webnovel

SUAMIKU ENCIK LAWYER

Pertemuan yang tak dijangka diantara Saira Irdina dan Zafrel Amran telah mengundang hubungan "baik terpaksa" apabila Saira yang merupakan peguam baru di firma guaman milik Zafrel telah memanggil Zafrel buta.Kisah mereka menjadi semakin rumit apabila Zafrel secara tiba-tiba menawarkan diri menjadi suami segera Saira. ~~ "Let's get married."-Zafrel "hah awak gila ke"-Saira "its your choice"-Zafrel Dapatkah pasangan terpaksa ini bahagia?dari majikan dan pekerja,status mereka bertukar kepada suami dan isteri, ~~ saat cinta indah baru berputik,badai besar datang melanda,Saira dikejutkan dengan kehadiran seorang wanita dan anak kecil yang mengaku isteri dan anak Zafrel,Apakah pilihan saira? biarkan cinta layu tanpa bahagia,atau semai cinta dengan derita? p/s: sorry penulisan celaru

Orkid_putih01 · Urbain
Pas assez d’évaluations
47 Chs

bab23

       

     Kami menoleh kepada pemilik suara yang menegur.

"Amboi..seronok bena deh pengantin baru ni,cemburu aku hok single ni"

"hahaha, mu Amir! Aku ingat langau  sakni,haha tu laa aku ngoyak doh,cepat-cepat nikoh, mu toksey." ujar Zafrel sambil ketawa.

"aku ni buke toksey nikoh,tapi,susoh bena nok juma serupo bini mu ni,haha aku ingat deh,nok cari serupo bini mu lah,comey gitu! " kata Amir sambil memandang ke arahku.

"hahaha haa mu ni,jak gi ado lah ore ile(hilang) kepalo, main gura gitu" jawab Zaf.

Aku tersenyum melihat gelagat mereka,tiba-tiba terasa rindu pula pada Syazril yang selalu menyakatku.

"Sayang,awak pergilah cuci sotong dulu,buat macam saya ajar nanti saya datang," kata Zafrel lalu memgenyitkan mata.

"okey," jawabku ringkas,malas nak berbasa-basi dengan Zafrel,bukannya aku tidak tahu itu hanya lakonan dia sahaja,bersayang-sayang konon.

Aku pun berjalan menuju ke tempat Zafrel pecahkan dakwat sotong di muka ku tadi.

"jangan rindu saya tau!" laung Zafrel dari belakang belakang.

Haish sikit pun tak rindu lah!! Jeritku di dalam hati.

Aku mencuci bekas dakwat yang terlekat dipipi dan hidungku.tanpa sedar aku tersenyum mengenangkan peristiwa tadi,siapa sangka,Zafrel yang kasar pada awalnya,rupa agak mesra orang walaupun masih biadab,Mungkin aku sudah boleh menerimanya sebagai sahabat.

"Amboi jauh termenung? Berapa ekor dah awak siang?sibuk sangat ye,belek muka tu," perli Zafrel lalu duduk di sebelahku.

"Encik Zaf ni kan, eyy memang.."

Belum sempat aku mnghabiskan kata-kata ku,pantas sahaja Zafrel memotong,

"memang kacak? Saira,..saya tahu saya kacak,awak tak bagitahu pun saya tahu,awak patut bersyukur tau, yang awak dapat suami macam saya,and saya yakin anak kita mesti comel" ujar lalu mengukir senyuman.

"anak kita? Encik lupa ke status kita? Mimpi lah nak ada anak" ujar ku lalu sambung mencuci sotong.

Zafrel diam,tidak pula dia membalas,selalu ada sahaja yang dia ingin katakan,ini tidak. diam,sepanjang kami mencuci sotong,Zafrel melayan ku dingin sahaja.pelik sungguh.

Selesai sahaja mencuci sotong,mek.menunjukkan cara memasukkan pulut ke dalam sotong.

"kito tokleh bubuh pulut ni banyok sangat,takut nanti pulut tubik(keluar)"kata mek sambil menunjukkan cara yang betul,

"haa Zaf meh tolong Saira ni,mek nok gi mandi meta(kejap)" Arah mek kepada Zafrel yang sedang duduk di tangga sambil membelek telefon.

Entah apa yang dia tengok dari tadi,dari masuk tadi,diam sahaja,dia marahkan aku ke? Aku ada salah cakap ke? Herm..mungkin dia memang tidak mahu berbual dengan aku.

