Dari satu minggu kepada dua minggu...dan ianya berlanjutan sehingga la masuk sebulan. Isu Luana yang mahu berpisah dengan Aryan semakin menjadi-jadi. Siang dan malam sebolehnya Luana ingin membuat masalah dan bertengkar dengan Aryan tentang perkara yang sama.
Habis riuh rendah istana itu dibuat suara marah-marah Luana dan Aryan.
Tidak cukup dengan itu, Luana timbulkan masalah dengan menghancurkan harta benda istana termasuk la memporak perandakan bilik kerja Aryan. Sebagai langkah supaya Aryan fed up dan akan melepaskan dia.
Tapi Aryan menjadi Aryan. lelaki itu tetap pada pendiriannya untuk menjaga Luana sebaik mungkin. Tidak kira la apa yang Luana buat terhadapnya. Sering sekali Aryan meninggikan suara kerana berasa letih menghadap kepala angin Luana yang tidak ubah seperti Budak-Budak. Namun tidak lama kemudian, dia cuba memujuk Luana semula.
Sampaikan orang istana sendiri pening kepala bila pasangan suami isteri muda ini bertekak dan bertegang leher. Mereka sangat tidak sampai hati melihat raja mereka siang malam sibuk menguruskan urusan kerajaan, menghadap isteri yang selalu saja hendak naik angin. Itu belum lagi menjaga bonda yang sakit. Kalau di lihat dari sudut pandangan para dayang serta pengawal di istana itu, mereka boleh Nampak betapa gigihnya raja muda mereka ini.
SPRANG!
Sebuah pasu meluncur keluar setelah ia pecah di depan pintu ruang tamu. Pengawal dan dayang berada di luar koridor menikus terkejut dengan bunyi bising tersebut. Lalu suara marah-marah kedengaran.
"Sampai bila saya kena tunggu!Hah!Tuanku tak penat ke hari-hari hendak bergaduh dengan saya!"
"Kalau macam tu jangan bergaduh...saya sendiri tidak suka bertekak dengan awak siang malam seperti orang hilang akal begini!"bentak Aryan.
"Apa yang susah sangat nak faham apa yang saya minta...saya minta ceraikan saya!Ceraikan saya!Saya tak nak teruskan perkahwinan ni!"
"Saya takkan ceraikan awak Luana...sumpah dan ikrar yang saya lafazkan pada hari perkahwinan saya itu amanah!Saya takkan lepaskan awak!Berapa kali saya nak beritahu! hentikan semua ni!Awak akan cederakan diri awak sekiranya awak berterusan menghancurkan semua harta benda dalam istana ni!"
Para pengawal dan dayang yang berdiri di luar mula resah dan serba tidak kena. masing-masing tunjuk reaksi risau di wajah. Berasa bingung tidak tahu hendak bagaimana lagi. Hendak di tolong nanti dikatakan menyibuk, mahu menghalang, mereka hanya orang bawahan yang tiada hak hendak masuk campur urusan rumah tangga diraja!
Selepas itu Aryan berarak keluar dari situ dengan muka tegang. DIa sikit pun tidak mengerling ke dayang dan pengawal di situ.
Tanpa berlengah dayang dan pengawal mula berpecah mengikut tuan masing-masing. Dayang ke permaisuri mereka. Pengawal ke raja mereka.
Bila dayang masuk ke dalam ruangan itu, mereka Nampak Luana sedang duduk di sofa sambil memegang dahi dan tangan di siku pada lengan sofa itu. Mata terpejam rapat. Air mata keluar di pipi itu.
Dan seluruh ruangan itu tugang langang dan berselerak bagai dilanggar ombak.
Sambil tersedu sedan, Luana mengangkat kepalanya dengan lemah lalu memandang dayang-dayang yang mula hendak membersihkan sepah di situ. Air mata di kelopak jatuh ke pipi sebelum ia mengalir perlahan turun ke dagunya.
Bila seorang dari dayang yang ada di situ bertentang mata dengan Luana, dia berdiri tegak untuk menghadap permaisurinya tanpa berlengah.
"Saya tuanku."
"Raja Aryan dah jauh?"tanya Luana.
"Ya tuanku"angguk dayang itu sambil pandang ke lantai.
Dengan segera Luana ubah ekpresi sedih kepada normalnya semula dan kesat air mata dari pipi seakan tiada apa-apa yang berlaku.
"Haih...buat sakit tekak betul...memangnya raja kamu tu degil dan nekad seperti itu ya?"soalnya.
Dayang itu akan taken aback dengan perubahan mendadak Luana. "Maaf apa dia?"ulangnya kerana berasa bingung. Takkan la Permaisuri Luana hanya berpura-pura sedih.
"Haih...saya tanya...Raja Aryan tu memang jiwa kayu ke apa?Takkan sikit pun tak tergugat dengan air mata?Saya menangis bagai nak rak depan dia, sikit pun dia tak tunjuk rasa simpati atau kasihan?"soal Luana sambil betulkan rambutnya yang dia cengkam tadi semasa overdramatik.
Pelik betul dia!Sampai sakit otak dia memikirkan cara hendak buatkan Aryan supaya ceraikan dia. Tapi suaminya itu sepertinya sikit pun tidak terjejas dengan perang psikologinya ini!Kalau lama-lama macam ni, mahunya dia yang give up dulu sebelum dirinya di ceraikan.
"Tuanku tak apa-apa ke?Nak saya panggilkan doctor."
Luana menggeleng kepala. Dia picit kepalanya yang sedang pening. Mungkin dia terlampau penat marah dan buat scene selama beberapa hari ini, itu yang kepalanya asyik berdenyut sakit kebelakangan ini.
"Tak perlu"katanya.
Dayang di sebelah Luana itu buat muka teragak-agak seperti mahu katakan sesuatu. tetapi dia sendiri tidak pasti sama ada patut ke dia langgar protocol istana?Tapi dia tidak sanggup lihat Permaisuri Luana terus menerus menyakiti Raja Aryan dengan bertengkar setiap hari mengenai isu penceraian.
Ah!
Lantak la situ!
Apa nak jadi!Jadi la!
Apa yang pasti dia mahu hentikan permaisurinya ini!
"Tuanku."panggil dayang itu.
Luana lepaskan hela nafas letih. "Apa dia?"tanya dia dengan muka tiada mood semasa memandang dayang itu.
"Tuanku ingat lagi soalan yang tuanku tanyakan kepada saya mengenai hubungan Raja Aryan dan Permaisuri Aries?"
Air muka Luana berubah serta merta. Dia duduk tegak selepas mendengarnya. "Ya?Kenapa dengan soalan itu?Kamu sudah ada jawapan untuk beta?"tanya dia.
Dayang itu menelan air liur. "Kalau saya beritahu.adakah tuanku akan berhenti bertengkar dengan Raja Aryan dan menyakiti baginda?"tanya dia takut-takut kerana khuatir niatnya akan disalah fahamkan.
Luana hampir hendak tersenyum. Well...nampaknya trick dia bagi efek dekat orang lain kalau bukan kepada Aryan. Hmm...tak sia-sia la lakonan dia selama ni. "Bergantung kepada jawapan yang kamu berikan kepada saya. Sekiranya saya berpuas hati, saya akan pertimbangkan permintaan kamu tu.."tawarnya dengan penuh strategi.
Dayang itu menggigit bahagian dalam pipinya lalu mengangguk kepala. "Baik..saya akan ceritakan segalanya kepada tuanku. Dan saya mohon tuanku simpan rahsia ini sampai bila-bila."
Tidak memberi sebarang respon, Luana hanya diam memandang tepat ke muka dayang di tepinya itu.