webnovel
#ACTION
#ROMANCE
#FAMILY
#FANTASI
#PERSAHABATAN
#KELUARGA
#PERCINTAAN
#AKSI

The Lost Heir of Avalor

Hazirah Aisyah, seorang gadis yang berusia 17 tahun dan dia tidak mempunyai kawan di sekolah kerana matanya yang berwarna coklat muda berbanding yang lain. Di sekolah, semua rakan sekolahnya mempunyai kuasa. Manakala dia? Hazirah tidak mempunyai kuasa elemen kecuali dua abiliti. Dia tidak pernah tahu akan asal-usulnya serta keluarga kandungnya. Selama ini, dia tinggal bersama sepasang suami isteri. Mereka mempunyai seorang anak gadis yang setahun muda darinya. Pada suatu hari, dia disuruh untuk melangkah masuk ke sebuah bilik simpanan yang seringkali dihalang oleh keluarga susuannya. Terdapat sebuah skrol yang mempunyai namanya. Tidak dia sangka bahawa skrol itu mengenai sejarah keluarganya yang sebenar. Ibu bapa kandungnya sempat memberi skrol tersebut kepada keluarga susuannya melalui seseorang. Mulai hari itu, Hazirah berjanji untuk mencari maklumat tentang asal-usulnya. Huzair Asyraf, seorang remaja berumur 22 tahun. Dia seorang yang pendiam dan ceria walaupun tidak mempunyai ramai kawan. Huzair mempunyai seorang kawan rapat, Muaz Aisy. Mereka mengenali satu sama lain sejak mereka berumur lima tahun. Muaz telah banyak menolongnya dari segi memberinya keluarga, tempat lindung, makan minum dan pakaian. Susah senang, mereka lalui bersama. Kebanyakan rahsia Huzair, Muaz ketahui dan menyimpannya dengan rapi. Walaupun hidupnya sudah lengkap, Huzair merasakan bahawa hidupnya tidak lengkap tanpa seseorang. Dia mencari orang itu. Akan tetapi, dia tidak tahu di mana hendak mencarinya. "Aku akan selalu ada dengan kau susah senang." – Muaz Aisy "Sebelum ini, kau keseorangan tanpa kawan. Namun, keseorangan kau telah berakhir. Kau masih ada aku, Muaz dan Syahmi. Kita tidak akan berpisah melainkan ajal maut pisahkan kita." – Khaulah Rusydi "Aku tidak akan putus asa selagi aku tidak tahu apa yang terjadi dengan keluarga kandung aku." – Hazirah Aisyah "Akak gila ke? Nak selamatkan dunia seorang diri? Selagi Batrisya hidup, Batrisya tidak akan benarkan akak pergi perang seorang diri." – Batrisya Rania "Kita akan melakukan ini bersama." – Syahmi Ilyas Namun, dapatkah Huzair mencari orang itu meskipun sudah sekian lama tidak berjumpa? Siapakah orang yang dicari oleh Huzair selama ini? Dapatkah Hazirah meneruskan kehidupannya yang penuh dengan dugaan itu? Dapatkah Hazirah cari maklumat yang dicarinya selama ini? Yang penting, adakah mereka semua berjaya memenangi peperangan yang bakal berlaku?

_zilazri_ · Fantastique
Pas assez d’évaluations
29 Chs
#ACTION
#ROMANCE
#FAMILY
#FANTASI
#PERSAHABATAN
#KELUARGA
#PERCINTAAN
#AKSI

Bab 13

Permaisuri Khadija mengangguk dan melangkah ke bilik Hazirah bersama Khaulah dan Batrisya. Sebaik sahaja mereka bertiga melangkah masuk ke dalam bilik Hazirah, Permaisuri Khadija tersenyum. Khaulah dan Batrisya terkedu apabila melihat Hazirah. Mereka seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dilihat mereka.

"Kenapa pandangan aku macam itu? Aku nampak hodoh ke ?" soal Hazirah walaupun soalan terakhir merupakan gurauan. Dia sedang memakai sebuah gaun panjang yang berwarna bercampuran biru dan ungu.

"Tidak. Akak nampak cantik sesangat. Lagi-lagi bila pakai solekan tipis dan gaun itu," puji Batrisya dengan sebuah senyuman manis yang terukir di bibirnya.

Khaulah mengangguk tanda setuju dengan apa yang dikatakan Batrisya. Hazirah kelihatan malu apabila dipuji oleh Batrisya dan Khaulah. Mereka berdua ketawa apabila melihat wajah Hazirah berubah sedikit merah. Permaisuri Khadija menggelengkan kepalanya dan tersenyum melihat keakraban mereka.

