webnovel

Bab1

"Iriena Lyana! Bangun la, dah pukul 7.50 dah ni. Kau tak nak pergi kelas ke apa?!" Tempik Niya yang sudah pun siap bertudung.

Aku bangkit sambil mengesat mata yang masih tidak sedia untuk membuka. Aduh makcik ni, chill la, bangunan akademik bukan jauh sangat pun dari asrama tak sampai 10 minit pun jalan kaki.

Aku menghela nafas berat lalu turun dari katil.

"Kau ni Niya, cuba bertenang sekali sekala. Aku nak tidur lama sikit lepas subuh pun tak boleh. Aku dah mandi dah subuh tadi, lelap mata sekejap je.

"Sekejap laa sangat, dah dekat 3 kali aku kejut, kau kejung je lagi atas tilam tu, apa seronok sangat ke tilam asrama tu?"

"Haish kau ni, kejap la aku pergi cuci muka, kalau kau nak gerak dulu kau gerak jela dulu." Tuturku lalu berlalu menuju ke tandas.

***

Sedang aku berjalan menuju ke bangunan akademik, bunyi notifikasi dari telefon bergema di dalam poket.

mesej dari Dr Farah, di dalam kumpulan aku buka. Segar mata aku saat membaca mesej dari pensyarah wanita yang cantik molek rupanya. Dr Farah memaklumkan kelas akan bermula sedikit lambat, jadi tidak lah aku dikira lambat nanti. Alhamdulillah. Detak ku di dalam hati.

Bersama senyuman di wajah aku berjalan dengan hati yang penuh dengan ketenangan. Saat aku hendak melintas jalan, aku terpandang satu sosok lelaki yang memandung kereta yang melintas di hadapan ku.

"Not bad" itu perkataan yang terlintas di fikiran.

***

* Uhui! Awainyaa kak Niya kita maii kelas" usik ku sambil mencuit bahu Niya lalu mengambil tempat di sebelahnya.

"Diam ah." Balas Niya bersama jelingan maut.

Aku hanya mampu ketawa melihat reaksi sahabat aku ini.

"Weh, tadi kan, ada seorang laki ni, kereta dia lalu depan aku, not bad ah." Mulaku kepada Niya.

" apa yang not bad? Dia ke kereta?" Soal Niya.

"Dia laa.." ucap sambil membuat muka.

"Mana la tahu kot-kot kereta." Balas Niya.

"Serious elok? Rugi la pula aku datang kelas awal." Ujar Niya sambil ketawa.

***

Tamat sahaja kelas Dr Farah, maka berakhirla kelas kami pada hari ini, hari rabu merupakan jadual paling singkat untuk semester ni. Tiada apa pun untuk minggu ni. Minggu pertama la katakan. Tak ada yang lain kecuali course briefing.

"Wehh nak buat apa hari ni?  Jom keluar nak?" Ajak Niya.

" tak kot.. aku ada kerja la, nak kena submit petang nanti." Ujarku kepada Niya.

Aku merupakan seorang editor untuk satu syarikat media kecil secara separuh masa, dapat la bermewah sedikit dengan hasil kerja yang tidak berpeluh itu. Cukup untuk aku yang masih lagi bergelar pelajar ini.

"Haishh tak habis-habis dengan kerja kau tu. Ok la aku ajak orang lain. Byee!" Pamit Niya.

" Lahh?! Nak gerak dah ke?!" Soal aku terkejut.

"Well, jangan tunggu aku. It will be late!" Jerit Niya yang sudah pun jauh dari aku.

***

Seharian menghadap laptop, aku merenggangkan sedikit sendi-sendi aku. Dah rasa macam nak terkehel dah.

Aku membelek telefon pintar aku sambil mencari satu nama " Hanisa". Kawan dari aku tinggi 130cm sampai la sekarang dah melebihi 165cm.

" nak kacau makcik ni la, lama tak borak dengan makcik ni." Ujar aku di dalam hati.

"Wuii ada mana?" Sapaku saat melihat wajah Nisah di dalam skrin.

" kat rumah je haa. Awat?" Soal Hanisah.

"Saja je, bosan lepas buat kerja, aku cari la kau." Jawab aku.

" ahh kau tak habis-habis bosan kau tu. Pergi la cari boyfriend tu, tak akan kau tak move on lagi dengan pakcik mat saleh kau tu." Tutur Nisah bersama satu pandangan. Nak tilik aku la tu.

