webnovel

ajsks

[Teen Fiction+Mystery+Action+Romance] Hidup bergantung pena. Hidupnya seakan-akan tiada tujuan. Dia cuma menjaga, dan akhirnya perlu melepaskan dirinya. Tapi, tidak semudah itu. Bait-bait bagi setiap ucapan mereka, telah mengubah persepsi mereka antara satu sama lain. Senekad mana pun mereka, tapi siapalah mereka untuk menghalang diri dari terjerumus ke alam cinta. -"Dia tidak akan berhenti sehingga kau aku mati" Status:On Going

hmyzh_ · Seni bela diri
Peringkat tidak cukup
26 Chs

3

"Ya, saya okey." ujarku kepadanya

Dia tersenyum lagi, lalu berlari anak menandakan dia berjogging. Dia memakai penutup kepala yang ada di hoodie itu.

Dalam beberapa saat, kelibat itu hilang. Aku sedikit terkejut. Ke mana sosok itu pergi?

"Dahlah melanggar, siap jogging segala lagi tu!" Omel Lia

"Eh, apa ni Lia. Sikit je kan, lainlah kalau kaki akak ni patah" ujar Anah setelah menepuk-nepuk bahunya yang dilanggar tadi

"Amboi, akak! Bukan main sokong lagi lelaki tu ea!"

"Bukan sokong! Tapi, benda kecil je. Buat apa nak marah-marah."

"Eleh. Baguslah tu ada orang yang ambil berat dekat dia." rajuk Aulia

"Eh, merajuk pula adik akak ni ye. Takyah merajuk! Mulut tu macam itik dah! Ni akak nak tanya Lia, hensem tak lelaki tu?" ha, kakak aku nak mulalah tu

"Hensem? Aih , akak ni sejak bila berkenan dengan lelaki ?" soal Aulia rasa pelik dengan sikap kakaknya itu

Anah terkejut

"Hei ! Apa pula berkenan , akak just nak tahu pendapat Lia je. Manalah tahu , adik akak yang cantik ni berkenan dengan orang tu. Yelah, orang tua-tua kata, tak baik benci-benci nanti jatuh cinta." beritahu Anah sambil memberikan senyuman meleret

"Ew , tak naklah dengan mamat ego tu ."cara bercakap Aulia semakin perlahan dari yang tadi

Anah menyembunyikan senyuman. Acah lebih je Aulia ni. Tak apalah. Kalau dia tak nak lelaki tu, biar je dengan aku. Heh

Senyuman masih ditahan daripada terukir

"Kak, kak ni kenapa?" soal Lia apabila melihat sedikit senyuman terukir di bibir kakak kesayangannya

Anah melihat ke arah Aulia dan menggeleng sahaja

"Kak, bila nak masuk kampus balik? Tak lama lagi exam semester satu nak mula dah." Lia menukar topik. Daripada layan angan kakak dia yang memang takkan berhenti sampai bila bila, baik dia tukar topi cepat .

"Lusa mungkin. Esok akak ada hal. Lia pula, bila nak masuk kampus? Jangan ikut akak je. Nanti pelajaran Lia terabai pula." balasnya

"Lusa mungkin. Lia mana boleh biar akak sorang-sorang macam ini je. Nanti akak dalam bahaya macam mana?" kata Aulia

"Jangan risau diri akaklah. Akak boleh jaga diri. Lagipun urusan akak di sekitar sini je. Esok pagi Lia kena pergi ke kampus, okay?" arah Farhanah membuatkan Aulia terkedu, sebelum kepalanya perlahan-lahan diangguk

Farhanah hanya tersenyum tanda menyenangi sikap adiknya itu

Tepat pukul 10 malam, mereka berdua telah pun tidur. Malam itu, Anah diulit mimpi yang aneh

***

'Lepaskan saya. Saya tiada kena mengena dah dengan awak!' ujarku sambil menarik tangan ku dengan kasar di mana lelaki itu sedang kemas menggenggam erat lenganku

'Aku takkan lepaskan kau. Cinta aku takkan pernah putus untuk kau. Aku akan tetap kejar kau untuk mendapatkan kau.' ujar lelaki yang tidak ku kenali itu

'Awak, saya tak ingin kita ada apa-apa hubungan lagi. Tolong! Saya mohon dekat awak!' rayuku, air mataku mengalir membasahi pipiku.

'Tak! Kau dah buat aku sayang dekat kau! Kau jangan ingat aku senang-senang nak lepaskan kau!'

Aku masih dengan gugupku, sempat aku melihat ke sekitar bilik itu, dan aku nampak..

Sebuah bekas bercahayakan biru, aku baru sahaja ingin bergerak ke sana dan tanganku tiba-tiba direntap, badanku digegar- gegarkan, mataku masih tertumpu kearah bekas jernih itu.

