Setelah dua hari kami pulang daripada bercuti. Aku pun pulang ke kampung. Aku merancang akan pergi ke kedai tempat aku bekerja dulu sebelum berjumpa dengan Lyana.
Sesampainya aku di sana aku pulak yang mendapat kejutan daripada Lyana. Rupanya dia mula bekerja dengan Fikri iaitu anak saudara arwah pakcik Azhar.
Aku tak sangka yang dia akan bekerja disitu. Mungkin dia sudah berhenti dekat tempat kerja lama dia kot. Aku pun minta kebenaran untuk berjumpa dengan Lyana dekat Fikri.
"Assalamualaikum Fik." Aku beri salam pada tuan kedai iaitu Fikri.
"Waalaikumsalam. Eh bang. Tak cakap pun nak balik sini. Tahu-tahu dah ada kat kampung ni. Abang ada kerja kat sini ke?" Tanya Fikri yang terkejut aku balik ke kampung.
"Eh tak la. Ni abang balik kejap je ni. Esok abang balik KL dah. Ni abang nak jumpa Lyana kejap boleh tak?" Tanya aku pada Fikri.
"Hah Lyana? Lyana mana pulak ni bang?" Tanya Fikri balik.
"Yang tu la Fik." Jawab aku sambil menunjukkan Lyana.
"Ouh Lyana. Ingatkan Lyana mana tadi. Fik lupa pulak nama dia Lyana. Maklumlah kitorang kat sini biasa panggil dia Yana je. Fik tak tahu pulak abang panggil dia Lyana." Kata Fikri.
"Ha tak kisah la. So, boleh ke tak ni?" Tanya aku.
"Eh boleh la bang. Apa pulak tak boleh tapi lima belas minit jelah. Hehehehehehehe. Fik tahu dia buah hati abang kan. Rindu la tu dah lama tak jumpa kan. Hahahahahahaha." Jawab Fikri yang mengusik aku.
"Ok lima belas minit. Abang rindu dia. Ni fik! Buah tangan dari abang. Kedai macam mana? Ok semua?" Tanya aku.
"Terima kasih lah eh bang. Kedai ok je bang. Macam biasa. Eh ni tadi kata nak jumpa Yana. Kita boleh sambung borak kat rumah. Abang tumpang tidur rumah fik kan?" Tanya Fikri semula kepada aku.
"Ha ah. Eh dah la. Abang jumpa dia kejap." Jawab aku.
Aku pun menuju ke arah Lyana yang sedang sibuk bekerja.
"Assalamualaikum." Aku beri salam kepada Lyana.
"Waalaikumsalam. Ye encik. Boleh saya bantu?" Lyana jawab salam dan terus bertanya tanpa melihat siapa aku.
"Weh Ly! Tak nak tengok ke sapa datang ni?" Tanya aku.
Lyana pun menoleh dengan muka tak puas hati.
"Weh yan! Lama tak jumpa. Kau asal tiba-tiba balik kampung ni?" Tanyanya pelik.
"Sebab aku rindukan kau lah. Kan aku pernah cakap. Aku akan balik lagi ke kampung ni." Jawab aku.
"Eleh kau gurau je ni kan. Aku tahu kau gurau. Hahahahahahaha." Katanya dengan pipi kemerahan menahan malu.
"Mana ada aku bergurau. Tak ada masa aku nak bergurau. Eh Ly! Jom keluar borak kejap." Ajak aku.
"Eh tak boleh la. Aku tengah kerja ni. Nanti bos cakap apa pulak. Eh kejap. Macam mana kau tahu aku kerja kat sini?" Tanyanya hairan.
"Aku tahu sebab aku memang niat nak jumpa fik tadi lepastu aku nampak pulak kau. Tak sangka pulak kau kerja kat sini. Jom la borak kejap. Aku dah bagitahu fik dah yang aku nak jumpa kau kejap. Pastu dia bagi tapi lima belas minit jelah." Kata aku.
"Ouh ok ok tapi nak borak kat ne?" Tanya Lyana.
"Kita duk kat kerusi depan kedai jelah. Kan kita sekejap je boleh jumpa." Jawab aku.
"Ha pastu asal tak borak nanti je?" Tanya Lyana.
"Tak boleh. Aku rindu sangat kat kau ni. Hehehehehe." Jawab aku.
*****
Aku pun mula borak dengan Lyana dekat depan kedai. Aku rasa bahagia sangat sebab dapat lepaskan rindu kat dia.
"Kau kerja apa sekarang yan?" Tanya Lyana.
"Aku kerja biasa-biasa je. Makan gaji macam kau gak." Jawab aku menipu dia. Padahal aku belum mula bekerja.
"Ouh. Bagus la dah dapat kerja." Katanya.
"Ermm Ly! Aku balik ni sebenarnya nak dapatkan kata putus dari kau. Kau setuju tak untuk jadi buah hati aku?" Tanya aku dengan malu-malu.
"Ouh pasal tu ke. Aku ok je. Ha cam tulah." Jawabnya ringkas.
