webnovel

RATU HATI CIK ABANG

Qalisya Amani, seorang guru manis dengan perwatakan ceria yang bukan sahaja menarik minat para pelajar malah juga dikalangan guru lelaki. Namun berbeza pula layanan yang dia terima daripada Haniff Mikail,seorang guru matematik yang baru bertukar ke sekolah Qalisya Amani bertugas. ~~ " hai! Cikgu Haniff kan? " -Qalisya "hurm. "-Haniff "awak ada emas dalam mulut ke?" -Qalisya "saya nampak macam murid awak ke yang perlu jawab soalan awak? Heh? " -Haniff ~~~ Layanan dingin yang diberi Haniff Mikail telah membuatkan Qalisya Amani bertekad untuk memikat hati jejaka berhati dingin itu, Namun berjayakah misi sang gadis? Mampukan si batu dingin mencair? P/s: penulisan masih celaru, hehe

Orkid_putih01 · Urbain
Pas assez d’évaluations
40 Chs

bab7

"Lah ibu selalu je datang sini,kamu tu,macam mana tahu tempat ni? " soal Acik Nor yang merupakan salah seorang yang sering meyumbang kepada rumah ini.

"oh yeke.." jawab Haniff perlahan.

"kamu tu, tiba-tiba je datang, sorang ke? Ke dengan Hamzah?" soal Acik Nor kepada Haniff.

"erk,taklah, dengan kawan ni," ucap Haniff sambil menjeling ke arah ku.

" dengan Alisya? Macam mana kamu kenal Alisya?" soal Acik Nor .

"kami mengajar satu sekolah," jawab Haniff.

"haa macam tu, " jawab Acik Nor sambil mengangguk perlahan.

"ha kamu tak nak singgah rumah ibu ke? Malam ni Hamzah balik makan,jom lah sekali," pelawa Acik Nor.

"Haniff ok je ibu,tapi Haniff datang dengan dia tu, ibu tanya dia lah," ujar Haniff.

Cik Nor ni mak dia ke? Nak makan rumah Cik Nor? Hadehh

"Alisya ok tak?" soal Cik Nor kepadaku.

Patut ke aku setuju? Tapi takkan lah aku nak biar Hana duduk sorang-sorang,kesian dia.

"erm,bukan tak nak Cik,tapi kawan Lisya sorang-sorang dekat rumah," ucapku serba salah

"alah,kamu tanya lah dulu kawan kamu tu,kot-kot lah dia pun makan dekat luar hari ni," ujar Acik Nor sambil tersengih,

aku tersenyum lalu mencapai telefon pintarku dan menghubungi Hana.

"assalamualaikum Na, kau kat mana?" ucapku perlahan.

"wakalaikumsalam,aku dalam kereta, on the way tengok mak tunang aku,dia kemalangan." ucap Hana tergesa.

"oh yeke? Kau balik tak malam ni?" soal aku kepada Hana.

"tak kot,kalau aku balik pun mungkin esok, kau ok je kan? Sorry tau" ucap Hana serba salah.

" eh tak apa aku ok je, jangan risau, ok lah,aku letak dulu, assalamualaikun." ucapku.

"wakalaikumsalam," jawab Hana dihujung talian.

"okeyh, Alisya boleh makan rumah Cik Nor,tapi tak boleh balik lambat sebab Lisya sorang malam ni," ujarku sambil tersengih.

" aik, kawan kamu tak ada dekat rumah ke?" soal Acik Nor hairan.

"tak ada, ada urusan luar," jawabku.

" haa jom lah, Lisya tahu je kan rumah acik dekat mana" ujar Acik Nor mesra.

"tahu-tahu" jawabku bersama sengihan.

" manis senyum? Tak sabar nak jumpa Hamzah ke?" bisik Haniff sinis.

Erk? Dah kenapa pakcik ni? Demam? Tapi rasanya dia ni ais, takkan lah demam, dah cair ke? Cemburu?

"apa kena mengena dengan Hamzah pula? Saya baru je kenal dia hari ni,tapikan, dia tu siapa? Abang awak ke?" soal ke kepada Haniff.

"kenapa awak nak tahu? Jatuh cinta pandang pertama ke? Dan,perlu ke saya bagitahu awak? Huh?" ujarnya dengan riak sinis.

Kau ni lebih dah Haniff, kau tunggulah,hari aku akan tiba,eyyyy! Sakitnyalah hati ni.

****

"jemput lah masuk Alisya,jangan malu-malu" pelawa Acik Nor.

"hehe terima kasih" ucapku mesra.

Aku melabuhkan punggung di atas sofa berhadapan dengan Haniff.

Haniff merenung aku dalam,entah apa lah yang dia fikirkan,entah-entah tengah mengata aku .

