webnovel

TERGANTUNG SEPI

"PAPA TAK KIRA WALAU MACAM MANA PUN PAPA NAK KAMU KAWIN DENGAN PILIHAN PAPA JUGAK" TEGAS TAN SRI MALEK "NO PAPA DANIAL TAK KAN KAWIN DENGAN PILIHAN PAPA SEBAB DANIAL ADA PILIHAN SENDIRI!!!" TEGAS DANIAL FIRDAUS "YANG ABANG SIBUK SANGAT NAK ANAK KITA KAWIN DENGAN BUDAK TU DAH KENAPA" SAMPUK PUAN SRI KATRINA "NAK TAK NAK KAMU TETAP KENA KAWIN DENGAN BUDAK TU JUGAK PAPA TAK KIRA PAPA HANYA AKAN TERIMA CUCU DARIPADA RAHIM PEREMPUAN BERNAMA HANAN SOFEA SAHAJA MUKTAMAT, JIKA DANIAL INGKAR ARAHAN PAPA SATU SEN HARTA PAPA PUN DANIAL TAK AKAN RASA SEMUANYA PAPA AKAN SERAHKAN KEPADA ADIK KAMU AIRA ERDINA" KATA MALEK KEPUTUSAN MALEK KALI INI MUKTAMAT "SAMPAI MACAM TU SEKALI PAPA BUAT DANIAL OKY FINE DANIAL KAWIN DENGAN PEREMPUAN TU!!" KATA DANIAL SUARA DAH NAIK SENOKTAH "MAMA TAK SETUJU YANG DANIAL KAWIN DENGAN PEREMPUAN KAMPUNG TU, ABANG PLEASE LAH WARAS SIKIT BUDAK KAMPUNG AWAK NAK KAWINKAN ANAK KITA" KATA KATRINA GERAM "AWAK SETUJU ATAU PUN TAK SETUJU ITU BUKAN MASALAH SAYA YANG SAYA TAHU DANIAL DAH SETUJU UNTUK KAWIN DENGAN HANAN" KATA MALEK TEGAS PADA ISTERINYA KATRINA **** "KAU DENGAR SINI YE PEREMPUAN AKU KAWIN DENGAN KAU CUMA NAK ANAK DARIPADA RAHIM KAU DAN DAPAT SEMUA HARTA PAPA AKU, AKU NAK KAU SEDAR DARIPADA MIMPI JANGAN SESEKALI INGAT NAK HIDUP BAHAGIA BILA KAU KAWIN DENGAN AKU, SEBAB ORANG MACAM KAU TAK AKAN PERNAH ADA TEMPAT DALAM HATI AKU WALAUPUN SEBESAR ZARAH KAU TU JIJIK AKU TENGOK, AKU PUN PELIK APALAH YANG PAPA TU PANDNAG SANGAT DEKAT KAU NI" SANGAT HINA KATA² DANIAL FIRDAUS TERHADAP HANAN SOFEA "BAIKLAH ENCIK DANIAL SAYA SEDAR DIRI SAYA NI SIAPA, SAYA TAHU SAYA TAK LAYAK PUN NAK MENDAPINGI ORANG MACAM ENCIK DANIAL APA PULAK NAK BERTAHTA DI HATI ORANG MACAM ENCIK DANIAL UNTUK SIMPAN ANGAN² HIDUP BAHAGIA DENGAN ENCIK DANIAL PUN JAUH SEKALI SEBAB SAYA SEDAR DIRI SAYA NI SIAPA CUMA PEREMPUAN KAMPUNG!!" PERLI HANAN SOFEA

AINAKHAILEEDA · Urbain
Pas assez d’évaluations
17 Chs

BAB 8

Bunyi muzik yang kuat langsung tak dihiraukan oleh para pengunjung yang datang kesana, malah makin asyik menari mengikut rentak lagu yang di mainkan. Kehidupan di kota perlulah pandai menjaga diri kalau tersilap langkah pasti terjerat.

"woi Danial kau buat apa dekat sini?" Ridzwan agak terkejut dengang kehadira Danial di club ini, yelah mana taknya baru sahaja melangsungkan majlis perkahwinan malam tadi, sekarang sudah berada di sini. "enjoylah bro' jawab Danial bersahaja.

