webnovel

ajsks

[Teen Fiction+Mystery+Action+Romance] Hidup bergantung pena. Hidupnya seakan-akan tiada tujuan. Dia cuma menjaga, dan akhirnya perlu melepaskan dirinya. Tapi, tidak semudah itu. Bait-bait bagi setiap ucapan mereka, telah mengubah persepsi mereka antara satu sama lain. Senekad mana pun mereka, tapi siapalah mereka untuk menghalang diri dari terjerumus ke alam cinta. -"Dia tidak akan berhenti sehingga kau aku mati" Status:On Going

hmyzh_ · Seni bela diri
Peringkat tidak cukup
26 Chs

23

Tiba di hadapan rumah Syam, enjin motor dimatikan, Anah terus masuk ke dalam rumah setelah menekan password pintu itu

Syam dari jauh hanya memandang, sebelum dia menuruti Anah masuk ke dalam rumah

"Maira." panggil Syam memberhentikan langkah Anah

"Kau ok tak..." soal Syam dengan nada perlahan

"Hmm." itu sahaja yang dijawab oleh Anah, sebelum dia melangkah terus menaiki anak tangga

Keluhan kecil dilepaskan oleh Syam sebelum dia turut masuk ke dalam biliknya.

***

Pagi yang cerah itu, menjadi suram dengan kehadiran seseorang yang tidak diundang oleh Syam

"Hai, Anah." ujar Iskandar setelah pintu di buka oleh Anah. Syam dibelakang terkaku melihat kehadiran Iskandar

Apabila Iskandar sedar kehadiran Syam dibelakang Anah, dia terus terdiam. Bukan dia tak tahu, bahawa Syam yang menjaga Anah sepanjang Anah hilang ingatan.

"Eh, awak ni bukan Raf ke?" soalan yang dilontarkan oleh Iskandar membuatkan Anah berpaling ke belakang

"Bukan."

Kening Iskandar berkerut apabila mendengar jawapan dari Syam

"Tapi..."

"Kenapa awak datang?" pintas Anah, Iskandar terus mengalihkan pandangannya kepada Anah

"Er...sebenarnya Is nak bawa Anah jalan." ujar Iskandar sambil tersenyum

Syam dibelakang memasang telinga dan  sesekali melihat ke arah mereka.

"Hm.. Saya bukan tak boleh...tapi..." ujar Anah sebelum dia memalingkan sedikit wajahnya ke arah Syam

Syam terus berpura pura tidak melihat mereka. Anah melihat ke hadapan semula.

"Tapi?" soal Iskandar

"Syam adalah tuan rumah. Jadi, saya perlu minta izin dekat dia." ujar Anah sambil menguntum sebuah senyuman. Iskandar terus memandang Syam.

"Boleh kan kalau saya bawa dia keluar?"

Syam terus mengalihkan pandangannya ke arah Iskandar. Anggukan yang diberikan oleh Syam, membuatkan Iskandar mengukir senyuman

"Jom!" ajak Iskandar dengan riang, sebelum Anah mengalihkan pandangan ke arah Syam. Pandangan yang dilemparkan oleh Syam cukup membuatkan Anah terkaku sebelum Syam masuk ke biliknya.

Syam mundar-mandir di dalam biliknya, setelah Anah beredar pergi bersama bekas pensyarahnya itu.

Kunci motor di ambil, sebelum dia bergegas keluar dari pintu rumahnya. Enjin motor dihidupkan dan tayar mula meluncur laju melimpasi perkarangan hutan.

"Anah." ujar Iskandar setelah tiba di tempat ditujui, iaitu taman permainan. Disekeliling mereka, ramai orang yang sedang bersiar-siar.

Anah memalingkan wajahnya ke arah Iskandar. Rambutnya yang ditiup oleh angin-angin di selit perlahan ke belakang telinga. Kerusi awam diduduki bersama Iskandar.

"Awak dengan lelaki tadi, ada apa-apa hubungan ke?"soal Iskandar

"Tak ada. Awak kenal dia ke?" balas Anah

"Tak pasti." ujar Iskandar sambil memandang seraut wajah Anah. Senyuman di bibir terukir. Dirinya yang sedang dilanda dengan pelbagai masalah ini, berasa begitu  tenang sebaik sahaja menatap wajah gadis di hadapannya ini.

"Awak ada masalah ke?" soal Anah apabila wajah lelaki itu kelihatan sedikit muram

"Tak ada aa. Saya cuma penat je."

