Beberapa susuk manusia sedang terpancar keluar dari jalan keluar Akademi Dalaman. Melihatkan daripada penampilan mereka, orang-orang ini ialah Xiao Yan, Xun Er dan yang lain. Di belakang mereka ialah Lin Yan, juga turut serta kerana mempunyai perasaan ingin tahu.
Pada waktu Xiao Yan dan yang lain meluru keluar dari hutan, satu suara uzur yang lemah berbunyi dari atas mereka, "Awak mesti mendapatkan surat kebenaran dari tokoh jika awak ingin meninggalkan Akademi Dalaman. Kamu nak ke mana beramai-ramai?"
Xiao Yan dan yang lain segera mendongakkan kepala apabila mereka mendengar suara ini dan terlihat seorang lelaki tua sedang berdiri di atas dahan sebuah pokok. Melihat dengan teliti, lelaki ini ialah Tokoh Su yang ditemui mereka pada hari pertama mereka masuk ke Akademi Dalaman.
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com