webnovel

Chapter 23 : Bertahanlah!

Mujur masa Adriana cakap pasal ni Lyana takde. Kalau Lyana ada, mesti dia akan buat rancangan baru yang memudahkan kami berpisah tapi takpe. Aku takkan percayakan dia lagi. NEVER!

"Maaf mengganggu." Kata doktor itu.

"Oh ya. Dah alang-alang doktor ada di sini. Saya nak tanya, bila agaknya Adrian boleh keluar ye?" Tanya mama pada doktor itu.

"In shaa Allah, lusa dah boleh keluar." Jawab doktor itu.

"Syukur, alhamdulillah. Ni doktor ke sini ada nak cakap apa-apa ke?" Tanya mama lagi.

"Saya ke sini tadi kerana nak bagitahu yang Adrian boleh keluar lusa. Itu je. Ini saya sudah beritahu, jadi saya minta diri dulu." Jawab doktor.

"Baiklah. Terima kasih ye doktor." Kata mama.

"Sama-sama." Balas doktor itu lalu pergi.

Aku boleh keluar dari wad jadi bolehlah aku bantu siasatan. Tapi bagaimana pula dengan isteri aku. Pasti dia akan rasa sunyi. Kesiannya, aku harap takde apa-apa yang teruk nanti. Semoga Allah menjaga hubungan kami.

"Mama!" Adriana panggil mama.

"Apa kamu ni?" Tanya mama.

"Adik nak kahwin boleh tak ma?" Tanya Adriana dengan takut.

"Apa! Kamu nak kahwin? Hahahahaha. Mama ok je tapi kamu mesti belajar jadi isteri orang dan mama nak kamu beritahu papa sendiri." Jawab mama.

"Betul ni ma?" Tanya Adriana dengan teruja.

"Dah la. Diam. Bagi along berehat." Jawab mama.

"Adik nak kahwin dengan Adam yang budak datang masa birthday along tu eh?" Tanya aku.

"Hah?" Mama melihat aku.

"Along ingat eh. Wah, bagusnya along boleh ingat adik. Eh...tapi bukan ke along hilang ingatan." Kata Adriana lalu menyedari aku hilang ingatan.

"Yelah along. Along dah ingat semuanya ke?" Tanya mama.

"Alamak. Mama, adik please jangan bagitahu sesiapa tentang ni. Along buat semua ni sebab along nak memudahkan orang yang tak bertanggungjawab tu ditangkap." Jawab aku lalu meminta mereka merahsiakannya.

"Oh. Ok. Tapi boleh tak along terangkan sekarang. Mama tak faham ni." Kata mama.

"Along akan terangkan nanti. Along tak boleh terangkan kat sini sebab ada Lyana. Lyana juga berkemungkinan terlibat dalam kes kemalangan along." Kata aku.

"Ok. Adik diam je. Nanti plan along rosak pulak." Kata mama.

"Ok mama." Jawab Adriana.

*****

Hari pun dah malam. Tiba-tiba Lyana datang ketika Melisa menemani aku makan malam. Seketika mood aku berubah.

"Kau tak nak balik ke mel?" Tanya Lyana pada Melisa. Wau, dah pandai tunjuk sifat sebenar.

"Takpe lah. Aku nak teman Adrian malam ni." Jawab Melisa.

"Ouh. Kalau camtu aku pun teman sekali la." Kata Lyana. Dia ni betul-betul menyibuk.

Tak lama kemudian Melisa memberikan aku air untuk minum. Aku mesti buat sesuatu pada Melisa supaya Lyana puas hati. Aku pun sengaja menumpahkan air panas itu ke paha aku dan memarahi Melisa.

"Kau nak bunuh aku ke!" Kata aku dengan marah. Kemudian aku melihat Lyana yang kelihatan senang hati melihat Melisa dimarahi.

"Kenapa ni abang?" Lyana pura-pura cemas. Dengan lakonan kau ni, jangan fikir aku akan percaya lagi.

"Dia cuba bunuh aku!" Jawab aku. Sayang, bertahanlah sampai semuanya selesai. Abang tak berniat cakap macam tu pada sayang. Ya Allah tolong berikan ketabahan pada isteriku.

"Ouh. Mel kau duduk la. Biar aku buat." Kata Lyana.

Aku melihat Melisa sedang menahan air matanya. Tak sanggupnya aku melihat dia menangis begini. Percayalah, abang tak berniat.

"Kau suruh dia balik la. Aku nak kau temankan aku malam ni." Kata aku dengan tak rela.

"Mel! Kau balik lah. Adrian nak aku yang temankan dia malam ni." Kata Lyana pada Melisa.

Tak lama kemudian, Melisa pun segera pulang ke rumah.

*****

Keesokan harinya, Lyana pulang ke rumah. Mereka pula datang melawat tetapi ada seseorang yang aku ingin melihat tidak ikut sama. Lalu, aku pun bertanya pada mama ke mana Melisa pergi.

"Mama, Melisa mana? Dia tak ikut sekali ke?" Tanya aku dengan panik mencari Melisa tiada di sini.

