webnovel

Spreader Of Joy

Ia dikisahkan dalam sebuah kehidupan yang penuh dugaan yang harus dihadapi oleh seorang gadis semuda Revi Brilliant. Dalam dunia fantasi yang dibawakan oleh penulis untuk memukau hati Dan minda para pembaca. selamat membaca

Nellafantasia5330 · Fantaisie
Pas assez d’évaluations
16 Chs

Chapter 6

Apakah yang akan berlaku sekiranya kehidupan ini hanyalah sebuah mimpi dan kematian yang akan membangunkan anda? Apabila dunia hanya ada anda seorang sahaja, satu persatu telah melangkah pergi meninggalkan diri ini. Tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal... di sini aku tersandar sendirian memikirkan bagaimana aku kena meneruskan satu nyawa, satu kehidupan dan satu kisah untuk diceritakan. Hanya menunggu keajaiban berlaku ke atas diriku ini, meluangkan masa dengan memandang bintang di langit. Rantai pemberian Nicky kepadaku tersemat kemas dileherku. Mindaku ligat berfikir... adakah aku seperti bintang gemerlapan di ruang angkasa?

"Tolong!!" Laung satu suara nyaring yang memohon pertolongan.

Aku yang sedang menikmati suasana malam terganggu oleh suara itu. Sorotan mataku segera mencari dari arah mana datangnya suara tersebut. Malam-malam buta seperti ini... oh, meremang bulu romaku secara tiba-tiba. Takkanlah aku salah dengar pula? Aku duduk di atas kerusi kayu dengan tegak sambil cuba mendengar suara itu sekali lagi. Dalam beberapa minit aku membatukan diri... suara itu sudah tidak kedengaran lagi. Akan tetapi, kali ini aku terdengar satu bunyi pelik dari arah belakangku. Bunyi itu seakan-akan ranting kayu patah dipijak, seram sejuk pula aku jadinya. Tulang leherku menjadi kebal untuk menoleh ke belakang bagi mengetahui apakah benda yang berbunyi itu?

"Seseorang... Tolong saya." Kata suara itu lagi.

Gulp... aku menelan liur bagi membasahkan tekakku yang terasa kering. Suara itu halus... sangat halus. Berbaur perasaanku ketika ini, sama ada perlu memalingkan badanku untuk melihatnya. Tapi, adakah pilihan lain buat diriku? Malangnya... Tidak ada!

"Awak..." Dia bersuara lebih dekat denganku.

Bahuku dipegangnya kuat. Siapa dia ni? Lantas aku memusingkan kepala sedikit ke arah kananku. Orang ini berbau alkohol... Takkanlah? Hampir sahaja dia terjatuh pada saat aku hendak berpusing ke arahnya. Aku segera menyambutnya... argghh.. kenapa tanganku terasa begitu kuat secara tiba-tiba? Dia ni manusia atau hantu?

Laju saja aku menggelengkan kepala, "apa yang saya fikirkan ni?"

Orang ini lelaki atau perempuan? Rambutnya pendek seperti seorang lelaki namun badannya yang melekat denganku, aku boleh merasakan benda lembut itu...

"Tell me why not me?" Sayup-sayup suaranya kedengaran.

Dia terlalu mabuk sehingga tidak sedarkan diri. Lagipun siapa dia ni? Berapa nombor biliknya?

"Hei... awak boleh dengar saya, tak?" Soalku sambil menampar pipinya perlahan.

"Yeah... why not me?" Dia bertanya lalu tersengih lebar menayangkan giginya yang tersusun rapi.

Alamak, punyalah comel senyuman dia tu. Ada lesung pipi di kedua belah wajahnya. Revi... tolong buang benda negatif dalam fikiran awak itu. Aku cuba menyedarkan diri sendiri...

"Awak tinggal di blok mana?" Aku masih belum berputus asa untuk bertanyakan di mana biliknya.

Dia sudah terlalu mabuk... hendak berjalan memang tidak akan lurus punya. Lihat sajalah sekejap tadi dia datang ke arahku, habis segala pokok bunga dan ranting kayu yang diredahnya.

