Akhirnya, ketika Ling Xiao dapat memastikan yang dia tidak akan menyakiti Lan Luofeng secara tidak sengaja, dia menarik Lan Luofeng ke dalam dakapannya, memeluknya sambil memohon maaf berulang kali, "Luofeng, memang salah saya. Saya tak sepatutnya hilang sabar..."
Dalam pelukan Ling Xiao, Lan Luofeng meronta-ronta seketika, tetapi apabila mendapati dia benar-benar tidak dapat bergerak, ekspresi mukanya menjadi sedih dan dia tiba-tiba menangis, "Lelaki tak guna. Awak telah pergi selama 17 tahun... jika awak tidak datang kembali, tak mengapa. Tetapi kenapa awak membuli kami, ibu dan anak, sejurus selepas pulang? Siapa yang memberikan awak hak untuk buat begitu?"
Ling Xiao tergesa-gesa memohon maaf sekali lagi, "Maafkan saya! Memang salah saya! Semuanya memang salah saya!"
"Mestilah semuanya salah awak!" Sebagai seorang isteri, Lan Luofeng mampu berfikiran waras. Tetapi sebagai seorang ibu, perbuatan membuli anaknya itu pastilah dianggap tak patut.
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com