webnovel

Ibu yang Lembut dan Wangi!

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Selepas Ning Xi selesai mandi dan memakai baju tidurnya, dia berbaring untuk tidur di sebelah Si Cilik. 

Dia tidak pasti bila Lu Tingxiao dan Si Cilik buat dia rasa selamat serta jadi sumber kekuatan identitinya dalam dunia ini. Dia akan rasa berani, bermotivasi, bersemangat dan tenang setiap kali dia bersama mereka.

Lu Tingxiao berjalan ke tepi katil dan duduk di situ. Dia menyelimuti kedua-dua anak dan ibu itu. Kemudian, dia memandang Ning Xi dan bertanya, "Ada benda yang jadi ke?"

Ning Xi bangun dengan perlahan dan bersandar dalam pelukan Lu Tingxiao. Selepas berfikir seketika, dia buat keputusan untuk tidak rahsiakan apa-apa daripada Lu Tingxiao. Dia mula menjelaskan, "Sebenarnya, saya pergi jumpa seseorang malam ni… saya tak tahu kalau kamu ingat lagi Abang Senior Pertama saya… lelaki yang pakai cermin mata dan dah culik saya di Philadelphia dulu."

"Saya ingat." Lu Tingxiao mengangguk sedikit, rasa suram memenuhi matanya. 

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com