"If you only knew how much I love you."

Aduhai, merepek pula dia ni... macam mana aku hendak menghantarnya kembali ke bilik asrama kalau begini lagunya? Bagaimana kalau aku tinggalkan dia kat sini saja?

"Hey, you girl!"

Aku yang begitu terkejut dengan suara teriakan itu sehingga menyebabkan terlepas tanganku daripada terus memaut pinggang ramping si dia ni. Terjatuh dia ke atas bumi.

"Kenapa dia ada bersama dengan awak ni?"

Aku menggelengkan kepala... soalan dia tu betul-betul tak masuk akal. Apa yang aku dah buat sebenarnya?

"Cakap jujur, siapa nama awak?"

Wanita yang berada dihadapan mataku ini sangat bengis dan garang suaranya.

"Re... err.. Brielle Avriella." Sikit lagi aku tersalah memberikan nama.

"Raverra... it's that you?"

"Yeah Hayley... it's me. Apa yang telah berlaku? Kenapa awak ada bersama dengan budak ni pula?"

Budak? Wanita ini baru sahaja menggelarkan aku dengan gelaran, budak?

"I'm drunk... please take me home."

"Okay, darling..."

Selepas itu, wanita tersebut memapah sahabatnya yang mabuk pulang ke bilik asramanya. Aku ditinggalkan di tempat ini dengan pelbagai persoalan. Aku dibiarkan dengan begitu sahaja?

Kata orang, setiap hari adalah satu permulaan lembaran hari yang baru. Betul, ke? Berada di kolej, belajar benda yang baru begitulah hari-hari yang berikutnya. Namun, pada hari ini ada sedikit kelainan disebabkan kejadian semalam. Prudens mengambil keputusan untuk berjumpa denganku. Sebagai seorang kakitangan yang telah mendaftarkan aku ke dalam kolej ini, jadi Prudens boleh dikategorikan sebagai wakil Nicky. Ermm Nicky... di manakah keberadaan awak sekarang? Awak juga telah meninggalkan saya tanpa sebarang khabar berita.

"Brielle.. awak tahu ke siapa yang ada dengan awak semalam?"

Satu gelengan diberikan sebagai jawapan kepada pertanyaan Prudens itu.

"Hayley Bright... tolong jauhkan diri awak daripadanya, sebab dia bukan sembarangan orang."

"Maksud awak?"

Iya... kenapa Prudens berkata sedemikian pula? Hayley Bright bukan sembarangan orang?

"Dengar nasihat saya, dalam kolej ni awak boleh mendekati sesiapa saja tapi saya mohon bukan dengan dia."

Misteri betullah tempat ini... kata-kata Prudens itu masih segar dalam ingatanku. Lagipun, siapa Hayley Bright itu? Sehingga aku dilarang sama sekali untuk mendekatinya?

Hayley Bright... Aku mencoret namanya dalam buku catatanku. Dan segala kata-kata yang diluahkan olehnya pada malam itu. Dalam keadaan yang mabuk dan separuh sedar dia meminta pertolongan. Kenapa? Dia datang ke arahku... dan mengatakan, 'Tell me why not me?' Kali kedua ayat itu diungkapkan, 'yeah... why not me?'

"If you only knew how much I love you."

Ayat itu.... aku membacanya berulangkali. Dan ia sangat memberikan kesan ke dalam kalbuku.

Tupp!! Aku menutup buku catatanku... jiwaku terasa mempunyai satu kuasa yang sungguh luar biasa. Satu perasaan yang mendorongku agar melakukan sesuatu di luar kemampuanku. Akan tetapi, aku tidak tahu apa benda itu? Aku menoleh kejap kepada jam tanganku, alamak aku dah terlewat masuk ke kelas yang berikutnya. Lantas aku bergegas menuju ke ruang dewan kuliah. Habislah aku kali ini... derap langkah yang pantas melintasi koridor dan ditambah lagi dengan keadaan hati yang gemuruh kerana takut dimarahi oleh pensyarah. Sepanjang perjalanan itu, aku berdoa agar pensyarah tidak segarang yang kusangkakan... tolonglah..

