Lu Tingxiao mengambil kotnya daripada tempat menggantung baju dan berkata sambil memakainya, "Saya rasa tak boleh. Saya perlu tinggalkan negara untuk urusan kerja awal pagi esok."
"Apa!" Ning Xi berteriak.
Ini berita buruk! Kenapa syatan ini mahu lari?
Lu Tingxiao berfikir tentangnya dan berkata, "Jadi saya ada dua cadangan sekarang."
"Apa tu?" Ning Xi cepat-cepat bertanya.
Lu Tingxiao meneruskan, "Cadangan pertama, tunggu saya balik selepas seminggu kerja di luar!"
"Satu minggu?!" Walaupun tidaklah terlalu lama, tempoh satu minggu itu juga tidaklah terlalu pendek! "Apa cadangan kedua?"
Lu Tingxiao memandangnya dan berkata, "Cadangan kedua, ikut saya balik ke rumah."
"Apa?" Ning Xi terkejut, "Apa…apa yang kamu maksudkan?"
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com