"Baiklah aku balik dulu. Nanti ada masa akan aku datang menjenguk kau dan call kau bila-bila masa." Jawabnya lalu pergi dari kedai.
Setelah Adha pergi, Lyana datang ke kedai. Dia kawan perempuan yang aku suka selama ni. Aku tak menyatakan perasaan aku dekat dia sebab aku nak kenal dia lebih dalam lagi. Dan aku putuskan harini aku akan katakan hal ni pada dia.
"Hai Yan. Kau busy ke? Aku ada benda sikit nak cerita pasal lelaki yang aku cakap haritu. Kau boleh luangkan masa sekejap?" Tanyanya dengan wajah yang gembira.
***
"Weh Yan. Tadi kan ada sorang mamat hensem ni tegur aku pastu kan dia bagi nombor telefon dia dekat aku. Kata dia nak kenal-kenal." Katanya padaku.
"Oh ya? Eh Lyana ko boleh tak lepas ni jangan mudah percaya orang. Ko tahu-tahu jelah kan. Orang zaman sekarang macam mana. Tak semua orang baik kat dunia ni. Manala tahu kot-kot dia ada niat tak baik kat kau." Jawab aku dengan rasa cemburu.
"Ish kau ni Yan. Aku bagitahu kau ni nak minta pendapat. Bukan nak dengar ko membebel. Kau ni asal? Haa aku tahu dah. Mesti kau cemburu ni. Kan? Ngaku jelah." Katanya sambil tertawa.
"Mana ada aku cemburu. Aku cuma cakap benda betul je." Jawab aku padanya.
"Yelahtu." Katanya tak percaya.
"Yer. Betul." Jawabku dengan tegas.
***
"Hai Lyana. Aku ingat lagi cerita kau haritu. Aku busy buat masa sekarang ni. Ada apa. Apa kata kita jumpa malam ni kat kedai mamak. Tempat biasa kita lepak tu. Aku busy sikit ni. Sorry eh Lyana. Nanti ko roger aku kul berapa nak jumpa." Balas aku sambil menyiapkan kerja.
"Oh ye eh. Hmmm... Takpelah kalau cam tu. Nanti aku mesej la kau kul berapa nak jumpa. Takut aku tak dan nak jumpa malam ni. Nanti aku bagitahu balik." Katanya dengan suara yang perlahan dan kecewa.
"Ok." Balasku pendek.
Dia pun pergi dari kedai. Sebenarnya aku rasa bersalah sebab tak layan dia sangat. Lagipun aku sibuk sangat.
Ting!
Aku tengok mesej yang baru diterima. Ternyata dari Adha. Dia mengatakan yang Adriana ingin berjumpa dengan aku. Terus aku call Adha sambil menyiapkan kerja.
"Hello! Eh kenapa ko bagitahu Adriana pasal kau dah jumpa aku?" Tanyaku sedikit marah.
"Lek la Yan. Adik kita je yang tahu pasal ni. Aku janji tak akan bagitahu mama dengan papa dulu. Lagipun Adriana nak sangat tahu rupa kau macam mana. Aku kesiankan dia. Jadi aku tunjuk la gambar kau kat dia." Jawab Adha.
"Asal. Kalau aku tak hensem dia taknak ngaku aku abang dia la eh." Kataku sambil tertawa.
"Eh bukan cam tu lah. Kau ni pun. Dia just nak tahu. Itu je." Jawabnya sambil tertawa.
"Hahahahaha. Ha yelah. Aku gurau je. Eh dah la. Aku ada banyak kerja nak kena settle ni. Nanti aku call kau balik. Bye! Assalamualaikum." Kataku lalu tutup telefon.
Waktu pun sudah menunjukkan jam 6 petang. Waktu kedai aku tutup. Aku pun cepat-cepat tutup dan akan pergi ke pantai sekejap untuk ambil angin.
Ting!
Mesej dari Lyana. Jam 9 malam jumpa dekat tempat biasa. Agaknya dia nak cakap pasal apa pulak kalini. Tak kan dah nak kahwin kot dengan mamat tu. Ish, apa yang aku fikir ni. Aku akan menyatakan perasaan aku malam ni jugak dekat dia.
*****
"Haa sampai pun. Ingat tak nak datang tadi. Aku baru nak gerak balik. Lima belas minit kau lambat. Penat aku tunggu. Tahu tak." Katanya dengan sedikit marah.
"Alah. Lek lu. Bukan selalu aku lambat. Haa cite apa ni kecoh-kecoh. Aku pun ada benda gak ni nak cakap." Jawab aku dengan mood yang baik.
"Yelah. Apa benda yang ko nak cakap tu? Cakap la dulu. Sambil-sambil tu kita tunggu makanan sampai. Aku dah order macam biasa. Jangan memilih!" Kata dia.
"Ha bagus. Takpelah. Ko cakap la dulu. Dari siang tadi kan ko nak cite. Tapi aku busy. Sekarang ko boleh cakap. Jadi tuan puteri sila cakap dulu." Kata aku sambil tertawa.
"Haa ok la. Cam ni cite dia. Masa lunch tadi aku gi makan kat mall dengan member aku en pastu aku nampak boyfriend aku curang gn aku. Dia keluar gan perempuan lain. Ni bukan sekali aku nampak dia keluar gan perempuan lain. Dah banyak kali pastu setiap kali nampak dia dengan perempuan yang berlainan. Aku tak tahan sangat sampai aku pergi kat dia pastu aku minta break. Dasar lelaki playboy. Aku kecewa sangat-sangat weh. Ko faham tak macam mana perasaan aku." Katanya dengan sedih.
"Ouh. Alah ko tak yah la sedih. Aku kan ada. Aku ni dah lama suka kat kau. Tapi tulah kau buat tak reti je dengan aku." Jawab aku sambil memujuk dia.
"Ouh. Hah? Ka...ka...kau su...su...suka aku? Apa ma...mak...maksud kau?" Tanyanya sambil tergagap-gagap dan hairan.
"Yer Nur Alya Lyana. Aku dah lama suka kau tapi tulah kau buat bodo je gan aku. Dah banyak kali aku bagi hint tapi ko tak faham." Kata aku dengan kesal.
"Eh? Ha yelah. Pape jelah. Ni tadi ko kata ada benda nak cakap kan. Ha cakap la."Katanya.
"Kan tadi aku dah cakap. Aku suka kau!" Kata aku dengan geram.
"Eh? Oh ok." Jawabnya pendek.
Kami pun makan dan minum dan balik ke rumah masing-masing. Aku rasa malu gila sebab mengaku perasaan aku pada dia. Dalam masa yang sama aku juga lega sebab dah mengaku pada dia.
BERSAMBUNG...