"Dah tu, kenapa datang jumpa saya bila penat?" soal Anah

"Penat saya akan hilang sebaik saja awak dihadapan saya." Iskandar melemparkan senyuman lagi. Anah tahu lelaki itu ada masalah, cuma enggan memberitahunya. Lantas itu, senyuman darinya dibalas.

Tidak jauh dari mereka berdua, Syam yang menyandar di motornya sambil berpeluk tubuh berasa sedikit cemburu apabila mereka berdua saling bertatapan buat sekian lama.

"Hm! Kalau kau rindu dia, kau cakap je lah! Buat apa kau nak pandang muka dia lama-lama!" ayat yang dilemparkan untuk Iskandar. Bukan dia tak tahu, pensyarah dia syok dekat Anah.

Banyak-banyak perempuan, dia juga yang kau nak!

Dari jauh dia melihat Anah dengan Iskandar berbual. Walau tidak didengari apa yang dibualkan oleh mereka, tapi dia tahu. Mereka mesti saling berbual berkaitan privasi mereka.

Macam mana dia tak tahu, kalau mereka saling bertepuk tampar dan bergelak sakan! Hm, kalau dengan aku bukan main dingin!

Syam tidak ingin terus menerus menahan rasa cemburunya yang membara, lantas itu dia terus beredar menaiki motornya.

***

"Lepaskan aku!"

Disekeliling Megat ramai saintis yang sedang membuat eksperimen.

"Woi, perempuan! Baik kau lepaskan aku, sebelum aku bunuh kau!" jerit Megat

"Diamlah! Kau tu yang tak sepatutnya berada di sini!" jerkah Merlina

"Tapi, disebabkan kau dah disini, rasanya mesti boleh tolong aku dalam menyelesaikan eksperimen khas aku!"

Megat terdiam bila mendengar Merlina, sebelum keningnya berkerut

"Jangan harap!"

"Haha, kau tak ada hak nak larang aku untuk buat apa yang aku nak!"

Merlina melastik perlahan penyuntik yang ada ditangannya sebelum di hala ke lengan Megat. Cubaan Megat untuk melepaskan diri daripada ikatan besi, gagal.

"Kau dan Aulia takkan boleh kacau rencana aku!" ujar Merlina dengan berbisik sebelum Megat mula menutup matanya, dan pengsan atau tidur tidak pasti.

***

"Kau dapat call dia ke?" tanya Ikha kepada Fizah, tapi dibalas dengan gelengan

"Weh, aku risaulah!" ujar Nabila sambil menggenggam tangannya

"Ikha, kau tak cuba cari melalui gps ke?" tanya Fizah bernada risau

"Dah, tapi tempat tu... Argh, ni!" ujar Ikha tak tahu bagaimana nak menerangkan kepada kawannya itu

"Ni...bukan tempat..."

"Ye. Ni tempat para saintis mengkaji dan membuat eksperimen. Kau ingat tak, kes ada orang hilang waktu tahun 2008 tu? Saintis yang ada kat dalam ni yang buat semua tu.

Kalau kau nak tahu, kes tu berhenti di siasat oleh polis. Aku pun tak tahu, apa puncanya..."

"Aku takutlah... Nanti diaorang buat apa-apa kat Aulia dan Megat macam mana??" ujar Puteri yang dari tadi mencuri dengar dari belakang

"Kau ni tiba-tiba je. Lagi satu, kau risaukan Aulia ke Megat!" soal Fizah. Ok, dia layan Puteri dengan cara begitu bukan saja-saja tahu!

"Ish! Ni bukan masanya untuk cakap benda ni!"

"Eleh, bukan masanya konon! Dah tu, bila? Esok?" ayat yang dilontarkan Ikha, menyebabkan Puteri terus beredar dari situ

"Dah lah tiba-tiba je!"

"Entah dia tu!"

***

"Papa!" panggil Qisteena

"Yes Teena?"

"Papa, Teena nak minta tolong dekat papa, carikan kawan Teena yang hilang boleh?" soalan yang dilontarkan oleh Teena, menyebabkan papanya menutup semula surat khabar itu, dan memandang ke arah Teena

"Hilang? Siapa?" soal papanya yang bernama Rizal. Papanya seorang pegawai polis, yang boleh juga dikategorikan sebagai seorang inspektor.

"Fara Farhanah Humaira. Kawan Teena."

Sebaik sahaja mendengar jawapan Teena, papanya mengangguk beberapa kali.

***

"Ceh! Buat apa kau nak kisah Syam! Dia dah dengan lelaki tu! Dahlah, kau tak payah tunggu dia!" ujar Syam pada dirinya, yang mundar mandir di ruang tamu

Kedengaran satu suara sayup-sayup di luar rumahnya. Syam terus bergegas baring di atas sofa ruang tamunya. Mata ditutup.

