"Kamu..."
Ning Xi sengaja menyakitkan hati mereka. Ayatnya diselitkan dengan sindiran halus dan ini membuatkan mereka langsung tidak dapat melawan kata-katanya.
Selepas bercakap dengan Liang Biqin dan Zhao Meixin, Ning Xi menoleh ke arah Su Yimo dengan muka tidak bersalah dan berkata, "Senior Su, saya tahu baju ni baju kesukaan kamu... Jadi, tadi saya beranikan diri untuk suruh kamu beri baju tu pada saya... Sebenarnya, saya menyesal dengan apa yang saya cakap! Saya tak patut ambil barang kesayangan orang, jadi...saya akan beri pada kamu baju yang kamu pakai tu! Saya dah tak mahukan baju itu lagi!"
"Ning Xi! Kamu..." Tiada siapa pernah melayan Su Yimo seperti ini sejak popularitinya naik mendadak. Mukanya merah padam menahan marah.
Apa maksud Ning Xi bila dia mengatakan yang dia berikan saja baju itu semula kepadanya? Si perempuan ahli sihir ni seolah-olah ingin menyedekahkan baju itu kepadanya!
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com