"eh Danial kau biar betul, kau baru jer kawin tau. tak kan kau tinggalkan bini kau sorang sorang kut?" Danial membuat muka menyampah. " malas aku hadap muka perempuan tu, langsung tak mendatangkan faedah" Ridzwan menggelingkan kepalanya.

"bini punya cantik, tak kan tak tergoda kut?" duga Ridzwan. "cantik apa?, kampung adalah" kutuk Danial. "kau ni tak baik cakap bini kau macam tu, patutnya malam ni kau kena ada dengan dia, teman dia. Bukan datang sini' nasihat Ridzwan."kau ni Ridzwan potng mood aku betullah' rungut Danial.

"aku cakap betul apa?, perempuan kat club ni nak buat sedap bolehlah, tapi kalau nak buat bini ,macam Hanan" Danial sudah mula bingit mendengar kata kata Ridzwan. "yang kau bela sangat perempuan tu kenapa?, asal kau bekenan?" tanya Danial dengan nada tak puas hati.

"kalau aku dapat peluang, memiliki Hanan aku tak akan sesekali cuba melukai hati dia Danial" luah Ridzwan, sebenrnya Ridzwan agak cemburu dengan Danial kerana Danial dapat memiliki wanita sebaik Hanan sungguh Ridzwan kecewa kerana ia tidak dapat memiliki Hanan. Hati Ridzwan sudah terpaut sejak kali pertama ia berjumpa dengan Hanan ketika Danial membawa Hanan di club ni pada tempoh hari. Lagi dia kecewa apabila Danial tidak menghargai Hanan.

"tak payah sembang kencang dengan aku lah Ridzwan, kau pun dua kali lima jer dengan aku" kata Danial. "ya Danial, aku tahu aku tak adalah baik mana. Aku juga jahil tapi sejahil jahil aku pun. Aku tak pernah berzina aku tak pernah minum arak aku masih tahu hukum Danial" luah Ridzwan. "boleh pekak telinga aku dengar kau punya ceramah, Ridzwan kau satu satunya kawan aku, aku rasa kita tak perlu gaduh di sebabkan perempuan bodoh tu, tk mendatangkan faedah langsung. Aku datang sini nak enjoy, bukan nak dengar ceramah free. So kita tutup perbualan kita sebab aku rasa Tessa buah hati aku dah sampai." mata Danial sudah dapat menangkap kelibat Tessa yang datang menghampirinya.

"hai sayang" sapa Danial apabila Tessa sudah sampai, Tessa mengambil tempat di atas riba Danial."sayang I tak sangka yang you nak jumpa I malam ni, yelah orang tu kan baru jer kahwin. Ingat dah tak sudi nak jumpa dengan kita." Tessa berkata seperti ada nada merajuk.

"sayang hati I ni, hanya untuk you sorang sahaja. I kahwin dengan perempuan tu pun sebab terpaksa jer tau, kalau bukan sebab Papa I. you ingat I nak ke kahwin dengan dia. Dah lah kampung so jijik" Tessa tersenyum kemenangan. Kerana dia tidak perlu rasa tergugat dengan Hanan, kini dia yakin yang Danial sangat mencintainya.

Ridzwan yang turut berada di situ hanya menggelingkan kepalanya sahaja, tidak tahu bagaimana mahu menasihati sahabat baiknya itu. Kerana dirinya juga tidak betul, "Ridz kenapa I tengok you diam jer daripada tadi?" Tessa mengajukan soalan kepada Ridzwan, kerana pelik apabila Ridzwan hanya mendiamkan diri sahaja.

"tak ada apa" bohong Ridzwan,"Danial aku balik dulu eh, aku tiba tiba rasa pening pulak" bohong Ridzwan lagi, sebenarnya Ridzwan tidak mahu melihat sahabatnya itu hanyut dengan dosa. "eh awalnya Ridzwan, lek lah dulu. Tessa baru sampai kut" halang Danial.

"tak apalah, kau tereskan jer, sumpah kepala aku tiba tiba sakit. Aku gerak dulu" Ridzwan melangkah meninggalkan Danial dan Tessa di situ. "sayang kenapa I tengok Ridzwan tu lain macam jer perangai dia?" tanya Tessa manja pada Danial. "biarlah dia tu, datang bulan kot HAHAHAHAHA" mereka berdua ketawa.