Sebaik sahaja Anah tiba di hadapan pintu rumah, di melambai Iskandar yang sedang berdiri di luar keretanya

Pintu di buka lalu di tutup. Syam yang sedang terbaring di atas sofa dipandangnya. Betul ke lelaki itu tidak kisah kalau dia pergi bersama Iskandar? Sudah bosankah dia dengan kehadiran Anah?

Anak tangga dinaiki. Syam yang berpura-pura tadi terus bangun, dan menilik jamnya.

Pukul 8:45 malam?? Kenapa tak sampai jam 12 je?? Dahlah, tak masakkan aku makanan. Nak aku mati kebulur ke apa.

Telefon di atas meja di ambil

"Aku nak makan!" ujar Syam sebelum dia mematikan panggilan

Sementara itu, Anah yang baru mendapat panggilan dari lelaki itu, ternganga.

"Lelaki ni memang bermuka tembok ke apa!" masa macam ni juga nak suruh aku masak, tempah je lah grabfood ke foodpanda ke!

Dia menekan pad panggilan untuk foodpanda. Senyuman diukir. Hm, padan muka!

Syam menuju ke bilik piano. Langsir dibuka, dan bintang yang bertaburan di langit di pandang. Sungai yang indah di pandang buat sekian lamanya, sebelum dia duduk di kerusi khas piano itu

Setiap bunyi yang terhasil, melalui piano yang di mainkan oleh Syam, berbunyi indah. Hatinya yang gundah gulana ini, berasa sedikit tenang.

Instrumental dari lagu City Hunter yang bertajuk Aria of the city dimainkannya.

Anah yang baru sahaja turun dari tangga mendengar bunyi yang cukup menusuk ke dalam kalbunya. Perlahan-lahan dia melangkah ke hadapan bilik piano itu, sebelum dia mengintip sedikit.

Syam yang bermain dengan rancaknya, begitu menarik perhatiannya.

Mereka saling berdiam diri, buat sementara. Sekiranya mulut tak mampu berkata, biarlah  hati yang berbicara untuk segalanya.

Biarlah nasib yang menentukan hubungan mereka, dan biarlah masa menentukan segalanya.

Sebaik sahaja Syam berhenti bermain piano, bunyi loceng dari luar rumah menyentak mereka. Lantas itu, Anah berlari mendapatkan pintu. Syam yang sudah diluar bilik piano memandang Anah yang sedang mengambil makanan dari seorang lelaki yang diluar pintu.

Pintu di tutup semula. Anah mengukir senyuman sambil menunjukkan makanan yang dibelinya itu. Guna duit dia ok. Syam hutang RM 27 dekat dia. He he.

"Pizza maybe??" Anah tersengih-sengih memandang Syam. Syam pada mulanya pelik, tapi setelah itu bibirnya mengukir senyuman kembali.

"Kau bukan dah makan ke?" soal Syam sebaik sahaja mereka mula makan di dalam bilik piano itu. Pft.

"Belum ok." ujar Anah

"Heh, tak gentleman langsung!" bisik Syam perlahan

"Apa dia?" tanya Anah

"Tak ada apa."

"Kenapa awak main piano malam-malam?" tanya Anah

"Oh, kau curi dengar ea?" soal Syam, membuatkan Anah terdiam buat seketika

"Eh, taaak! Cuma, yelah. Sikit je. Sikit je tahu." ujar Anah sambil mencantumkan jari telunjuk dan ibu jarinya. Syam terus tersenyum.

"Saja."

"Iyalah tu saja. Entah-entah tengah berjiwang." ayat yang dilemparkan oleh Anah membuatkan Syam berdiri dari duduk di kerusi, dan menuju ke arah piano

"This is what we call, jiwang." ujar Syam sebelum dia memainkan setiap bunyi dari piano. Lagu yang digubal oleh Harris Baba iaitu Bagai Selalu