"Brielle, dah jam berapa sekarang?"

Aku hanya menundukkan wajah... merah padam pipiku pada saat ini kerana menjadi tumpuan orang ramai. Kakiku juga tidak boleh berdiri dengan stabil. Getaran pada jiwaku...

"Ada mulut tu jawablah!"

Sungguh garang pensyarah ini... siapa namanya? Aku belum mengenalinya lagi.

"Jam 10:40 pagi, madam. Saya sepatutnya datang lebih awal, saya minta maaf sebab lewat masuk ke dewan kuliah."

"Angkat wajah tu kalau nak cakap dengan madam! Madam awak ada kat bawah kasut awak tu, ke? Tolong bagi hormat sikit, ek?"

Dengan perlahan aku mengangkat wajahku memandang kepada pensyarah itu seperti yang diarahkan. Tergamam hatiku buat seketika... bukankah dia wanita semalam? Bukan Hayley.... akan tetapi sahabatnya yang memang garang dan bengis itu. Aduhai, dia adalah pensyarahku?

"Brielle Avriella... sebagai hukuman awak kena bersihkan bilik muzik selepas ini."

Nampaknya dia tidak mengingati aku dan kejadian malam itu. Memang taklah... kan wajahku juga tidak dapat dilihat dengan jelas. Nasib baik jugalah....

"Baiklah, madam."

"Lainkali jangan datang lewat lagi."

"Iya..."

Selepas itu, aku mengambil tempat dudukku. Mereka yang lain kembali fokus terhadap pengajaran pensyarah dihadapan. Fikiranku melayang memikirkan benda lain, benda yang jauh daripada pengajaran madam Raverra. Kenapa dia menyuruh aku membersihkan bilik muzik pula? Dalam banyak-banyak benda, itu juga tempat yang aku kena bersihkan?

Ianya sangat teruk, bilik muzik ini begitu berhabuk seperti tidak pernah dibersihkan selama bertahun-tahun lamanya. Apa motif madam Raverra menyuruhku membersihkan tempat ini? Bukankah ada pekerja khas untuk menguruskan segala kebersihan dalam kolej ini? Boleh mati aku didalam sini kalau begini lagunya. Dari mana aku hendak memulakan kerja pembersihan? Argghh... tekanan mula menghantui diri ini. Jadi, aku mula dengan perasaan tidak berluas hati kerana diberikan hukuman yang tidak masuk ke dalam akal fikiranku. Bila agaknya aku boleh selesai dengan semua ini? Aduhai... wahai hati, tolong kuat.

"Bersepah dengan kertas muzik..." kataku lalu mengutip sehelai demi sehelai kertas yang bertaburan di atas lantai.

Aku membelek helaian mertas muzik tersebut, hanya mampu tengok saja sebab aku tak faham.... dahulu papa juga selalu mencoret lirik lagu untuk didendangkan kepadaku. Terimbau kembali ketika papa mengajarku bermain gitar. Itu adalah bidang kerjaya papaku. Bernasib baik jugalah papa mendedahkan aku dengan alat muzik.

Pada saat ini pandangan mataku tertumpu dengan salah satu keping kertas muzik tersebut, "This is for my RB..."

RB? Siapa dia RB? Ada tertulis tajuk lagu pada helaian kertas tersebut. Fight Song. Em, dan sekali lagi ayat itu terkesan kepada diriku. Aku mengambil keputusan untuk menyimpan lirik lagu itu. Bila ada masa nanti aku nak mainkan lagu ini pula. Mesti seronok ni sebab ia dikhaskan untuk seseorang yang bernama RB. Romantiknya si pencipta lagu, getusku dalam hati.