" tak ada lah. Dah tak ada orang nak, nak boyfriend celah mananya?! Hish ko ni. Ok laa aku nak beli makanan. Bye." Ucapku.

"Lah! Letak dah? Hilang mood ke?. Macam-macam."

Ucap Hanisah.

Lalu aku tamatkan panggilan.

***

Aku membetulkan kedudukan rambutnaku supaya kelihatan kemas. Lalu menutup suis pengering rambut.

"Dah siap?" Tanya Niya.

"Dah jom." Ujarku.

" babe, kau tak nak try pakai tudung?" Soal Niya tiba-tiba.

"Kenapa tiba-tiba tanya?" Soal aku kembali.

"Tak ada la, aku rasa kau makin manis bila pakai tudung, aku tanya je, jangan terasa lak." Ucap Niya berhati-hati.

"Ermm, heheh nanti aku fikir ok. Jom-jom lambat dah ni." Kata ku.

Tudung, bukannya aku tak pernah terfikir untuk cuba menutup auratku dengan sempurna, tapi perkara tu tak mudah untuk istiqamah. Buatkan aku takut di kenakan stigma permainkan agama. Akan sampai satu hari untuk aku sempurnakan auratku.

***

Hari ini kelas kami bermula pukul 10 pagi. Tiada sebarang rasa gemuruh pun , sebab aku yakin kelas ini akan berakhir awal. Minggu pertama la katakan.

Masuk sahaja di kelas, aku mengambil tempat duduk di bahagian tengah yang sudah menjadi kebiasaan aku dan Niya.

Selang 10 minit selepas itu, kelas kami sudah pun penuh. Subjek ini menggabungkan dua kelas serentak. Jadi riuh rendah la kelas ini.

Sedang aku leka menilik sosiap media. Kelas bertukar sepi. Aku yakin, pasti pensyarah sudah masuk.

Aku mengangkat kepalaku, dan terlihat seorang lelaki yang mengenakan kemeja biru gelap tanpa tali leher dengan butang sedikit terbuka dipadankan dengan seluar hitam memasuki bilik kukiah bersama sebuah tablet dan fail ditangan.

Dia tak terlihat seperti anak melayu Malaysia. Wajah kacukan itu jelas menunjukkan darah yang mengalir dalam tubuhnya.

Dan satu nama mula terbit di minda aku.

"Assalamualaikum, hi and good morning everyone. So, ni kelas business mathematics right? " soalnya bersama senyuman nipis.

Seperti biasa, soalan begitu akan disahut secara berjemaah.

"Ok, good. Saya perkenalkan nama saya dulu, saya Adam Luth Bin Ismail. Boleh panggil saya Dr Adam, Sir Adam, or any nice name. Haha" selorohnya.

Bahasa melayunya cukup sedap didengar. Tiada pelat atau bunyi asing.

"Adam Luth" satu nama yang tak pernah aku lupa.

"Lyn, dia ni orang sama ke ?" Soal Niya sambil menyiku aku.

Aku diam seribu bahasa.

"Dr, are you Malaysian?" Tanya Intan, yang merupakan salah seorang rakan kelas aku.

"Haha. Nice question. Yes I am. Ayah saya Malaysian. Nenek saya Algerian, Atuk saya melayu. Ayah saya lahir dan membesar di Malaysia. Mak saya pula, orang UK. Saya lahir dan membesar dia Malaysia sampai umur saya 12tahun. Kemudian balik Malaysia dalam 4kali ke 5 kali setahun sampai lah saya umur 25. Sekarang saya kembali untuk jangka masa lama kot." Ulasnya.

" sekarang umur Dr?" Soal Kaira pula.

" 33." Ucapnya bersama senyuman.

"Saya nak tanya, dalam kelas ni, ada tak yang bernama , Iriena Lyana?" Soalnya bersama senyuman.

Seluruh kelas memandang kearah aku.

Aku kaku dan membisu. Tiada sebarang riak yang aku tunjuk.

Adam mengukir senyuman yang cukup manis.

" I am waiting for you. Jumpa saya lepas kelas boleh?" Soalnya lembut.

BERSAMBUNG..

P/s: fuhh sis harap korang enjoy. Support sis please. Jgn lupa tinggalkn komen. Bye! Enjoy reading!