"Sudah-sudahlah kacau adik aku. Merah sangat dah muka dia itu. Kalau dia cantik pun, mesti sebab dia mewarisi kecantikan umi. Bukan begitu, bonda?"

Seseorang dari pintu bilik Hazirah menegur. Kelihatan Huzair sedang berdiri bersandar pintu tersebut. Dia sedang memakai tuksedo hitam dan tee berwarna putih di sebalik tuksedo itu. Permaisuri Khadija mengangguk tanda setuju akan pernyataan Huzair. Hazirah memandang abangnya seakan-akan tidak percaya.

"Kenapa pandang along macam itu? Along tahulah along kacak," gurau Huzair, ingin menceriakan suasana di dalam bilik itu. Khaulah, Batrisya dan Hazirah membuat wajah ingin muntah mereka. Huzair dan Permaisuri Khadija sudah ketawa apabila melihat reaksi mereka. Huzair melabuhkan punggungnya di sebelah Hazirah dan mengusap rambut Hazirah dengan perlahan, seakan-akan ingin manjakan Hazirah.

"Kamu berdua serupa dengan umi dan babah kamu. Mana tak tumpah kuahnya jika bukan ke nasi," kata Permaisuri Khadija.

"Apa maksud bonda?" soal Khaulah.

"Umi dan babah mereka seorang yang ceria, di sebalik sifat tegas mereka. Mereka suka bergurau-senda dan sentiasa mengeratkan silaturahim dengan sahabat-sahabat mereka, ahli keluarga mereka mahupun dengan penduduk," terang Permaisuri Khadija dengan sebuah senyuman yang terukir.

"Ahli keluarga?"

"Ya, namun along tidak dapat jejak mereka sejak tujuh belas tahun yang lalu. Entah hidup atau tidak. Entah sihat atau tidak," balas Huzair. Huzair memandang lantai dengan perasaan sayu.

"Kamu berdua, jangan risau. Ahli keluarga dari darah daging sendiri tidak mungkin akan melupakan kamu berdua walaupun tidak ketahui di mana mereka sekarang. Akan tetapi, kita masih ada dan apa yang penting adalah masa hadapan kita," kata Raja Rizal, yang sudah berada di dalam bilik itu bersama Shahrul, Syahmi dan Muaz. Mereka mengukirkan sebuah senyuman untuk Hazirah dan Huzair. Hazirah dan Huzair sedikit terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Raja Rizal sebelum memandang satu sama lain.

"Jangan lupa, along masih ada keluarga Muaz dan kak Hazirah masih ada Batrisya, ibu dan ayah. Tidak lupa dengan Raja Rizal sekeluarga," kata Batrisya untuk menambah apa yang dikatakan oleh Raja Rizal. Khaulah mengangguk setuju manakala Permaisuri Khadija senyum.

"Sudahlah dengan drama Sinetron. Mari kita turun untuk memulakan pentadbiran," arah Raja Rizal.

Blaze of the Light tergesa-gesa keluar dari bilik Hazirah. Shahrul dan Permaisuri Khadija menggelengkan kepala mereka sebaik sahaja Blaze of the Light keluar dari bilik Hazirah. Nasib baik Syahmi, Muaz, Khaulah dan Batrisya sempat menukar pakaian mereka sebelum pergi ke bilik Hazirah tadi. Ramai penduduk-penduduk Kerajaan Avalor berada di istana. Raja Rizal dan Permaisuri Khadija menurun tangga bersama Huzair dan Hazirah di belakang mereka. Muaz, Khaulah dan Batrisya yang mengiring mereka. Shahrul, ahli kumpulan Blaze of the Light dan Jeneral Zyra mengambil tempat masing-masing sebaik sahaja Raja Rizal dan Permaisuri Khadija menjadi tumpuan penduduk-penduduk yang hadir untuk acara itu.

"Assalamualaikum semua. Harap maklum bahawa saya adalah Raja Rizal, raja Kerajaan Alantia, dan di sisi saya merupakan isteri saya, Permaisuri Khadija. Terima kasih kepada semua yang hadir ke acara ini. Saya pasti semua sudah dimaklumkan apa yang bakal berlaku pada hari ini," bicara Raja Rizal dengan tenang. Tiada sesiapa yang berbual dan memberikan perhatian mereka dengan apa yang bakal berlaku tidak lama lagi.