Tidur Hanan terganggu dengan ketukan pada pintu bilik hotelnya, Hanan segera bangun daripada pembaringannya dan menuju ke arah pintu bilik hotelnya itu, Hanan membuka pintu tersebut Hanan agak terkejut dengan kehadiran Danial yang tidak serupa orang, pada ketika itu Danial dalam keadaan mabuk, apabila Hanan buka sahaja pintu itu. Danial terus menerjah masuk kedalam bilik hotel tanpa menghiraukan Hanan yang berada di hadapan pintu bilik hotel itu.

Luluh hati Hanan apabila suaminya balik dalam keadaan begitu, Hanan mendekati suaminya yang sudah berbaring di atas tilam itu. Bau yang sangat busuk menerjah ke dalam rongga hidung Hanan, telefon yang tidak jauh digapai, Hanan melihat jam pada telefon bimbitnya itu. "lima setengah pagi baru dia balik" aku mengeluh.

Dengan rasa tanggungjawab aku ingin membuka baju yang di pakai Danial, kerana baju tersebut berbau sangat busuk. Danial yang tidur secara meniarap ingin aku pusing. Dengan kudrat yang ada aku memusingkan Danial pada posisi menelentang, aku membuka satu persatu butang baju kemeja Danial . hampir luluh jantung aku melihat kesan merah yang amat banyak pada dada Danial. Aku tidaklah terlalu bodoh sampai tidak tahu kesan merah pada Danial itu benda apa.

"YA ALLAH kuatkanlah hati aku, tabahkan aku untuk untuk menghadap ujian MU ini" doa aku dalam hati. Tanpa membuang masa aku mencabut baju kemeja Danial pada badannya. Dan mengambil kain basah untuk membersihkan badan Danial, selepas siap menguruskan Danial. Aku melihat telefon bimbit aku sudah menjejak pada pukul enam setengah pagi. Jadi cepat kaki aku melangkah ke arah bilik air, dan mengambil wuduk untuk menunaikan solat fardhu subuh.

Setelah selesai solat aku mengangkat tangan untuk berdoa kepada YANG MAHA ESA, dengan rasa rendah diri aku berdoa kepadaNYA. "YA ALLAH YA TUHAN KU, ampunkanlah dosa aku, ibubapaku, suami aku dan semua umat umat muslimin di dunia ini sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. YA ALLAH sesungguhnya aku hamba yang lemah yang tidak mampu untuk membuat apa apa melainkan mendapat pertolongan daripada MU YA ALLAH, tabahkan lah aku untuk menghapi ujian MU ini, kuatkalah aku untuk mengubah suami aku agar kembali kepada jalan MU YA ALLAH, turunkanlah hidayah MU pada suami aku, sungguhnya aku tidak punya hak untuk memberi hidayah kepadanya melainkan KAU YA ALLAH. Rabbana atina fiddunia hasanah wafil a hirati hasanah wakina azar bannah." Aku mengaminkan doa aku.

Setelah selesai aku menoleh kebelakang untuk melhat suami aku, aku melihat ia masih lena di buai mimpi. Aku mengambil keputusan untuk membersikan diri. Hampir tiga puluh minit aku membersihkan diri , aku keluar daripada bilik air dengan lengkap berpakain. Aku nagak terkejut apabila Danial sudah bangun daripada tidurnya dengan berdiri di balkoni sambil menghisap rokok. Aku memberanikan diri melangkah mendekatinya.

"awak dah bangun?" aku melihat Danial menolihkan kepalanya, "siapa yang tukar baju aku?" tanya Danial agak kasar. "saya" jawab aku. Aku melihat Danial membuang putung rokoknya, Danial melangkah mendekati aku. Aku agak gerun dengan pandangan tajam yang Danial berikan kepada aku.

Danial mencengkap rambut aku sehingga terasa sakit pada kulit kpala aku, "siapa yang benarkan kau, untuk tukarkan pakaian aku haaa!" jerit Danial tepat ke arah muka aku, "saya yang tukar sendiri" aku terasa lagi sakit di kulit kapala kerana aku merasakan Danial mengcengkam rambut ku denga lebih kuat. "ada aku izinkan kau untuk tukar pakaian aku" aku menggelingkan kepala, tangan aku memengang tangan Danial yang kuat mengcengkam ramb ut aku.