"Encik Zaf,macam ni ke?" tanyaku sambil menunjukkan seeokor sotong yang telah aku sumbat dengan pulut."

"buat je lah macam mana mek ajar tadi." jawabnya dingin.

Pon! Pon!

Kedengaran bunyi hon kereta di luar rumah, siapa yang datang?

Zafrel pantas bangun lalu menuju ke muka pintu,mujurlah aku tidak menaggalkan lagi tudung yang ku pakai saat mencuci sotong tadi.lagi pula memang janggal hendak tampil tidak bertudung di hadapan Zafrel, malam semalam juga aku menutupi rambut ku dengan selimut saat tidur.

"kak Saira!!" namaku dilaung dari ruang tamu,

"eh Fira?" kataku terkejut apabil melihat Zafira masuk ke dapur.

"bila sampai?" soalku ceria.

"Fira sampai semalam, tapi ummi cakap akak dengan along tidur rumah mek,ni Fira datang sekali dengan ummi abi,makcik-makcik yang lain pun ada,nak masak sama-sama" cerita Fira panjang lebar.

Makcik-makcik dia pun ada? Masak? Aduh,..macam mana ni..boleh pengsan aku macam ni.

Riuh rendah rumah itu dengan kehadiran mereka,jadi inilah keluarga besar Zafrel,hurm meriah,

" ni ke Saira?" soal seorang makcik kepada Fira  dengan pandangan sinis.

"aah moklong,ni laa Kak Saira,comel kan" jawab Fira .

"hurm,biaso jah aku tengok,serupo buoh timun pecoh jah" jawab makcik yang dipanggil moklong itu.

Buoh timun pecoh? Apa tu? Timu pecah? Peribahasa ke? Ke muka aku macam timun? Aduh apa ni?

"moklong..bakpo ngoyak gitunyo?" soal.Fira yang kelihatan kurang senang dengan apa yang diperkatakan wanita tersebut.

"mu ni,nikoh dengan Zaf sebab nok pitih dio ke?" soal wanita itu lagi sambil memandangku dari atas ke bawah.

Ok yang ni aku faham,aku nak duit Zafrel? Macam mana lah makcik ni boleh fikir aku kahwin dengan Zafrel sebab mahukan harta Zaf.aku ni nikah dengan Zafrel pun terpaksa lah.adoiii.

"erm,makcik salah faham ni,kenapa pula saya nak duit Zafrel pula,saya tak kahwin sebab tu." jawabku sambil tersenyum.

" dah lah kak jom Fira tolong akak sumbat sotong,sebab takut nanti Fira sumbat pulut tu dalam mulut maklong pula." kata Fira perlahan lalu menarik ku menuju ke meja makan.

Aku hanya menguruskan ketupat sotong,mujurlah,ada Fira yang sedia membantu,nak harapkan Zafrel,mahu pengsan aku menunggu dia yang hilang entah kemana,tidak muncul-muncuk dirinya sejak tadi.

Baru sahaja melabuhkan punggung di atas kerusi,Fira yang sedang menggoreng ayam memanggilku,

"akak tolong Fira boleh?" soal Fira sambil mengerut dahi.

"tolong apa?" tanyaku pelik.

"akak boleh tak tolong gorengkan ayam ni,tinggal kaki je ni,erm Fira nak pergi tandas." kata Fira dengan nada separuh merayu.

Gulp! Goreng ayam? Aku? Mati lah nak,mama! Tolong Saira! Saira menyesal tak pandai masak! Uhuk..uhuk rintihku di dalam hati.

Aku tersenyum lalu angguk perlahan,seluruh tenaga beraniku aku kumpulkan.

Dengan bismillah,aku menarik nafas lalu memasukkan kaki-kaki ayam ke dalam kuali.

"wak gapo tu? " sapa seseorang.

Opocot! Entah macam mana,aku tercurah minyak panas.

"aduhh,"

Aku menoleh ke sisiku.

"mek? Sorry! Mek ok tak ni?" kataku gelabah.

"hey tino! Mu wak gapo ke mok ak?!!" jerkah seseorang kepadaku,siapa lagi,kalau bukan moklong.

"Zaf! Bawok mek gi klinik ni,bini mu goreng aye(ayam)pun dok pandai"kata makcik tersebut sambil menjeling ke arahku..

