webnovel

Kedai Buku dan Mac 'n' Cheese

Mereka baru sahaja pulang daripada pantai dua hari lepas, kini Naufal, Fariha dan Nabila akan ke kedai buku di kawasan sekolah mereka.

Di kedai buku...

Naufal, Fariha dan Nabila masuk ke dalam. "Nabila, kau nak beli buku apa?" Naufal bersuara. "Hm.. aku tak pasti, Naufal kau nak beli buku apa?" tanya Nabila kepada rakannya. "Aku beli komik je kot." sambung lelaki itu. Nabila mengangguk, dia terus menarik Fariha. "Ha Fariha jom tengok seksyen novel nak?" tanyanya dengan nada yang gembira. "Ha jom jom!" jawab Fariha sambil menarik rakannya ke seksyen novel.

Lelaki itu hanya mampu melihat, "Diorang ni memang suka novel eh..." dia bercakap sendirian. Naufal kemudian bergerak ke seksyen 'game' di bahagian hujung. "Hmm.. nak beli game ape eh.. semua dah ade.." kata Naufal, maklumlah anak orang kaya.

Kelihatan Nabila sedang menghampiri rak di seksyen novel. "Hmm.. novel ni dah lama keluar, tapi tak sempat nak baca.. aduh nak beli tapi tak cukup duit.. lain kali je lah.." katanya sambil berjalan ke arah Fariha. Naufal yang kebetulan lalu di sebelah tadi, terdengar percakapan perempuan itu. Dia termenung di novel yang dilihat oleh Nabila tadi.

"Fariha, dah-" kata-katanya terpotong. Mata perempuan itu membulat, "WOI BANYAKNYA KAU BELI!" katanya sambil ternganga lebar. "Eh banyak sangat ke? Memang semua ni aku nak baca." katanya sambil tersenyum ke arah rakannya. Nabila hanya mampu ketawa nipis. "Eh, kau tak beli apa-apa ke?" tanya rakannya sambil meletakkan buku di kaunter pembayaran. Remaja itu hanya diam, "Hehe.. tak, aku tak cukup duit. And NO, jangan berani belanja aku." katanya sambil menunjukkan jari pangkah ke arah Fariha. Rakannya hanya senyum, tapi dia rasa bersalah kerana Nabila tidak beli apa-apa yang dimahukan.

Setelah selesai, kedua remaja perempian itu keluar dari kedai. "Eh mana Naufal?" tanya Fariha sambil menoleh ke kiri dan kanan untuk mencari rakannya. Nabila membuat perkara yang sama, kemudian dia ternampak Naufal sedang keluar daripada kedai tersebut. "Apa la game yang budak ni beli lagi.." kata Nabila dengan nada lembut sambil tersenyum. Mereka bertiga kemudian sambung perjalanan untuk pulang dengan Fariha di hadapan.

"Ui Nabila." kata Naufal sambil menoleh ke arah bertentangan. "Hm?" Naufal membuat perempuan itu tertanya-tanya apa yang hendak dikatakan. "Ambik ni." katanya sambil menghulurkan beg plastik yang dipegang sebentar tadi. Nabila masih terpinga-pinga, "Ada apa dalam ni-" dia terhenti. Matanya membulat, "Ni bukan ke novel yang aku nak tadi? Macam mana kau-" kata-katanya terhenti sekali lagi. Kelihatan wajah Naufal tidak terpapar di pandangan Nabila.

Fariha tidak perasan apa yang sedang berlaku di belakang. Dia sambung berjalan seperti biasa. Walaupun tidak nampak, Nabila tahu. Di wajah Naufal sekarang ni, terdedahnya perasaan malu dan mukanya merah seperti tomato. Mereka berdua hanya diam sepanjang perjalanan. Setelah beberapa minit, mereka tiba di rumah Naufal.

"Alright, aku masuk dulu. Hati-hati balik tu, assalamualaikum." kata lelaki itu sambil melambai ke arah mereka. Kedua perempuan itu menjawab salam rakannya tadi. Nabila pula singgah ke rumah Fariha, mereka ingin melepak di situ sehingga esok hari.

Naufal masuk ke dalam biliknya. Dia kemudian baring di katil dan hanya termenung di siling. "Hehe." remaja itu ketawa nipis.

"Aduh ya Allah.. susah nak jaga hati aku ni.." katanya sambil muka dia kemerah-merahan. Naufal kemudian bangun dan duduk di atas meja belajarnya. "Aku harap dia suka.." katanya sambil menconteng buku tulisnya. Dia hanya senyum sepanjang hari.

Kedua perempuan itu tiba di rumah Fariha. "Haa, masuklah. Assalamualaikum, Kakak dah balik!" kata remaja itu, dia melangkah masuk ke dalam pintu diikuti dengan Nabila. Mereka berdua adalah kawan baik sejak tingkatan satu lagi, sebelum Siti pindah pada tingakatan empat.