"housemate awak pergi mana?" soal Haniff memecah kesunyian.

"melawat mak tunang dia," jawabku ringkas.

"ouh..tunang, awak pun dah berpunya ke?" soal dia sambil mamanah tepat ke dalam mataku.

"perlu ke saya bagitahu awak?" jawabku sinis.

"tak payah bagitahu pun, saya tahu awak tu single," ucapnya bersahaja.

Eyy dia ni! Nak cakap aku tak laku ke apa? Apa aku ni hodoh ke? Menyakitkan hati!

Aku menghadiahkan jelingan tajam kepada Haniff.

"why?! Awak sentap ke Cikgu Alisya? Huh?" soalnya seraya mengangkat sebelah keningnya.

Baru sahaja hendak bertikam lidah,azan magrib berkumandang,aku menarik nafas dalam bagi meredakan amarah yang memuncak.

"dah, jom siap-siap solat, jangan nak jeling saya sangat, banyak syaitan dah tu keliling awak," ucap Haniff lalu bangun dan masuk ke salah sebuah bilik.

Sabar Alisya, tunggulah ,aku yakin, kau akan jatuh cinta juga dengan aku, ni Qalisya Amani ok!

***

" Acik, ada apa-apa yang Lisya boleh tolong tak?" soalku,usai menunaika solat magrib.

" haaa tolong hiriskn bawang tu, Acik dah siap kupas dah." balasnya.

"Lisya dah lama ke kenal Haniff?" soal Acik Nor.

"eh tak lah baru lagi, sejak dia pindah sekolah Lisya lah." jawabku sambil menghiris bawang holland.

"oh yeke, Haniff tu baik budaknya,hormat orang tua," puji Acik Nor.

Memang dia tu hormat orang tua, tapi kalau dengan aku. Hampeh.

Aku hanya membalas dengan segaris senyuman.

"Erm, Acik Nor, Lisya nak tanya sikit boleh?" ujarku teragak-agak.

"nak tanya apa tu? Nak tanya macam mana nak pikat Haniff ke?" ujar Acik Nor seraya ketawa.

Eh, Acik Nor ni tahu-tahu je aku ada plan nak pikat mamat tu,

"eh bukan, nak tanya, Hamzah dengan Haniff adik beradik eh?" soalku

"haaa, aah, tapi adik beradik susuan lah,dia orang tu sepupu, Acik dengan mak Haniff adik beradik," jelas Acik Nor.

" Ooo,Lisya ingat dia orang adik beradik kandung," ujarku.

"tak lah, dia orang lahir pada sama tahun, tapi Hamzah lahir dulu, lepastu Acik yang jaga Haniff masa mama dia pergi kerja," jelas Acik Nor.

Aku mengangguk perlahan.

Aku pun menyambung menghiris bawang yang tergendala tadi.

"pandai ke hiris bawang tu?" tegur seseorang lalu terasa udara panas di wajahku.

"Haniff? Ouch!" tanpa sedar kulitku yang terhiris.

" Allah, makcik ni, careless betul.pergi cuci jari tu." Arah Haniff lalu pergi meninggalkan dapur.

Aku berjalan menuju ke singki lalu mengalirkan air pada jari terlunjuk kiri yang luka.

"Sini," panggil Haniff yang tiba-tiba muncul sambil mengambil tempat di meja makan yang terdapat di dapur.

"nak buat apa?" soalku sangsi.

"nak kerat lagi jari tu, biar putus,cepat lah" jawabnya sinis.

Aku berjalan menuju ke dia,pelik kan aku,orang cakap nak potong jari, boleh pula aku follow je,

"duduk." arahnya.

"letak tangan yang luka tu atas meja." arahnya lagi.

Tak ubah macam tentera nada si beku ni, patut jadi askar.je dia ni, tak pun cikgu disiplin.

Dia memicit tiub berwarna putih pada jarinya yang dibuti sarung tangan lalu menyapunya pada luka,

"heh, beria betul awak pakai sarung tangan kan," ucapku sinis.

"mestilah, saya mana boleh sentuh awak, haram kan, lagipun manalah tahu awak ni ada penyakit berjangkit ke, taknak saya jadi share partner awak,jap awak feeling kita ni husband and wife?" ucapnya seraya menjongketkan kening kirinya.

Lalu dia pun menampal plaster dan bangun.

****

" Assalamualaikum," ucap satu suara di muka pintu saat aku sedang membantu Acik Nor menghidang makanan di meja.

"wakalaikumusalam," jawabku perlahan.

Aku menuju ke muka pintu bagi melihat gerangan yang memberi salam.

"eh, Cikgu Alisya?" ucapnya terkejut saat melihat aku.

" aah , sayalah Cikgu Hamzah, " jawabku mesra.

"macam mana awak, boleh ada dekat rumah ibu saya?" soalnya hairan.