"Seperti yang kita ketahui, raja dan permaisuri Kerajaan Avalor sudah kembali ke rahmatullah sejak tujuh belas tahun yang dahulu. Namun, siang tadi, anda semua menyaksikan pemulihan kerajaan ini. Ada yang tertanya dan ada yang gembira. Tertanya kerana bagaimana kerajaan ini pulih semula sekian lama tidak dikunjungi ramai dan ditinggalkan begitu sahaja. Gembira kerana putera Kerajaan Avalor, Putera Huzair, kembali dan dalam keadaan selamat," terang Permaisuri Khadija pula.

Huzair melangkah ke Permaisuri Khadija dan Raja Rizal sambil mengukirkan sebuah senyuman di bibirnya. Ramai penduduk bersorak untuk Huzair kerana gembira dengan kepulangannya. Alisa turut berada di sana dan mengukirkan sebuah senyuman. Pentadbiran bermula dan Huzair telah pun menjadi raja kepada Kerajaan Avalor.

"Assalamualaikum semua. Gembira untuk berjumpa dengan kamu semua semula. Sebelum saya lupa, saya ingin memperkenalkan adik saya, yang menghilang sejak tujuh belas tahun yang dahulu, Puteri Hazirah Aisyah Al-Mukhtar. Seperti yang kamu ketahui, Puteri Hazirah dilahirkan sewaktu peperangan sedang berlangsung. Namun, jeneral termuda dan terhandal kami, Jeneral Zyra, telah diarahkan oleh Raja Mukhtar dan Permaisuri Saida untuk membawa saya dan Puteri Hazirah jauh dari istana. Ini bertujuan agar kami bertiga tidak terkorban untuk mengubah nasib kami dan juga untuk menyelamatkan kerajaan ini dalam masa akan datang," tutur Huzair dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.

Walaupun Huzair berasa sayu mengenang umi dan babahnya, dia tetap mengukirkan senyuman dengan hasrat agar tidak meninggalkan kerajaan ini dan melindungi adiknya tidak kira jika nyawanya terkorban. Seseorang memegang bahu Huzair secara tiba-tiba. Huzair memandang orang itu. Hazirah mengukirkan sebuah senyuman untuk abangnya agar Huzair tahu bahawa dia bukan keseorangan. Suara penduduk-penduduk bersorak tidak kedengaran. Mereka seperti dalam dunia mereka sendiri.

"Ehem, tahulah sudah lama tidak jumpa adik sendiri dan tidak balik kerajaan sendiri. Macamlah Kerajaan Alantia itu teruk sangat. Kamu semua sila jemput makan. Bufet sudah sedia di tepi dewan ini, " kata Raja Rizal, yang telah menyedarkan Huzair dan Hazirah dari dunia mereka. Khaulah dan Batrisya ketawa kecil. Syahmi, Shahrul dan Muaz tersengih sambil menggelengkan kepala mereka. Huzair dan Hazirah mengaru kepala masing-masing tanda malu dengan teguran Raja Rizal. Jeneral Zyra sudah meminta diri untuk pulang ke Kerajaan Alantia.

"Kalau ya pun nak lepaskan rindu kat suaminya, agak-agaklah," sindir Muaz sambil ketawa.

Huzair menggelengkan kepalanya, melihat Muaz ketawa terbahak-bahak. Raja Rizal dan Permaisuri Khadija melayan beberapa penduduk-penduduk yang hadir. Shahrul pula melayan beberapa kenalannya yang hadir di istana itu. Tidak lama kemudian, satu demi satu penduduk datang ke arah Hazirah dan Huzair untuk mengucapkan tahniah dan selamat pulang kepada mereka berdua.

-------------------------------------------------------------------

Selepas pentadbiran

"Fuh, penatnya," keluh Muaz setelah melabuhkan punggungnya di sofa.

Syahmi menggelengkan kepalanya apabila melihat Muaz mengeluh. Blaze of the Light dan Huzair duduk di sofa yang ada di ruang tamu. Raja Rizal, Permaisuri Khadija dan Shahrul sudah pulang ke Kerajaan Alantia bersama dayang-dayang mereka. Yang tinggal di istana Kerajaan Avalor selain Blaze of the Light dan Huzair adalah beberapa dayang yang akan bekerja di bawah pemerintah Huzair.

"Selepas ini, apa rancangan korang?" soal Huzair.

"Buat masa sekarang, aku nak berehat dan jalan-jalan di bandar yang ada kerajaan ini. Lagipun, ayahanda ada bagi cuti seminggu," balas Syahmi sambil menghirup air sirap.

"Kalau macam itu, esok aku teman korang. Aku rindu jalan-jalan dekat bandar," menyampuk Huzair secara tiba-tiba.

"Takkan kau tak ada kerja yang perlu dilakukan selepas menjadi raja?" soal Muaz.

TBC