Semakinku berfikir, tiba-tiba aku pengsan

Dan kini, aku telah di alam bawah sedar

Aku sedar dari tidurku, apabila badan aku digegarkan oleh Aulia

"Allah!" laungku bila aku sedar dari lenaku

Aulia yang duduk di birai katilku terkejut

"Kak, okay tak ni?" tanyanya berbaur risau

"Ye..okey.." ujarku sambil tersenyum

'Siapa lelaki tu? Aku cuma nampak tangan dia je..' bisikku di hati, aku mengeluh perlahan

"Kak, Lia nak gerak dah ni. Betul ye, kak pergi kampus esok? Jangan tak ada pula, eh?" kata Aulia sambil menyalam tanganku

"In Sha Allah, esok akak masuk kampus balik." beritahu Anah lalu bergerak mengiringi adiknya yang sedang berjalan ke arah pintu rumah mereka

"Akak, jaga diri ye. Nanti esok Lia tunggu akak. Akak call je Lia kalau dah sampai, assalamualaikum."ujar Aulia

Anah hanya mengangguk

"Hati-hati berjalan tu. Jangan ikut orang lain tahu?" Jerit Anah apabila dia melihat Lia semakin jauh melangkah dari rumah mereka

Apabila kelibat Lia tidak lagi kelihatan, lantas Anah masuk ke dalam rumahnya kembali

Dia menuju ke dapur rumahnya itu, yang tidaklah seberapa mewah, bertujuan untuk mencari makanan dan barang barang masakan untuk di makan pada hari itu.

Dia membuka satu persatu laci almari dapurnya itu, almari kecil yang terletak di atas almari itu pun di bukanya sekali. Tapi, kosong.

"Hmm. Takda makanan. Jadi, terpaksalah makan kat luar!" Anah berkata dengan nada riang

Lantas dia bersiap. Mandi perkara pertama dia lakukan, kemudian setelah selesai mandi,dia memakai seluar jeans berwarna biru dengan baju lengan panjang berwarna putih.

Rambutnya di ikat tinggi,beg tangan di sarung ke bahu. Kasut disarungkan ke kakinya yang telah dibaluti oleh stokin berwarna hitam.

Dia mengunci pagar rumahnya, dengan menggunakan kunci mangga,dan beredar selepas itu.

Tiba di stesen bas, dia terus mengambil tempat duduk yang jauh sedikit dari seorang makcik. Ikutkan hati tak nak buat apa-apa dekat stesen tu, tapi suara dari arah makcik itu mengganggunya.

"Bagilah duit! RM 50 pun dah cukup." ujar dua orang lelaki itu sambil menarik-narik beg makcik yang berada disebelahnya. Muka makcik itu, seakan takut sahaja

"Woi, kau pekak ke apa?! Aku kata bagi, bagi jelah betina!" jerkah salah seorang dari mereka itu

Anah terus bingkas dari duduknya, dan menuju mendekati mereka

"Jangan kacau dialah!" ujar Anah, sambil menarik kembali beg tangan makcik itu, dari pegangan dua lelaki itu. Makcik yang berada disebelahnya itu, sudah menangis ketakutan.

Sayangnya, tiada orang disekeliling. Kalau tidak mesti Anah sudah menjerit memanggil orang kampung

"Kau jangan sibuk sangat boleh?!" jerkah satu orang lelaki itu, sambil terus menarik beg tangan itu. Anah tidak berputus asa. Dia menggunakan sepenuhnya tenaga. Apabila beg dilepaskan oleh dua pencuri itu, Anah yang tadi menarik kuat beg itu, terhantuk ke tiang besi.

"Betullah apa orang cakap, cantik tak semestinya pandai! Kau ingat eh, bila-bila masa je aku boleh buat apa-apa dekat kau! Jadi, hati-hati bila kau jalan sorang-sorang." ujar lelaki itu sebelum beredar

"Okay! Thank you ambil berat, si pandai!" jerit Anah kepada dua lelaki itu

"Dasar lelaki tak guna!" bisik Anah perlahan, sebelum pandangan dialih ke arah makcik yang duduk itu.

"Nah, lain kali hati-hati ye, aunty. Kat sini, orang jarang lalu." ujar Anah sambil tersenyum

"Terima kasihlah ye..saya dah susahkan awak." ucap wanita yang berumur dalam lingkungan 37 tahun begitu.

Sekali lagi Anah menguntum senyuman, sebelum bas tiba dihadapan mereka. Belakang kepala digosok menggunakan tapak tangannya, setelah makcik itu naik ke dalam bas.

———

When our eyes meet each other, our heart suddenly wanna meet too.

To be continue...