"sebab aku yang bawak." celah Cikgu Haniff yang sudah pun berada di sebelah aku.

"okey.." ucap Cikgu Hamzah dengan nada sangsi.

"dah-dah lah tu, borak depan pintunya, meh makan, ibu masak sedap ni, lagi-lagi ada sentuhan anak dara cantik tu." kata Acik Nor dari dalam rumah.

"eh ibu,bahaya tu sentuhan anak dara tu,takut kita jadi raja bersiung pula nanti." ujar Haniff sambil senyum kepada aku.

Heh! Macam aku tak tahu dia senyum tu bukan ikhlas tu,kalau aku tahu tadi aku buat kau betul-betul buat kau jadi raja bersiung,baru kau ketagih nak darah aku!

"raja bersiung? Apa maksud kau Niff ?" soal Hamzah keliru.

"tak ada apa lah bang Hamzah, kau lambat,nanti lah aku cite" ucapnya sambil ketawa kecil.

Acik Nor hanya menggelengkan kepala melihat karenah mereka berdua.

"Alisya, sukan tahunan bulan depankan?" soal Hamzah.

"aah, kenapa?" soalku

"awak rumah apa?" soalnya lagi

"kuning," balasku..

"alah,saya rumah biru,ingat kita sama." Ujar Hamzah sambil mengeluh.

"kau Niff? Rumah apa?" soal Hamzah kepada Haniff.

"kuning." jawabnya ringkas lalu bangung dari kerusi sambil membawa pinggan dan gelasnya.

Dia satu rumah sukan dengan aku? Hurmm menarik! Detak hatiku.

***

" Niff kau balik dengan Cikgu Alisya ke?" soal Hamzah saat aku sedang memakai kasut di hadapan rumah Acik Nor.

"aah, asal?" soal Haniff yang telah pun membuka tali leher dan menyising lenga kemeja hingga ke paras lengan.

" tak ada ar,kalau kau nak tukar dengan aku pun boleh," ucap Hamzah.

"tak apa, aku datang dengan dia, balik pun dengan dia lah." ucap Haniff lalu masuk ke dalam perut keretaku.

Laju je mamat ni, tuan kereta pun tak masuk lagi, dia dan masuk dulu, eh! Dia masuk tempat pemandu?

"awak, " ucapku, sambil mengetuk cermin kereta.

Dia menurunkan cermin kereta sambil mengerutkan dahi,.

"apa? Duduk je sebelah, saya tahu awak mesti penat,lagipun jari awak pun luka, biar saya drive, saya ada lesen lah, silap-silap lesen saya lagi tua dari awak." ucapnya panjang.

Eh dia ni membebel pula.tak sempat aku nak cakap apa-apa, aku pun beralah dan duduk di ruang penumpang.

***

Entah bila aku terlelap tiba-tiba terasa kereta berhenti., aku menoleh ke sebelah,melihat Haniff sedang menarik hand break,.

"bangun dah?" soalnya.

"lama ke saya tidur?" soalku.

"lama tak lama sempat lah dengar bunyi dengkut kambing," ucapnya sambil tersenyum nakal.

"awak jangan nak menipu eh, mana ada saya dengkur" nafiku sambil membuntangkan mataku.

"boleh eh orang tidur, sedar dia buat apa? Fakta baru ni," ucapnya lagi.

"lagi satu, berani eh awak tidur, sedangkan ada lelaki dalam kereta awak ni, jangan buat kalau dengan lelaki lain," ucapnya lalu keluar dari kereta.

Aku turut serta keluar dan melihat dia telah pun berjalan meninggalkan aku .

"awak!" jeritku.

"apa?" soalnya malas tanpa menoleh ke arah ku.

"mana kunci kereta saya? Jangan buat harta pula!" ucapku lagi.

Dia menoleh lalu membaling kunci kereta kepadaku.

Baru sahaja dia hendak meneruskan langkah, aku memanggil dia lagi.

"nak apa lagi?" ucapnya dengan nada sedikit tinggi .

"teman saya naik atas,lampu dekat tangga tu, rosak, " ucapku teragak-agak.

"haih, haa yelah" ucapnya.

Aku berlari menuju ke arah Haniff.

Sampai sahaja di depan pintu rumahku,aku memberikan senyuman paling manis kepadanya.

"ok, dah habis kan? Saya nak balik, jangan lupa kunci pintu, buka lampu,kalau ada apa-apa call saya " ucapnya lembut.

Entah lah tiba- hadir pula sisi lembut air batu ni,

Musykil!

BERSAMBUNG....

P/s: hai semua! Lama kan sis tak update,harapnya bab kali ni ok lah,cm biasa jgn lupa vote,komen dan share! Enjoy reading semua! Sis syg korang!