"Haa duduk lah, buat macam rumah sendiri. Aku ambik air jap, teh okey?" kata Fariha sambil bergerak ke arah dapur. Nabila bersuara, "Boleh je!" dengan nada yang sedikit kuat. Dia telah beberapa kali datang dan tidur di rumah rakannya, jadi dia tidak berasa kekok apabila berada di situ.

Mereka kemudian pergi ke bilik Fariha, Nabila kemudian duduk di kerusi sambil mengeluarkan novel daripada beg plastik tadi. "Eh, bukan tak jadi beli ke tadi?" tanya perempuan itu sambil mengeluarkan novelnya dari beg plastik yang dipegang. Nabila tersenyum nipis, "Si Naufal tu belikan..." dia bersuara dengan nada yang rendah.

Fariha tersenyum, "Ha suka la tu." katanya sambil mengusik Nabila. "EH MANA ADA!" jawab remaja itu sambil menoleh kepalanya ke kiri dan kanan dengan pantas. "A- aku tak tolak sebab dia dah belikan.. takkan nak tolak.. dia patut bersyukur yang aku sudi ambik tau haa." sambung Nabila dengan nada yang rendah. Mukanya dilihat kemerah-merahan.

Rakannya itu hanya senyum, dia kemudian membalas. "Iyelah Nabila, whatever you say." katanya sambil menyandar di katil yang didudukinya sebentar tadi.

Di Latte DeCafe...

Kelihatan Hilal di dapur, sedang menyediakan bahan untuk memasak sesuatu. Wajahnya penuh tekun, dia kemudian memulakan masakannya. "Uncle, Hilal tu buat apa?" tanya Dzul sambil meletakkan pinggan dan cawan kotor di singki. Pak Harith menepuk bahu pekerjanya, "Dia tu tengah buat something, katanya request si Annisa tu suruh buatkan makanan kegemaran anak dia."

Lelaki yang di dalam 20-an itu mengangguk, dia kemudian mengukirkan senyuman nipis. "Alhamdulillah, dia dah lagi gembira kan?" dia berkata kepada diri sendiri sambil menepuk dadanya perlahan-lahan. Dzul kemudian sambung membasuh pinggan dan membiarkan Hilal buat kerjanya. "Hmm.. first time buat ni, insyaallah jadi." kata remaja itu sambil mencampurkan bahan-bahan.

CARA-CARA:

1. Rebuskan makaroni dengan sedikit garam sehingga lembut. Ketepikan.

2. Panaskan mentega. Masukkan tepung dan gaul rata dengan cepat.

3. Masukkan susu segar. Kacau dan tambahkan serbuk lada hitam dan sedikit garam.

4. Masukkan keju satu per satu sambil kacau dengan whisk supaya tidak berketul.

5. Masukkan makaroni yang telah direbus tadi dan kacau rata.

Setelah setengah jam, dia telahpun selesai dengan masakkannya. Mata remaja itu bersinar, "Wahh.. first time buat, nampak sedap wo.." katanya sambil tersenyum lebar. Dia kemudian membungkus Mac n Cheesee tadi, dan bersiap untuk ke rumah Siti.

"Pak Ngah, Hilal keluar dulu ya? Assalamualaikum." katanya sambil melangkah keluar dari kafe tersebut. Pak Harith membalas, "Wa'alaikumussalam, besar dah budak ni.." katanya sambil mengukirkan senyuman nipis. Lelaki itu kemudian menyambung layan para pelanggan.

Hilal kelihatan sedang melangkah ke arah rumah Siti. Dia kemudian berhenti secara tiba-tiba. "Eh, aku pegi rumah dia macam ni.. tak pelik ke..? Selalunya aku pergi dengan Asyraf and Aniq.. ni sorang-sorang!" katanya sambil berasa kekok. Kemudian, seorang wanita muncul di belakang Hilal. "Assalamualaikum, Hilal!" katanya sambil melambai ke arahnya. Lelaki itu terkejut, siapa pula yang memanggil dia.

Kelihatan Iffah yang kebetulan ingin ke rumah Siti. "Wa'alaikumussalam.. eh, Iffah.. kenapa kau kat sini?" tanya remaja lelaki itu. Perempuan itu hanya senyum, "Nak pergi rumah Siti ni, pulangkan manga yang aku pinjam kelmarin." katanya sambil menunjukkan beg plastik yang berisi dengan manga-manga kepunyaan Siti.

