti dan disakiti sesiapa pun. Kami gembira walaupun hidup tanpa Am. Tak mungkin aku akan ada hubungan dengan lelaki lain walaupun telahpun buang aku jauh dari dirinya. Setiap detik, aku pasti tidak lupa bahawa aku masih isteri Zaid Amri.