Secara tiba-tiba perasaanku berubah... yang mana aku sangat malas dan tidak berpuas hati sebentar tadi telah berubah menjadi girang dan gembira. Aku meneruskan kerja pembersihan dengan hati yang bersukacita. Sukanya aku dengan perasaan ini, apabila mempunyai satu alasan untuk menyiapkan tugasan dengan mudah. Sebab itulah ada tertulis, lakukanlah sesuatu dengan sepenuh hatimu dan anda akan merasa ketenangan bukan kepayahan.

"Brielle Avriella." Panggil madam Raverra di muka pintu.

Pada masa yang sama aku tengah mengelap bahagian cermin. Aku mengalihkan pandangan kepadanya, rupa bengisnya itu nelas terpancar.

"Ya, madam?"

"Dah cukup setakat ini, awak dah boleh balik ke asrama."

"Baiklah, madam." Jawabku lalu secara perlahan-lahan menyimpan segala perkakas yang telah ku gunakan.

"Brielle Avriella..." panggilnya lagi.

"Ya, madam?"

"Awak pandai bermain alat muzik, tak?"

Soalannya itu aku tidak tahu bagaimana hendak menjawabnya. Aku hanya reti sikit-sikit saja.

"Saya tidak pandai, madam." Jawabku akhirnya.

Adakah itu merupakan satu jawapan yang jujur? Em, macam itu sajalah... lebih parah kalau madam Raverra menguji aku dengan alatan muzik pula.

"Awak tak nak belajar?"

Kenapa madam Raverra bertanyakan soalan begitu kepadaku? Sudahlah aku disuruhnya membersihkan bilik muzik ini dan sekarang nak aku belajar muzik pula?

"Layakkah saya nak belajar sebab saya tak pandai."

Kata-kataku mati di sana sebab madam Raverra segera memintasku.

"Pelik... tak pandai akan tetapi awak nak bawa kertas muzik itu keluar dari bilik ini pula?"

Sorotan mataku segera teralih kepada lirik lagu yang aku simpan dekat dengan beg sandangku. Aduhai.... matilah aku!

"Awak tau tak, bilik muzik ini pernah dihuni oleh seorang profesor yang sangat berbakat dan di dalam ini semua merupakan hasil karyanya. Dan awak yang tak reti apa-apa tentang muzik hendak membawa harta peninggalannya keluar dari sini? Layak atau tidak... itu tidak membawa apa-apa makna kalau awak betul-betul ingin mempelajari bidang ini."

Terkedu hatiku mendengar penjelasan yang diberikan oleh madam Raverra itu. Adakah aku patut bersetuju sahaja? Memang dalam kehidupanku ini tidak mempunyai pilihan.

"Baiklah, madam.. saya mahu belajar dalam bidang muzik."

"Kalau macam itu... kelas awak bermula esok. Pada waktu tengah hari awak kena datang ke sini."

"Baik, madam."

"Dan tolong kembalikan lirik lagu itu sebab ia bukan milik awak. Ia kepunyaan orang lain."

Dengan berat hati aku melepaskan kertas muzik itu kepada madam Raverra... sedihnya kerana tak berpeluang memainkan lagu tersebut. Akan tetapi, tajuknya tetap tersemat didalam hati ini, Fight Song.

Sekembalinya aku ke bilik asrama, satu kejutan yang begitu tidak dapat kuduga.... pemberian siapakah ini? Bagaimana dia boleh tahu aku pandai bermain gitar? Dan, bagaimana dia mendapat tahu aku akan mengambil kelas muzik mulai esok? Aku membuka kad ucapan yang disertakan bersama dengan sebuah gitar.

Revi.... saya tahu awak perlukan ini sekarang. Awak semakin menghampiri ke arah cahaya itu. Tidak lagi segalanya bakal terjawab. (Nicky Andrew B)

Teka teki apa lagi yang tengah Nicky buat ni? Kenapa perlu membuat diriku begitu tertanya-tanya? Tak bolehkah hanya memberitahuku perkara yang sebenarnya secara lisan sahaja? Nicky.... Tolong beritahu aku, kenapa semua ini harus terjadi? Siapa awak yang sebenarnya? Seseorang yang lebih mengenali diri ini...