Lelaki itu mengangguk tanda faham, mereka kemudian terus berjalan ke rumah rakannya. Seluruh perjalanan, hanyalah senyap sepi antara mereka. Iffah Irdina, antara rakan Hilal yang terawal sejak dia tingkatan satu. Setelah kejadian tersebut berlaku, dia mengasingkan diri daripada rakan-rakannya termasuklah Iffah.

"Hilal, kau dah berubah... you're back to your old self." katanya sambil mengukirkan senyuman. Lelaki itu hanya terdiam, memang betul. Semenjak Siti pindah ke sekolahnya, walaupun tahu apa yang terjadi kat hidupnya dia masih tidak takut dan teruskan berbual serta berkawan bersama Hilal. Lelaki itu kemudian mengukirkan senyuman nipis, "Alhamdulillah... semua ni hadiah daripada Allah.." sambungnya sambil menoleh ke arah langit.

Iffah perasan apabila nama Siti disebut, kelihatan mata Hilal akan bersinar dan sering mengukirkan senyuman nipis. Remaja itu hanya membalas dengan senyuman, tetapi pada masa yang sama dia berasa sedih. "Fah.. jodoh kat tangan Allah.." dia berfikir sendirian.

Setelah beberapa minit, mereka tiba di rumah Siti. "Assalamualaikum, Siti ooo Siti!" kata mereka berdua. Hilal kemudian ke belakang, dia mahu mendahuluikan Iffah ke dalam terlebih dahulu. "Wa'alaikumussalam.. eh Hilal and Iffah? Masuklah!" katanya sambil menghulurkan tangan ke dalam kawasan ruang tamunya.

Kedua remaja itu masuk melalui pintu hadapan, dan kemudian duduk di ruang tamu. "Hai~" kelihatan Puan Fatimah sedang menghampiri mereka. "Hai aunty, ni saya bawak request hari tu." kata Hilal sambil menghulurkan bungkusan yang dibawanya ke wanita tersebut. "Wah, thank you Hilal~" katanya sambil membawa bungkusan tadi ke dapur.

Puan Fatimah kemudian memanggil kedua remaja tadi ke meja makan, termasuklah Siti dan Aqil. "Ha, aunty panaskan jap ye. Korang borak lah dulu." katanya sambil memasukkan ke dalam microwave. Iffah duduk bersebelahan dengan Siti, manakala Hilal duduk bertentangan dengan mereka dan duduk di sebelah Aqil. Mereka kemudian berborak sesama sendiri.

DING kedengaran bunyi microwave sudah siap memanaskan makanan. Puan Fatimah kemudian mengeluarkan makanan tadi dan memasukkan ke dalam mangkuk besar. Mata Siti membesar, "EH MAC N CHEESE!?" katanya sambil menoleh ke arah ibunya. "Haa.. ni Hilal yang masakkan, Mama request untuk kamu." kata wanita itu sambil mencuitkan matanya ke arah Siti. Remaja itu kemudian memeluk ibunya, "Thank you!" katanya. "Sama-sama.. kamu patut berterima kasih kat Hilal, dia yang masak tau." kata Puan Fatimah sambil menunjuk ke arah lelaki tersebut.

Hilal menoleh ke arah rakannya, "Haha... aku buat ni, first time sebenarnya.." katanya sambil berasa malu-malu. Siti kemudian memandang Hilal, "T- thank you..." katanya dengan nada yang rendah, mukanya kemerah-merahan. Iffah hanya senyum, melihat mereka berdua. Secocok, fikirnya. "Ha dah, jom kita makan." kata Hilal sambil menghulurkan mangkuk ke setiap orang.

Mereka kemudian mulakan dengan bacaan doa oleh lelaki tersebut, setelah selesai mereka menjamu selera. "Sedapnya~ Hilal pandai kau masak!" kata Iffah sambil menyuap dirinya. "Em, sedap sangat!" sambung Siti berserta dengan senyuman. Aqil kemudian bersuara, "Mama, nak lagi boleh!"

Remaja lelaki itu hanya tersenyum, dia berasa lega masakkannya dapat menghiburkan hati rakan-rakannya. "Alhamdulillah..." Hilal berfikir sendirian.

BERSAMBUNG...

༺ Kata-kata Penulis ༻

Assalamualaikum, sedap wo Mac n Cheesee haaaaa. Harini, saya nak tekankan bab jodoh. Setiap orang ada jodoh, jika tidak di dunia maka di syurga kelak. Cinta tidak salah, tetapi jauhilah daripada perbuatan keji iaitu zina. Jagalah maruah dan bertahan serta bersabar daripada nafsu cinta, Islam tidak mengatakan salah untuk jatuh cinta. Tapi janganlah berdating atau berdua-duaan antara lain jantina, ingat itu adalah antara perkara yang dibenci oleh Allah.. I guess itu saja daripada saya. Assalamualaikum and as always; I'll see you in Jannah!

Chissaikuncreators' thoughts