webnovel

Episode 9 : Ricardo Hennson.

Flashbacks

Pada usia 16 tahun...

Tangan yang berbirat dengan kesan rotan dipandangnya tanpa sebarang emosi di wajah. Walaupun sedang sedih dan sakit hati, dia tidak dapat berbuat apa-apa melainkan diam dan tidak bereaksi.

       "Kamu mahu minta maaf atas kesilapan kamu Darrius?"tanya Duke Elijah di hadapan Darra bersama rotan buluh di tangan kiri. Lengan baju lelaki itu sudah tersinsing naik ke siku.

         "Tidak. Tiada yang salah apa yang saya katakan."

          "Kamu telah menyebabkan anak lelaki Duke Marcel cedera!Tidak cukup dengan itu, Putera Eilian mengadu kamu telah mencarut di depannya!"

Sambil mengetap gigi dengan kuat, Darra pandang ke mata Duke Elijah marah-marah.

          "Alfa hina saya. Mengatakan saya anak luar nikah!Anak yang dilahirkan oleh seorang maid. Lelaki tu yang minta sakit. Putera Eilian menuduh ayah seorang pegawai tua yang dahagakan harta dan kuasa...ayah rasa apa patut saya lakukan!Mereka semua perlekehkan saya kerana sikap ayah itu!"

SNAP!

Satu hayunan rotan hinggap atas lengan Darra.

Kuat dan padu.

Maid serta butler termasuk Anthony menahan nafas masing-masing apabila mendengar bunyi sebatan itu bergema.

           "Aku suruh kau banggakan aku!Bukan buat perangai memalukan ni!Peduli apa mereka mahu kata. Kau sebagai anak aku..patut tahu lebih baik dari mereka. Kenapa aku suruh kau jadi lelaki. Kenapa aku suruh kau jadi pandai. Kenapa aku perlukan pangkat dan kuasa ni!Takkan itupun nak diberitahu lagi!"

           "Kalau begitu kan lebih baik ayah bunuh saja saya sewaktu saya dilahirkan. Senang ceritanya!"

SNAP!

Darra tidak terkutik sedikitpun. Tidak berkerut sakit atau bercemberut setiap kali sebatan itu hingga ke atas kedua belah lengannya.

          "Mulai hari ini kau akan belajar di rumah. Tutor yang akan sendiri menemui kau. Dan kau takkan dibenarkan keluar dari sini!"

End of flashbacks

Ramai agungkan latar belakang dia.

Mungkin juga berasa kagum kerana dia seorang yang cerdik pandai.

Seandainya la mereka tahu apa yang dia perlu hadapi hanya untuk menjadi ahli keluarga Duke Elijah, adakah layanan mereka terhadap dirinya juga bakal berubah?

Lagi-lagi bila dapat tahu dia seorang wanita?

Putera Eilian akan hina dia?

Alfareeze akan sakitkan hati dia?

Bersama renungan kosong, Darra memandang ke arah pemandangan luas dari koridor setelah keluar dari ruangan Putera Eilin. Entah bagaimana dia boleh berakhir di situ, Darra tidak perasan. Gadis itu hanya jalan dan jalan lalu berhenti di situ tanpa sebab.

Dengan ketinggian lima tingkat itu, Darra ambil keputusan untuk panjat tembok batu koridor lalu duduk menghadapkan kaki ke arah depan tanpa rasa gentar atau gayat. Dia dengan tenang menghayun kaki ke depan dan belakang.

           "Agaknya ada tak jalan rahsia untuk keluar dari sini?"bicaranya sendiri sambil menyondong sedikit ke depan untuk lihat lebih lagi pemandangan sekitar bangunan itu. Mana la tahukan ada laluan yang dia boleh gunakan untuk curi keluar.

          "Tak baik langgar peraturan akademi pada hari pertama masuk ke sini.."suara lain menyahut soalan Darra itu.

Dengan nafas tertahan kerana tersentak, Darra terus memalingkan kepala kanan dan kiri dengan lekas. Namun tiada satupun kelibat kelihatan di koridor itu. Lengang tiada orang. Hanya dia sahaja di situ.

           "Siapa?"

Meliar mata Darra lihat sekelilingnya, risau aje kalau ada jelmaan ke apa kan!

          "Tuan Muda tahu..pelajar baru tidak dibenarkan berkeliaran di Menara Diraja ni melainkan dengan kebenaran...apatah lagi cuba curi keluar dari sini."maka muncul seseorang dari balik tiang gergasi di balik selekoh kanan koridor. Lelaki bertopeng mulut itu jalan mendedahkan dirinya ke Darra.

Terkebil-kebil bingung dengan kehadiran tiba-tiba lelaki tidak dikenali itu, Darra berkerut kening. Sejak bila lelaki ini berada di situ?

           "Dan siapa pulak awak ni?"tegur Darra meneliti penampilan lelaki lampai berkemeja hitam di depannya untuk seketika. Ada band merah atas lengan kanan lelaki itu juga. Walaupun bertopeng mulut, ianya tidak banyak menutupi feature lelaki tersebut.

Perlahan-lahan, lelaki bertopeng mulut itu mendekati Darra sebelum berhenti tiga langkah di depannya.

           "Ricardo Hennson. Ketua Majlis Pelajar di sini. Dan tuan muda pasti Darrius Emmerson."

Darra berdengus kecil sebelum kembali memandang ke depan. Dia memejamkan mata taktala angin dengan sepoi-sepoi bahasa menghembus sapa wajahnya. Rasanya dia pernah dengar nama itu. Tapi dimana?

Ricardo Hennson?

Ricardo...

Hmmm....siapa ya. Rasanya dia tahu tapi tidak boleh nak diingatkan semula buat masa sekarang!