"Eh dah lima belas minit berlalu. Kau gi sambung kerja la. Nanti malam aku ambil kau kat rumah. Kita lepak tempat biasa." Kata aku.
"Ok." Balasnya pendek.
*****
Malam pun tiba. Sudah jam 9 malam. Aku pun pergi ke rumah Lyana untuk membawanya keluar makan di tempat biasa kami lepak.
*****
Aku pun tiba di rumah Lyana. Aku tunggu dia dalam kereta sementara dia tengah bersiap-siap. Sementara menunggu tu mama pulak call aku.
Kring! Kring! Kring! Kring! Kring! Kring! Kring!
"Hello mama." Aku jawab call mama.
"Ha along. Kamu tengah buat apa?" Tanya mama.
"Along kat rumah member ni mama. Kenapa? Mama rindu along dah ke. Hihihihihihihihi. Mama jangan la risaukan along. Esok along balik KL." Jawab aku sambil terkekeh.
"Eh kamu ni along. Ada-ada jelah. Tak, ni mama nak kirim barang sikit. Kat sini susah la nak dapat barang yang mama nak tu." Kata mama.
"Ouh. Ok mama. Mama list je apa-apa barang yang mama nak tu. Nanti along belikan kat sini. Esok along bawa balik KL." Kata aku.
"Ha yelah tapi kalau kat sana takde jangan kamu paksa cari sampai jumpa pulak. Beli yang mana ada je." Pesan mama.
"Baik mama. Ok lah mama. Along ada hal sikit ni. Nanti along call balik eh mama. Kirim salam kat diorang semua. Bye mama." Kata aku cepat-cepat menutup panggilan apabila melihat Lyana sudah keluar rumah.
*****
"Kau dah lama tunggu ke? Sorry lambat sikit." Kata Lyana.
"Eh takpe untuk kau sayang. Aku sanggup tunggu sampai besok pun takpe. Hahahahahahahahaha." Kata aku sambil tertawa.
"Ish kau ni. Tak yah la sayang-sayang bagai. Geli!" Kata Lyana yang tak biasa namun suka.
"Ok sayang." Kata aku mencabar kesabaran dia.
*****
Kami pun sampai di kedai mamak. Lalu kami memesan makanan dan kami mula berborak.
"Yan! Kau tak menyesal ke nak aku jadi buah hati kau? Maklumlah aku ni bukannya baik sangat pun." Kata Lyana dengan rendah diri.
"Tak. Bukan saja buah hati malah aku nak kau jadi isteri aku suatu hari nanti. Kau tanya lah banyak kali pun. Jawapan aku tetap sama. Tak akan berubah sikit pun. Aku tak akan menyesal justru akulah orang yang paling beruntung sebab memiliki kau. Kau tunggu aku sampai aku dah mampu untuk halalkan kau eh. Kau jangan la ubah fikiran pulak. Aku serius ni!" Kata aku meyakinkan dia.
"Yelah yan. Aku akan tunggu kau. Kau jangan lupa janji kau dekat aku pulak. Tolong jangan berubah hati sikit pun tau. Aku tak nak derita nanti." Jawab dia.
"Ye SAYANG! Aku janji." Kata aku dengan yakin.
*****
Kami pun makan dan balik. Aku bawa anak dara orang keluar. Tak boleh lama-lama. Nanti timbul fitnah pulak. Aku pun hantar Lyana balik dan aku pulang ke rumah Fikri.
*****
"Assalamualaikum." Aku masuk ke dalam rumah dan terus baring di sofa.
"Waalaikumsalam. Awal balik bang. Gi mana je tadi?" Tanya Fikri yang sedang menonton Tv.
"Keluar makan je fik. Abang tak nak la bawa dia keluar lama-lama nanti apa pulak jiran-jiran dia cakap. Ni fik! Esok abang balik KL dah. Jadi, abang nak kau tolong sikit. Boleh?" Tanya aku pada Fikri.
"Boleh bang. Apa dia tu?" Tanya Fikri.
"Nanti abang bagi list barang. Lepastu esok sebelum abang balik. Abang ambil barang-barang tu kat kedai. Ko kira siap-siap tau." Pesan aku pada Fikri.
"Ok beres bang. Ni bang aku masuk tidur dulu lah. Esok nak masuk kerja awal sikit. Selamat malam bang." Kata Fikri.
"Ok." Balasku pendek.
*****
Keesokan harinya aku bangun. Lalu aku bersiap-siap untuk pulang ke KL. Setelah siap bersiap aku pun kunci pintu rumah lalu aku pergi ke kedai Fikri untuk menyerahkan kunci rumah dan ambil barang yang aku beli.
*****
"Berapa semua ni fik?" Tanya aku.
"Eh tak yah la bang. Fik ikhlas bagi." Jawabnya.
"Betul ni eh?" Tanya aku nak kan kepastian.
"Ye betul bang." Katanya.
"Ha yelah. Terima kasih eh fik." Kata aku.
Harini aku tak nampak Lyana di kedai. Mungkin dia masuk kerja lambat sikit kot. Aku pun terus bertolak ke KL dengan berat hati kerana harus tinggalkan buah hati di kampung ini.
BERSAMBUNG...