Beberapa saat kemudian,kelihatan Zafrel datang dengan tercungap-cungap,lalu memangku mek,dia memandangku tanpa riak.mungkin marah aku cederakan neneknya.tapi aku bukan sengaja.

"hey! Mu ni,no nikoh sangat,masok pon tok reti." sindir makcik tersebut yang datang menghampiriku.

Aku hanya mendiamkan diri,malas hendak memanjangkan isu.lagi pula memang salahku.

"mok mu tok ajar ke guano nok gore aye,ko..mok mu pun serupo mu?" makcik tersebut menyambung kata-kata berunsur penghinaannya.

Aku tersenyum sinis,saat dia menyebut perkataan mak,jiwa amarahku bagai dibakar.

"Aunty,perlu ke nak sentuh tentang mama saya? Dia tak salah pun,and all this thing happened because of me! Bukan salah mama! One more thing, yang cedera tu mek not you!!"kataku dengan nada suara yang cuba aku tahan.

"mu pikir,mu kecek ore putih,aku suko ke mu? Aku pelik lah,guano Zaf buleh pilih mu jadi bini,perangai tak dok adab gini."katanya dengan kasar.

Aku keluar dari dapur,sambil air mata sudah pun bergenang.sakit memikirkan,mama dipersalah apabila aku tidak pandai memasak,walhal,memasak bukanlah tugas wajib seorang isteri,hari ini,baru aku faham erti orang asing,saat aku jauh dari keluarga,aku dimarahi, kerana perkara sekecil itu.suami? Entah langsung tidak menanyakan apa-apa,.

"hai,seorang je ke?" seseorang menyapaku.

"eh,Amir..aah seorang je," jawabku lalu menyeka air mata.

"janganlah sedih dengan moklong tu,erm,dia memang macam tu,kalau awak nak tahu masa saya kecil-kecil, saya panggil dia moklong sihir,haha"kata Amir lalu ketawa.

"moklong sihir? Why?" tanyaku pelik sambil mengerutkan dahi.

" erm sebab dia selalu sangat sakitkan hati orang,dia bukan tak suka awak,cuma dia marah lagi tu, fasal Zaf."ujar Amir perlahan.

"kenapa dengan Zaf?" soalku.

"dulukan Zafrel pernah bertunang dengan Yusrina,Yusrina tu anak moklong.jom,ikut saya nak?" tanya Amir.

Yusrina? Siapa Yusrina? Zafrel pernah bertunang? Kenapa mereka putus?

"nak pergi mana? Panaslah." ujarku,takkanlah dia nak ajak aku berjalan tengah-tengah panas terik ni.

"jom lah,saya nak sejukkan hati awak yang tengaj panas tu" jawab Amir lalu mula berjalan .

Aku berlari mengejar Amir.yang sudah pun meninggalkan aku di belakang.

"Amir,saya nak tanya boleh?" soalku.

"fasal apa?" tanya Amir kembali.

"kenapa Zaf putus dengan Yusrina?and mana dia sekarang?" soalku ingin tahu.

"Zaf tak cerita apa-apa ke dekat awak?" tanya Amir.

"nope." jawabku ringkas.

"herm fasal kenapa dia putus tu,elok lah awak tanya Zaf,sebab saya pun tak tahu,tapi Yusrina sekarang tak ada dekat Malaysia,katanya tinggal di New Zealand,kali terakhir saya jumpa dia pun,dua tahun lepas." kata Amir.

Amir sepupu dia pun tak tahu kenapa mereka putus? Sangkaku Zafrel tidak ada hubungan serius dengan mana-mana wanita.hurmm ada kisah juga mamat tu rupanya.

"kita dah sampai!! Jom makan ABC" kata Amir dengan ceria.

"hahah macam-macam Amir ni,ingatkan pergi mana,makan ABC rupanya.tapi ok juga saya pun dah lama tak makan ABC,bolehlah rasa ABC Kelantan macam mana." jawabku.

Hilanglah sebentar rasa sedihku yang disebabkan kata-kata kasar dari makcik Zafrel.Banyak yang kami bualkan bersama,termasuklah bagaimana aku dan Zafrel boleh kenal? Aku hanya menggunakan kembali cerita rekaan Zafrel yang kononnya terjumpa aku di mahkamah tiga tahun lalu.

