Darra fikir setibanya di situ dia bakal duduk sebilik dengan pelajar lelaki. Tuah menyebelahi Darra selepas dimaklumkan oleh Marvin yang Darra ditempatkan dalam bilik persendirian tidak berkongsi. Perasaan lega itu ibarat Darra diserahkan izin untuk berehat dari belajar aje rasanya. Gembira yang bukan kepalang.
Yalah!Bayangkan kalau dia sebilik dengan mana-mana pelajar lelaki dalam akademi ini.
Tak ke naya nanti!
Baru saja Darra selesakan diri atas tilam empuknya satu ketukan kedengaran dari pintu bilik. Membuatkan kepalanya berpaling pantas ke pintu.
Siapa pula tu?
Tidak berlengah Darra bangkit dari katil dan berjalan mendapatkan pintu serta merta.
Kritt!
Berbunyi engsel pintu itu tidak semena.
Berdirinya seorang lelaki bercermin mata luar pintu.
"Ya?"Darra berkerut kening.
"Ada pesanan untuk Darrius Emmerson."lelaki bercermin mata itu pun menyerahkan secebis gulungan kertas.
Hairan dengan hal itu Darra pandang gulungan kertas itu lalu mencapainya dari tangan tersebut. "Dari siapa?"
"Kau akan tahu lepas membacanya."beritahu lelaki bercermin mata tadi sebelum berpaling pergi dari situ.
Masih bingung kerananya, Darra tunduk membuka gulungan kertas lantas menbaca coretan kemas pada kertas kulit itu. Siapa pulak yang hantar nota rahsia bagai ni?
Bila ada nama yang tertera di situ, Darra terus membuat muka dan menjuling mata menyampah! Dia lupa dekat akademi ini ada seorang lagi manusia menjengkelkan!
Haihh.
Bersama dengan arahan dalam nota itu, sendirian tanpa sesiapa menemaninya, Darra jalan merentasi kawasan belakang bangunan menara dimana tempat dia menginap. Seakan mengetahui selok belok tempat itu, gadis itu tiba di hadapan sebuah pintu. Dia buka pintu bertombol ring besi warna silver ke dalam sebaik mendekat.
DUNG!
Bergema bunyi pintu itu taktala ia terhentak ke dinding tanpa disengajakan.
Berjalan lagi Darra melewati koridor lengang. Dan setelah tiba di depan sebuah pintu kecil iaitu sebuah pintu kayu, dia buka pintu itu ke dalam lalu bergerak masuk ke situ.
"Lambatnya."tegur lelaki yang sedang duduk di kerusi baldu merah depan jendela dua pintu sebelah kanan bilik tiba-tiba.
Darra lekas memalingkan kepalanya ke sisi. Bertentang mata dengan lelaki berkemeja putih tidak butang tiga dari atas dan berseluar hitam itu.
"Macam mana akademi ni?"tanya lelaki tersebut sambil menutup buku dan menanggalkan cermin mata dari wajah untuk diletakkan atas kerusi.
Tidak berkata apa-apa Darra menyilangkan tangannya ke dada. Memandang judging anak raja depan dia.
Perkenalkan, Putera Mahkota Eilian Fernly.Merupakan anak sulung antara dua beradik diraja dan juga peneraju taktah seterusnya selepas Raja Alan Salas kelak. Seorang lelaki yang terkenal dengan sikap peramah dan mudah bergaulnya. Salah seorang daripada artisan yang mempunyai berpuluh galeri persendirian di seluruh negeri. Muda-muda lagi mempunyai bisnes perkapalan. Mempunyai karakter mesra rakyat pendek kata. Rupa paras dan populariti beliau jangan dipersoalkan. Memang tiada tandingannya.
Tapi satu saja masalah Putera Eilian ini.
"Macam mana tuanku tahu saya telah berada di sini?"Darra adalah pesaing sengitnya.
"Satu akademi dah tahu kehadiran kamu di sini Darrius."senyum Putera Eilian. "Satu-satunya anak Duke Elijah Kirk yang terkenal akhirnya buat kemunculannya di hadapan publik selepas sekian lama berkurung di dalam 'sangkar emas' dia. Mananya khabar angin tidak tersebar dengan cepat."jelas sangat nada sindiran lelaki itu.
