webnovel

Saya Tak Boleh Tidur

Éditeur: EndlessFantasy Translation

"Kamu mabuk," Lu Tingxiao berkata sebaik sahaja dia tersedar dan mengawal perasaannya.

"Bos, kamu tak jawab lagi soalan saya!" Ning Xi tak nak mengalah dengan mudah dan pandangannya yang membara membuatkan lakonannya nampak lebih realistik. 

Hari ini, Ning Xi memakai gaun hitam yang pendek yang mendedahkan kulitnya yang cantik dan tulang selangkanya yang menggoda.

Lu Tingxiao menelan air liur sambil mengalih pandangannya daripada Ning Xi dan berkata dengan dingin, "Kita akan bincang tentang ni lepas kamu sedar. Pergi tidur di ruang menunggu tu."

Ning Xi berasa jengkel. Dia dah letakkan sepenuh usaha untuk ini! Sekarang Lu Tingxiao nak berpura-pura baik?

Si Syaitan, kalau kamu terus berlakon macam ini, sampai bila-bila pun kamu takkan ditiduri!

Ning Xi mengetap giginya dan membuat keputusan untuk bawa permainan itu ke tahap seterusnya. "Lu Tingxiao, saya tak boleh bergerak… dukung saya pergi sana!'

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com