webnovel

Chapter 5 : Pulang ke Kuala Lumpur

"Hello Adha! Aku rasa kau dah boleh bagitahu mama dengan papa yang kau dah jumpa aku dan aku akan balik tak lama lagi." Kataku dalam telefon.

"Okay nanti aku balik kerja aku cakap kat diorang. Ni kedai kau kat sana sapa yang jaga nanti kalau kau takde?" Adha tanya padaku.

"Kedai kat sini bukan harta aku. Aku dah serahkan pada anak saudara arwah. Kau jangan la risau. Aku tahu apa aku buat. Kau nanti balik jangan lupa pulak bagitahu diorang." Kataku dengan tegas.

"Yelah Yan. Aku tak akan lupa sebab aku excited sangat nak bagitahu diorang ni. Kalau ikutkan nak je bagitahu sekarang tapi tulah aku tengah kerja. Tak sabar rasanya nak bagitahu diorang. Eh dah la. Aku busy ni. Banyak kerja tak siap lagi ni. Bye!" Katanya dengan gembira lalu menutup telefon.

Aku menghantar mesej kepada Lyana. Aku kata aku nak pergi bandar dan bekerja di sana. Jadi aku ingin bertemu dengannya buat kali terakhir berada di kampung ini.

Ting!

Lyana balas mesej aku dengan cepat dan mengatakan jam 10 pagi di tempat biasa. Aku melihat jam sudah jam 9 pagi. Ada masa lagi sejam. Jadi aku kemas pakaian aku masuk ke dalam beg. Aku merancang malam ini aku akan bertolak ke bandar.

*****

"Kau serius ni nak bekerja di bandar? Kau nak kerja apa nanti kat sana?" Tanyanya risaukan aku.

"Ye Ly. Apa salahnya kalau aku nak bekerja di bandar pula kan. Aku nak juga merasa bekerja di bandar macam mana. Kau jangan la risau aku tak balik langsung. Nanti ada masa aku balik la kampung ni. Nanti kat sana pandai-pandai la aku cari kerja kat sana." Balasku dengan meyakinkan Lyana supaya tidak terlalu risaukan aku.

Aku tak bagitahu lagi pada Lyana yang aku anak orang kaya. Aku takut dia berpura-pura hanya semata-mata sebab nak berkahwin dengan orang kaya. Aku mengaku ye aku masih tak percayakan perempuan semenjak kes Fasya yang lebih memilih orang kaya berbanding aku yang tiada harta. Walaupun dia kawan aku, tapi aku tetap akan berjaga-jaga.

*****

Aku pun bersiap-siap ingin bertolak ke Kuala Lumpur. Setelah siap, aku terus gerak. Aku memandu kereta sendiri ke KL. Ternyata jauh juga rumah keluarga aku ni. Haritu Adha dan Adriana datang pun sebab ada kerja di kawasan berdekatan.

*****

Aku akhirnya tiba di rumah orang tuaku. Aku juga disambut dengan mesra oleh mereka. Alangkah terkejutnya aku saat melihat dalam rumah itu. Betapa besar dan luasnya rumah itu. Sejujurnya aku tak pernah melihat rumah sebesar itu.

"Ha. Sampai pun anak mama ni. Mama rindu sangat kat kamu. Kamu apa khabar nak?" Tanya mama saat aku keluar dari kereta.

"Khabar baik mama. Maaf sampai lewat sikit. Yan pun rindu mama dengan papa walaupun tak pernah berjumpa. Tapi rasa tu wujud di dalam hati." Kata aku pada mama.

"Tengok tu awak. Anak kita. Dah besar. Bukan sahaja hensem macam saya malah pandai berkata manis. Ni mulut manis mesti ramai awek ni masa kat kampung kan?" Kata papa sambil tertawa.

"Eh takdelah pa. Yan single la pa ma. Yan takut benda sama berlaku lagi." Jawabku sambil tertawa.

"Amboi mama papa ni kalau along balik memang dah tak ingat nak makan malam ke ma pa? Nana lapar tau tunggu along sebab nak makan sama-sama kan angah?" Kata Adriana sambil tertawa.

"Hahahahaha. Betul kata Nana tu ma pa. Disebabkan Yan dah sampai. Boleh la kita makan kan ma? Adha lapar juga ni. Kalau Adha lapar mesti Yan lapar juga kan?" Kata Adha menyokong Adriana.

"Yelah ma pa. Apa kata kita makan dulu. Nanti sambung borak. Kesian adik-adik Yan lapar ye. Hahahahaha." Sindirku pada adik-adik aku.

"Yelah. Mari makan. Yan silakan. Jangan malu-malu. Ini rumah kamu juga kan. Biasakan diri." Kata mama padaku.

*****

Jam pun sudah masanya untuk tidur. Adha menunjukkan bilik aku. Aku pun ikut dan saat tiba di bilik. Aku suka pada bilik itu sebab semuanya lengkap beserta pakaian yang mewah. Ada juga meja kerja untuk aku. Ada juga toilet dan balkoni. Ini bilik yang betul-betul aku suka.

Adha pun balik ke biliknya. Aku pun mengemas pakaianku meletakkan di dalam almari. Setelah itu aku melihat-lihat persekitaran. Aku merasa bosan, jadi aku buka tv yang ada di depan katilku. Sambil tengok tv aku pun tertidur.

BERSAMBUNG...