"Adrian?" Panggil papa pelik. Adha juga melihat aku dengan hairan.

"Maaf papa, Adha. Along tak hilang ingatan pun. Along cuma berpura-pura hilang ingatan." Kata aku.

"Jadi, along tahulah siapa yang songlap kewangan syarikat?" Tanya papa.

"Ya pa. Ni mama, mana Melisa?" Jawab aku lalu bertanya.

"Melisa kata dia nak balik rumah mommy and daddy dia. Kenapa ni sayang?" Tanya mama pelik.

"Along bukan apa, along cuma rindukan Melisa." Jawab aku.

"Oh takpelah kalau macam tu. Esok boleh keluar kan. Pergilah cari dia kat rumah mommy dengan daddy. Dia mesti kat sana." Kata mama.

"Yalah long. Betul la apa yang mama cakap tu. Sekarang along rehat la dulu." Kata Adriana.

"Tahu kau ni pun. Tak menyempat." Kata Adha mengusik aku.

"Yelah. Aku sayang isteri aku tu. Aku tak nak kehilangan dia." Kata aku.

"Yelah sayang, tapi kan kau boleh call dia." Kata Adha.

"Aku cuma nak tengok dia je. Aku tak nak dia tahu lagi yang aku ni tak hilang ingatan pun. Kalau dia tahu, itu boleh membahayakan dia." Kata Aku.

"Along! Along tak jawab lagi soalan papa." Kata papa.

"Soalan apa pa?" Tanya aku.

"Lah kamu ni. Papa tanya, siapa yang songlap duit syarikat?" Tanya papa balik.

"Oh. Jefri." Jawab aku.

"Jefri kawan baik kamu tu ke?" Tanya papa lagi.

"Ye pa." Jawab aku.

"Habistu tak pergi buat report. Kamu ada bukti ke yang dia songlap duit syarikat?" Tanya papa.

"Along dah serahkan semua bukti. Sekarang, pihak polis tengah cari dia." Jawab aku.

"Oh bagus la kalau macam tu." Kata papa.

*****

Lima hari kemudian, akhirnya Jefri telah ditangkap. Begitu juga Lyana. Ternyata memang benar mereka bekerjasama untuk jatuhkan aku. Sekarang tugas aku ialah dapatkan kembali isteri tercinta iaitu Melisa.

Petang itu aku ke rumah mommy untuk mencari Melisa. Tak sangka aku mendapat kejutan di sana.

"Assalamualaikum." Aku memberi salam di rumah mommy.

"Waalaikumsalam. Eh Adrian. Ada apa datang ke sini? Tanya mommy.

"Adrian datang nak bawa Melisa balik." Jawab aku.

"Apa kamu mengarut ni Adrian? Bawa Melisa balik?" Tanya mama.

"Ala mommy. Jangan lah bergurau. Adrian tahu Melisa balik sini kan?" Kata aku tak percaya.

"Eh, mommy rasa kamu yang mengarut. Melisa tak pernah balik sini semenjak dia kahwin dengan kamu. Mommy ada suruh dia balik dengan kamu tapi dia tak balik pula. Mommy ingat kamu datang ni dengan dia." Kata mama panjang lebar. Jika Melisa tidak ke sini lalu dia ke mana?

"Betul ke ni mommy?" Tanya aku.

"Iya." Jawab mommy.

"Ok. Kalau camtu mesti Melisa ada contact dengan mommy kan?" Tanya aku lagi.

"Baru-baru ni takde. Last mommy contact dengan dia haritu la. Mommy tak ingat pula bila. Kenapa? Kamu bergaduh dengan Melisa ke?" Jawab mommy lalu bertanya.

"Takdelah mommy. Kitorang ada salah faham sikit je. Mommy jangan risau ya. Adrian akan cari Melisa sampai jumpa. Adrian janji sebaik saja Adrian jumpa dia. Adrian akan bawa Melisa datang sini." Kata aku.

"Yalah Adrian. Cepat-cepat cari dia sampai jumpa. Risau pulak mommy. Ini kalau daddy tahu mesti dia mengamuk. Kamu jangan bagitahu daddy ye. Nanti daddy salahkan kamu total." Kata mommy.

"Ok mommy. Kalau camtu Adrian minta diri dulu. Adrian nak pergi cari Melisa." Kata aku.

"Ok. Elok-elok di jalan. Mommy doakan semoga kamu cepat jumpa dia dan semoga Allah lindungi hubungan korang." Kata mommy.

Aku pun pergi dari situ. Sayang, kenapa sayang tinggalkan abang. Abang tak sanggup hidup tanpa sayang. Baliklah sayang. Sekarang kita dah boleh bersama balik. Jika sayang pergi untuk menenangkan fikiran sayang maka abang cuma minta satu. Tolong bertahan sampai abang jumpa sayang. Ya Allah lindungilah isteriku walau dimana ia berada. Sesungguhnya aku amat menyayanginya.

BERSAMBUNG...