         "Tak tahu pulak saya jadi terkenal ni menyeronokkan..mana saja pergi semua dah tahu..."seloroh Darra dengan perlahan.

Ricardo pandang tepi wajah berhidung mancung Darra untuk seketika. Tangannya di bawa ke belakang badan.

          "Jadi...apa tuan muda buat di kawasan ni?"

           "Cuba la teka."Darra menduga tidak berniat untuk berbual panjang.

"Tuan muda baru menemui Putera Eilian ke?"

Saat itulah sesuatu terlintas dalam fikiran Darra kerana nama itu. Dan dia membuka mata hanya untuk toleh ke Ricardo. Patutlah dia ingat-ingat lupa siapa lelaki depannya ini!

Rakan baik putera mahkota, Ricardo Henson atau dikenali sebagai orang kanan Putera Eilian sendiri. Mempunyai karakter misteri yang Darra tidak dapat ketahui. Disebabkan lelaki itu amat berselindung, tiada maklumat yang jelas mengenai dirinya. Apa yang diketahui, lelaki tersebut sering berada di samping Putera Eilian tidak kira dimana saja Putera Eilian berada. Merupakan anak lelaki kepada Duke Brett Woodward. Ibarat bayang-bayang Putera Eilian. Paling istimewanya lelaki ini sering mengenakan topeng di mulut.

          "Ahhh, baru saya ingat...awak adalah orang kanan lelaki menjengkelkan tu kan?Yang selalu ada bersama dengan Eilin ke mana saja lelaki tu berada?"

Ricardo menyeluk sebelah tangannya ke poket seluar.

          "Jadi betullah tuan muda menemui Putera Eilian...kalau tidak mana mungkin tuan muda berada di sini."kepalanya terlentok sedikit ke tepi. Memandang judging akan reaksi di wajah itu.

Hujung bibir Darra terjungkit sedikit kerana pertanyaan itu.

Bukan dia, tapi lelaki menjengkelkan itu dulu yang mencari dia!Ikutkan hati dia memang tidak mahu pergi.

          "Betul tu. Putera Eilian kesayangan awak tu pelawa saya untuk menemui dia.... kenapa?Adakah saya dalam masalah besar?" senyumnya selepas itu. "Dan berhenti panggil saya tuan muda...tidak perlu terlalu formal. Kita berdua tidak jauh beza usianya."

           "Namun begitu pangkat saya rendah dari pangkat yang dimiliki oleh tuan muda."jelas Ricardo.

Darra menguak anak rambut yang jatuh mengenai matanya ke belakang sebelum ketawa kecil. Menjengkelkan betul la semua ini. Kenapa tidak seorang demi seorang cuba hendak buatkan dia rasa rendah diri di dalam tempat ini!

Semua ini gara-gara ayahnya juga. Berpengaruh?Terhormat?Pffft!

          "Saya tak rasa begitu...yang berpangkat adalah ayah saya. Bukan saya." pandangnya ke Ricardo.

Ricardo mengedipkan matanya kerana tatapan Darra. Dia menelan air liur kerana terkesan akan rupa paras yang dimiliki oleh tuan muda di depannya. Memang dia ada dengan khabar angin, tapi tidak sangka pula dia yang khabar angin tersebut memang benar.

         "Maaf kalau kata-kata saya ini buatkan tuan muda berkecil hati."

          "Tidak mengapa. Ianya bukan kali pertama orang berkata hina pada saya atau melayani saya dengan baik kerana terpaksa...."Darra berpaling ke depan semula. Namun baru sahaja dia mahu pandang ke depan, tidak semena sepasang tangan hinggap di bawah lengan dan tubuhnya terangkat ke belakang.

Sambil membutang mata kerana terkejut dan hampir mahu menjerit, Darra kejung sehinggalah dirinya di berdirikan atas lantai sesaat kemudian.

Apa yang-

          "Bahaya bertenggek atas tembok begitu."Ricardo berkata selepas menurunkan tangannya dari Darra. Lelaki itu pandang kosong ke muka gelabah Darra.

Merah padma muka Darra. Yalah!Cuba beritahu, siapa aje yang tidak terkejut bila ada yang pegang badannya ini secara mengejut tanpa amaran!Hilang akal agaknya lelaki ni!

           "Hei!Apa ni!"Darra menyilang pangkah ke dadanya. Masih terasa kesan sentuhan tadi pada bawah lengannya tadi. Perasan ke Ricardo?Rasanya corset di dada dia ini cukup keras dan padat untuk menyembunyikan asetnya!

Terkedip mata Ricardo selepas itu.

             "Ada apa?"tangannya kaku tidak bergerak. Kenapa?Apa yang tak kena?Dia buat apa?

            "Apa yang awak lakukan!Berani-berani sentuh orang tanpa kebenaran!"ketap Darra dengan kening mencerlung. Jangan Ricardo perasan sudah!

 

            "Apa yang salahnya?Saya cuma nak elakkan tuan muda dalam bahaya aje..."

           "Kalau ya pun beritahu la!"ugh!Darra mengetatkan kot ke badannya.

            "Ma-maafkan saya."tergaru-garu belakang telinga dibuat Ricardo dengan reaksi Darra waktu itu. Nak marah sangat kenapa?Kan mereka berdua sama-sama lelaki?Takkan tersentuh sikit aje nak marah?

Bersama muka blushing bagai nak apa, Darra lekas berjalan pergi meninggalkan tempat itu segera. Meninggalkan Ricardo terpinga-pinga sendirian.

           "Lah...kenapa nak marah pulak?"kata Ricardo semasa perhatikan langkah marah Darra dari belakang. Hairan sungguh!

Bab berikutnya