Sampai sahaja di perkarangan rumah aku dapati,kereta Zafrel sudah diparkir di halaman rumah mek,menandakan Zafrel sudah pulang dari klinik,

Masuk ke dalam rumah mataku meliar mencari kelibat Zafrel.Namun tidak kelihatan,aku melihat mek sedang duduk di atas kerusi dan di temani oleh Fira,aku gagahkan diri untuk memohon maaf daripada mek.

"erm..mek ok?Saira minta maaf sebab buat mek melecur." ujar ku berhati-hati sambil duduk bersimpuh di kaki kerusi,dapat aku lihat ibu jari mek berbalut,tentu disitulah mek melecur.

"takpo,salah mek jugok,buat mu terkejut." jawab mek lalu menghadiakan segaris senyuman.

Sangkaku mek akan membenciku,atau memarahiku,namun tidak rupanya,tanpa sedar hatiku dicuit rasa terharu.

"terima kasih mek sebab maaf kan Saira!!" ucapku gembira lalu memeluk mek.

"Erm,Saira masuk bilik dulu ye,nak mandi,tak solat Zohor lagi", ucap ku kepada mek .manakan tidak banyak benar drama aku hari ini.Sebab itulah jam sudah dua petang pun masih tidak solat,lama juga aku berborak dengan Amir tadi,terasa hilang sedikit beban pabila dapat teman berbual.

Langkah ku mati apabila mendapati Zafrel duduk di birai katil.

"ouh Encik Zaf ada dalam bilik" sapaky perlahan.

"seronok dating? Tu ke calon ayah untuk anak awak?" soal Zafrel bertubi.

"haa? Dating? Maksud Encik Zaf?" soalan yang ditanya aku jawab dengan soalan.

Bila pula aku pergi dating? Herm Amir ke? Dia cemburu ke?

"tak payah nak buat tak faham lah,awak ingat saya tak tahu ke awak keluar dengan Amir berdua? Jangan lupa yang awak tu isteri saya! Walaupun awak tak anggap saya suami,tapi jangan langgar batas agama!" kata Zafrel tegas dan jelas.

Kaku aku disitu,aku kaku bukan kerana aku takut,tapi aku sedih dilayan begitu.dia langsung tak bertanya kenapa aku keluar dengan Amir,ya,aku tahu salah aku keluar tanpa izinnya,namun perlukah dia meninggikan suara begitu.

"ye,betul saya keluar dengan Amir tanpa izin awak, Encik Zafrel.tapi awak tak nak tahu ke,kenapa dia ajak saya keluar? Ada awak tanya saya, yang saya ok ke tak? Awak tinggal saya seorang dekat rumah nenek awak.ada awak tanya macam mana makcik awak layan saya?.dari pagi awak tak bercakap dengan saya,.ada awak tahu yang makcik awak hina mama saya? Ye,saya memang tak anggap awak suami saya,tapi jangan layan saya macam saya cetek sangat dalam agama!" sabar aku makin nipis,baru beberapa hari aku bergelar isteri,namun sudah di layan begini.aku penat untuk hari ini,penat melayan karenah manusia yang aku baru kenali.penat.

Aku mencapai tuala dan baju bersih lalu keluar dari bilik.

Masuk sahaja dalam bilik air,aku menangis semahunya,menangis,mungkin kerana aku manja,tapi benar aku terluka dengan kata-kata Zafrel sebentar tadi.

Baru sahaja hendak mandi,aku perasan ada sekeping nota di atas lantai.

" I'm sorry wifey,=)♥"-suami awak

"Encik Zaf nak apa?" soalku sedikit kasar,

"saya tunggu awak,mandilah dulu,saya dekat luar." ucapnya di sebalik pintu.

Usai membersikan diri,aku melihat Zafrel sedang bersandar di dinding rumah,sambil menundukkan wajah.

"eyh awak dah siap?" soalnya.

"kenapa? Encik Zaf nak apa? Tak puas lagi ke nak marah saya?" kataku tanpa memandang ke arahnya.

"hrm..jom ikut saya," keluhnya lalu mencapai tangan kananku.

BERSAMBUNG..

P/s:hi semua!bab kalini,sis letak emosi sikit,heheh,harap semua sika,alah ringan2 je,so ad yg nak next bab ke?jgn lupa vote,comment and share,next bab nak sweet ke nak gaduh? Macam biasa sis harap korang fahm dialek kelantan versi tulisan,sbb sis memg xreti nk tulis bahsa klntn dlm prkataan,hehehe,enjoy reading semua!!♥♥