*****
Tiba-tiba telefon aku berbunyi. Aku melihat nombor yang tidak dikenali lalu aku menjawab panggilan tersebut.
"Hello Lyana. Ni aku Melisa." Kata orang itu. Oh ternyata ini nombor telefon Melisa. Perempuan perampas itu.
"Oh Melisa. Ha kenapa? Ni abang yan mana? Malam tadi kata nak datang. Mana dia?" Aku berpura-pura tanya padahal sudah tahu apa yang jadi.
"Adrian..." Jawabnya kedengaran sedang sedih.
"Ha kenapa dengan abang yan?" Tanya aku muak.
"Di...dia..." Jawabnya dengan sedih.
"Dia?" Aku berpura-pura tanya.
"Dia accident pagi tadi." Jawabnya sambil menangis.
"Ya Allah. Lepastu ni dia ok ke tak? Ni dia ada hospital mana?" Tanya aku berpura-pura cemas.
"Dia ada dekat Hospital Kuala Lumpur. Dia ok tapi dia hilang ingatan. Dia tak kenal aku siapa. Tolong aku, Lyana. Aku tak tahu nak buat macam mana lagi supaya dia ingat yang aku ni isteri dia." Katanya meminta pertolongan aku sambil menangis.
"Ok ok. Aku ke sana sekarang." Kata aku.
Accident? HAHAHAHAHA. Padan muka kau mel. Siapa suruh rampas kekasih aku. Sorry yan. Aku tak nak buat kau terseksa tapi aku terpaksa buat. Aku ni ada. Kenapa kau mesti sayangkan perempuan tu.
*****
Aku pun pergi ke hospital tersebut.
*****
Setibanya aku di sana, aku melihat Jefri iaitu bekas kekasih aku. Jefri melihat aku dan dia mendatangi aku.
"Hai sayang." Dia menegur aku.
"Kau nak apa ni Jefri. Kan aku kata jumpa kau nanti. Kau buat apa kat sini?" Kata aku.
"Aku tak kan lepaskan kau Lyana. Kau masih belum bayar aku. Aku dah berjaya buat dia hilang ingatan. Kau masih tak bayar aku." Katanya.
"Ye Jefri. Aku tahu tu. Aku tunggu dapat duit daripada Adrian. Lepastu aku bayar la. Kau sabar la sikit." Kata aku dengan marah.
"Ok sayang. Oh ya, kalau apa-apa jadi. Aku akan pastikan kau orang pertama yang kena tangkap." Katanya.
"Apa maksud kau?" Tanya aku.
"Kau tak tahu ke yang polis jumpa bukti yang Adrian bukan sahaja kemalangan tapi dia hampir dibunuh." Jawabnya.
"Apa? Macam mana boleh ada bukti? Kau buat kerja macam mana ni." Kata aku dengan gelisah.
"Kau ingat aku ni bodoh sangat ke." Katanya.
"Kurang ajar." Kata aku.
"Kau yang rancang dia hilang ingatan. Kau sendiri yang cakap kalau dia hilang ingatan kau tak akan diceraikan dan kau akan dapatkan semua harta dia dalam masa yang terdekat. Kau nak kebas semua harta dia." Katanya.
"Memang la aku yang rancang tapi kalau aku kena cukup. Aku akan pastikan kau pun kena cekup sekali sebab bersubahat dengan aku dan jangan kau lupa kau pun ada sebab kenapa kau setuju dengan aku. Aku ada bukti tu." Kata aku.
"Kurang ajar kau." Katanya.
"Eh dah la. Aku nak jumpa suami aku. Bye." Kata aku lalu pergi.
*****
"Mel. Kau ok tak ni?" Tanya aku berpura-pura ramah.
"Aku ok tapi aku sedih la. Suami aku tak ingat aku siapa." Jawabnya.
"Dah dah. Jom masuk tengok macam mana." Kata aku.
*****
"Assalamualaikum. Hai yan. Aku datang ni." Kata aku.
"Waalaikumsalam. Eh Ly. Kau datang. Terima kasih sebab datang." Jawab Adrian.
*****
"Lyana. Aku balik dulu lah. Kau jagalah Adrian sementara aku balik bagitahu mama. Nanti aku datang lagi dengan keluarga Adrian ye." Kata Melisa.
"Ha yelah. Kau balik la dulu. Rehat. Aku jaga Adrian sementara kau balik." Kata aku.
Lalu dia pun keluar dari bilik itu dan aku sambung berborak dengan Adrian.
"Macam mana boleh accident ni abang?" Tanya aku berpura-pura.
"Abang? Kenapa kau panggil aku abang ni?" Tanyanya.
"Yelah. Kau kan suami aku. Kita dah kahwin lah. Tak ingat ke?" Lagi-lagi aku berpura-pura.
"Oh. Tah la aku tak ingat. Ly, perempuan tadi tu siapa?" Jawabnya lalu bertanya.
"Dia isteri pertama kau. Korang selalu bergaduh. Tak pernah berbaik dan kau memang terpaksa berkahwin dengan dia." Kata aku.
"Oh." Balasnya pendek.
"Adriannn.....credit card kau ada kat mana ye? Aku nak beli barang tapi takde duit pulak." Aku cuba dapatkan credit card daripada dia dengan alasan nak beli barang.
"Tak tahulah aku tak ingat kat mana aku simpan." Jawabnya.
Aduh mamat ni. Boleh lupa pulak simpan mana. Eh lupa pulak. Dia kan hilang ingatan.
BERSAMBUNG...