Hmm...hmmm

Kala duka dan laraku

Kau sentiasa ada di sisiku,

menemani jiwaku

Kala suka dan tawaku

Kau mewarnai terang hidupku,

kaulah hati dan nyawaku

Ku akan tetap pastikan kau kan selalu tersenyum

Engkau, cinta

Biar berjuta wanita tetap

kau jadi yang pertama

Engkau, cinta

Biar ku harung segala,

takkan ku biar kau derita

Bila ku dengar suaramu,

hati rasa bagai selalu rindu

Oh Tuhan aku bersyukur

Tak dapat aku gambarkan

istimewanya dirimu

Engkau, cinta

Biar berjuta wanita tetap kau

jadi yang pertama

Engkau, cinta

Biar ku harung segala,

takkan ku biar kau derita

Tidak sempurna malam tanpa bulan bintang

Tidak bermakna jantung ini berdegup

Oh Tuhan kekalkanlah dia yang bernama cinta

Engkau, cinta

Biar berjuta wanita tetap kau jadi yang pertama

Engkau, cinta

Biar berjuta wanita tetap kau jadi yang pertama

Engkau, cinta

Biar ku harung segala, takkan ku biar kau derita

Walau jasad Syam memainkan piano di hadapannya, tapi dia merasakan jiwa dan hati Syam milik gadis itu. Gadis itu, mesti sungguh bahagia bila bersama Syam.

Ya. Aku bukan siapa-siapa pada Syam. Sebab itu, dia tak peduli kalau aku keluar dengan siapa-siapa.

Sedarlah, Anah.

"See. Now you know what is the meaning of jiwang." ujar Syam sambil tersenyum menghadap Anah

"Awak..." panggil Anah

"Ye?" tanya Syam sambil menekan setiap keyboard piano itu. Sesekali dia memainkan instrumental lagu lain.

"Pizza?" soal Anah sambil tersenyum memandang Syam. Menyembunyikan rasa kecewanya.

Syam terus membalas senyuman Anah, sebelum dia pergi mendekati Anah dan makan pizzanya.

"Kau bual apa dengan dia tadi?"

"Dia? Siapa dia? Pakcik foodpanda tu ea?" jawapan dari Anah membuatkan Syam mengulingkan matanya

"Nak buat apa dengan pakcik foodpanda tu? Aku cakap pasal Iskandarlah." balas Syam

"Oh...Eh! Awak kenal dia?!" soal Anah terperanjat

"Kenal. Dia pensyarah aku. Mestilah aku kenal."

"Bermakna awak..."

"This is not my question." ujar Syam, dengan nada serius selepas dia mengeluh

"Oh, hehe. Tak ada apa pun. Just borak kosong je."

"Iyalah tu." balas Syam dengan nada tidak puas hatu dengan jawapan Anah. Matanya memandang ke luar tingkap.

"Kenapa tanya?" soal Anah sambil memandang Syam yang sedang melihat ke luar tingkap

Syam menggeleng perlahan, Anah pula  melepaskan keluhan perlahan.

"Awak pula, apa yang awak dengan Yuna borakkan tadi?" soal Anah lagi

"Just...dia nak ajak aku keluar esok." mendengar jawapan Syam, Anah terus berpura-pura mengangguk

"Tapi, kitorang cuma makan je, dia kan baru balik dari England. Kitorang lepak je. Nak ikut tak?" soal Syam sambil memandang Anah

Anah berbelah bahagi, sama ada dia patut ikut atau tak. Kalau aku ikut, nanti macam tiba-tiba je menyibuk. Mesti Yuna tak selesa. Tapi, kalau aku tak ikut...

Anah terus memalingkan wajahnya ke luar tingkap. Soalan Syam dibiarkan sepi tak terjawab. Matanya tidak berhenti memandang bintang dan sungai yang berada di luar itu.

Baru dia perasan, yang belakang rumah Syam adalah tempat hari itu. Sewaktu mereka berkhemah. Syam yang ralit memandang wajah Anah terus tersenyum sebelum dia turut memandang di luar tingkap.

Setelah beberapa minit, Syam memecahkan kesunyian.

"Kenapa tak jawab?" soal Syam. Apabila soalan Syam tidak dijawab, dia terus memandang Anah disebelah. Serentak itu, kepala Anah terlentok di bahu Syam.

"Laa, tidur ke?" Syam bermonolog sendirian dengan nada perlahan apabila Anah terbaring ke bahunya. Anah disebelah dipandang buat seketika, sebelum kepala di alih memandang luar tingkap.

Syam tiba tiba menyanyikan lagu disebelah Anah tanpa iringan muzik.

Pertama kali aku bertemu

Seorang gadis seperti dirimu

Senyum tawamu, riak wajahmu

Sungguh ayu

Andai kuingin berterus terang padamu

Adakah engkau mahu menerimaku

Kerna engkau tak pernah mengenaliku

Ini kali pertama kita bertemu

Jika memang kau tercipta untukku

Maka izinkan aku mengenalmu

Izinkanlah aku menjadi sebahagian hidupmu

Dan aku berharap

Semoga kali ini akan menjadi

Cinta yang sejati oh sayang

Kepala dilentok dikepala Anah, sebelum matanya ditutup.

———

Smile even it worse.

To be continue...