Sambil membuat muka tidak sukanya Darra memalingkan kepala. Perhatikan sekitar bilik itu. Tidak ada banyak barang. Selain rak penuh dengan buku dan kerusi dimana Putera Eilian sedang duduk sahaja yang mengisi bilik. Dia tidak tahu kenapa lelaki perasan bagus ini memanggilnya ke tempat ini.
"Kemudian?Apa yang tuanku perlukan dari saya?"Darra lirik renungan dalam Putera Eilian tanpa rasa gentar sama sekali.
"Saya merupakan atasan kamu di sini Darrius. Kamu bukan di luar lagi untuk menunjuk sikap berlagak kamu itu pada saya.."
"Kalau tuanku panggil saya ke sini semata hendak menyindir dan membuang masa, saya ada banyak perkara yang perlu dilakukan...kalau tiada apa-apa..saya minta diri dulu."Darra telah bergerak mahu mengundur.
Eilian malahan ketawa kecil. "Ramai-ramai orang dalam negeri ni, engkau adalah satu-satunya manusia yang tidak reti takut pada saya?"selorohnya semasa pandang mengejek ke Darra.
Sambil mengetap bibir menahan sabarnya, Darra pun berpaling. Dia pandang mengalah ke Putera Eilian. "Ada apa sebenarnya ni?"
"Kamu tahu kenapa saya panggil kamu ke sini Darrius...jangan berlakon seakan orang tidak bersalah. Saya menyampah. Tidak bapa kamu...tidak kamu...dua-duanya sama-sama menjengkelkan."tambah Putera Eilian lagi.
Berkedip mata Darra kerana hamburan kasar itu. Terimbas semula pertemuan kali pertama dia dengan Putera Eilian. Iaitu 5 tahun yang lalu. Waktu itu raja membuat majlis keraian sempena hari lahir anak kedua diraja. Darra yang berpakaian seperti lelaki waktu itu diperkenalkan kepada putera mahkota oleh Duke Elijah. Mulanya Darra fikir Putera Eilian seorang budak lelaki yang baik dan peramah. Rupa-rupanya lelaki ini hanya seorang manusia bertalam dua muka. Depan orang tua bukan main baik, manis berkata-kata kalau pukul nyamuk pun takkan mati. Bila depan Darra segala tanduk ekor semuanya keluar. Darra mahu saja dedahkan karakter sebenar putera ini tapi Darra sedar yang sikap Putera Eilian yang satu ini hanya ditujukan buat dirinya. Lebih tepat lagi terhadap Keluarga Kirk.
"Saya tidak tahu. Kalau saya tahu alasan kenapa tuanku panggil saya secara rahsia begini, saya takkan bertanya akan soalan ini. Jadi apa kata tuanku mudahkan urusan kita berdua dengan terus kepada hal sebenar memandangkan tuanku sendiri tidak suka menghadap saya."mendatar tanpa nada dan renungan dinginnya Darra beritahu.
Dengan gerak bahasa tubuh penuh amaran, Putera Eilin bangun dari kerusi dan berjalan mendekati Darra bersama tangan di dalam poket seluar.
"Semua orang di dalam Cameron tahu betapa berpengaruhnya ayah kamu di sini. Dan memandangkan kamu adalah anak Elijah Kirk yang disegani ramai penduduk, termasuk anak bangsawan di dalam akademi ini, mereka mungkin merancang untuk dekati kamu bagi mendapatkan nama di balik kenamaan kamu itu. Dan anak bangsawan di sini bukan la mereka yang datang dari calang-calang keluarga-"
Tidak menunggu kenyataan selanjutnya Darra terus menyampuk. "Jadi tuanku nak beri amaran pada saya la ni?Supaya tidak dekati mana-mana mereka di sini?"getusnya tak percaya."Ris au pengaruh saya menandingi pengaruh tuanku?"
"Jangan nak melampau Darrius. Saya tahu kamu terlalu yakin pada diri sendiri, tapi jangan terlalu tinggi pandang ke langit. Tersungkur pula satu hari nanti..."