"maafkan saya, saya tak sengaja. Awak tak sedarkan diri. Baju awak berbau sebab tu saya tukar baju awak" aku memberanikan diri untuk menjawab. Danial mencengkam rambut aku lalu , menarik kepala aku agar muka aku menghadap mukanya."lain kali kalau aku tak suruh jangan pandai pandai buat, lepasni kalau kau buat lagi siap kau aku kerjakan kau sampai mati. Ingat jangan sesekali buat benda yang aku tak suruh faham!!!!!!!!!!" pekik Danial betul betul di hadapan muka aku. Danial menolak kepala aku dengan kasar sehingga aku terjatuh. Danial berlalu masuk kedalam bilik air. Lepas sahaja melihat kelibat Danial masuk ke dalam bilik air, air mata aku terus laju turun membasai pipi aku."maaf saya tak sengaja" kata aku dalam esakan

Setelah Danial siap, aku dan Danial turun kebawah, sepatutnya kami berdua menginap selama dua malam tetapi di tolak oleh Danial, Danial hanya mahu menginap satu malam sahaja. "woi perempuan sini" panggil Danial. Selepas selesai meletakkan beg ke dalam bonet kereta, belari aku mendapatkan Danial." Ye saya" jwab aku.

"nah kad ni, kau pergi dekat kaunter bagi benda ni, cakap kita nak check out faham tak?" tanya Danial. Aku hanya menganggukkan kepala. " pergi cepat , lambat aku tinggal kau dekat sini balik sendiri" aku yang mendengar Danial berkata begitu, dengan segera aku belari masuk ke dalam hotel itu semula.

Setelah hampir sepuluh minit aku menguruskan hal tersebut, aku melangkah keluar semula. Mata aku mencari kereta Danial yang sepatutnya parking di hadapan pintu hotel, tetapi kereta itu tiada, aku cuba mncari di tempat lain mungking Danial mengalihkan keretanya dan menunggu ditempat yang lain tapi sayang tidak ada.

Telefon bimbit di dalam kocek seluar aku keluarkan, nombr Danial aku dail, hampir lima kali aku cuba menelefon Danial tetapi tidak dapat dihubungi."YA ALLAH, masalahnya sekarang ni. Dompet aku dalam beg tangan. Beg tangan tu pulak aku dah letak dalam kereta, macam mana aku nak balik?" omel aku seorang diri.

TING! TING!

Tiba tiba aku terlihat ada notification yang masuk, aku melihat nombor yang tidak dikenali. Dengan pantas aku membuka pesanan tersebut. Aku melihat ada beberapa gambar yang di hantar oleh orang tersebut aku menekat punat donwload. air mata aku mengalir apabila melihat gambar tersebut. Tiba tiba ada satu pesanan yang masuk daripada nombor yang sama.

Unknown Number: macam mana, malam pertama semalam?. Best kena tinggal dengan suami? HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.

Ya ketika ini hati aku sakit sangat terlampau sakit sampai tidak mampu meluahkan dengan kata kata Aku mendengar bunyi notification masuk lagi, aku membuka pesanan tersebut, tertera nama Danial di situ. Aku membuka pesanan yang di hantar Danial.

Danial: woi perempuan pandai pandai lah kau balik sendiri, tak kuasa aku nak tunggu kau LEMBAB!!!!!!.

Danial: kau balik ikut alamat yang aku kasi ni. Jangan pandai pandai nak balik rumah Papa.

Danial: ALAMAT ******************************************

Baik :Hanan

Itu sahaja yang mampu aku balas, kerana ketika ini, hati aku sakit sangat terasa seperti di hiris hiris, kini aku melangkah tanpa arah tuju.

###########

KESIAN HANAN :(:(

MAAF TAK UPDATE SEMALAM, JANGAN LUPA KOMEN TAU, DENGAN KOMEN KORANG MEMBUATKAN AINA LAGI SEMANGAT NAK MENGARANG DAN FOLLOW IG @AINA_KHAILEEEDA