Siapa yang kurang ajar dengan siapa sekarang ni!?Darra berdengus kecil. Kenapa lelaki sekeliling dia begitu insecure akan kewujudannya?Bukannya dia menganggu hidup orang lain pun.
"Tuanku tidak perlu risau mengenai hal itu. Saya sedikit pun tiada niat hendak membuat hubungan diplomatik dengan mana-mana anak bangsawan di sini. Berhenti berkata seakan saya ini seorang yang terdesak mahukan pengaruh dan kuasa..."sakitnya hati hanya Tuhan saja yang tahu.
"Iya...itu kata kamu...sedangkan ayah kamu sendiri tidak pernah berhenti dari menagih perhatian Raja Alan Salas sendiri demi mendapatkan nama..inikan anak lelaki beliau."Putera Eilian menarik sengih sinis.
Secepatnya Darra mengepal penumbuk dalam genggaman kerana mahu menahan diri dari menumbuk muka perasan bagus Eilian waktu itu. Wahhh!Lancar aje kan mulut tu mengutuk orang lain?
"Adakah itu saja yang tuanku mahu sampaikan?"takat didihnya semakin memuncak. Darra enggan lama-lama di situ.
"Ada lagi..."semakin lama semakin merapat Putera E ilian ke depan Darra waktu itu. Membuatkan Darra terpaksa dongak sedikit untuk menatap tatapan penuh amarannya. "Sekiranya kamu cuba melakukan hal tidak sepatutnya demi memperoleh markah tinggi dan rekod cemerlang di dalam sistem akademi ini, saya tidak akan ragu-ragu untuk menjatuhkan hukuman tanpa sebarang perbicaraan terhadap kamu."
Kelakar betul!Darra tenung dalam-dalam renungan Putera Eilian tanpa sedikit pun berkutik renungan dingin terhadap lelaki itu. Rendah sangat harga dan maruah dirinya ini hingga dituduh terlebih dahulu sebelum sempat hari pertama dia di dalam akademi ini tamat.
"Baik. Terima kasih untuk nasihat itu. Saya amat menghargai keprihatinan tuanku terhadap kebajikan saya di sini. Akan saya ingat pesanan tuanku sepanjang masa berada di akademi nanti."beritahu Darra dengan dingin. Dia hendak sedih dan marah pun tiada guna. Apalagi melenting...ianya hanya menampakkan betapa lemahnya diri dia di depan seorang lelaki.
Putera Eilian agak tercengang apabila melihat sikap tenang dan dingin orang di depannya. Wajah itu langsung tidak berubah reaksi. Sama seperti Duke Elijah begitulah Darra berkelakuan. Tidak hairanlah kenapa ramai yang beritahu anak Duke Elijah saling tidak tumpah seperti lelaki itu sendiri. Sedangkan wajah ini hampir seiras seperti Duke Elijah cuma agak cantik untuk seorang lelaki saja.
"Ada apa-apa yang tuanku ingin tambahkan lagi?"
Untuk beberapa saat Putera Eilian diam sebelum dia berdengus mengejek. "Itu saja."
Tidak Alfareeze, tidak Eilian Fernly. Dua lelaki ini sama-sama menyakitkan hati."Kalau begitu saya minta diri dahulu."tunduk Darra dengan kecil sebelum berpusing membelakangkan Putera Eilian.
"Darrius..."
Sambil memegang tombol pintu Darra pun berpaling. Memandang kosong ke Putera Eilin. Nak apa lagi?Tak cukup dengan kata-kata cemuhan tadi ke?"Ya?"balasnya tidak berminat.
Untuk beberapa saat Putera Eilian pandang tatapan kosong Darra. "Pastikan kamu tidak timbulkan sebarang masalah di sini."
Tidak membalasnya, Darra tarik pintu dan keluar dari situ tanpa berlengah. Tak ada habisnya pesan memesan ni. Memangnya muka dia ini ada cop 'PELUPA' ke?
Putera Eilian di situ hanya perhatikan belakang badan kecil Darra keluar dari balik pintu dengan renungan dalam tidak sukanya.