webnovel

Boleh Tak Saya Nak Mengamuk?

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Guo Qisheng menepuk-nepuk belakang Ning Xi bila melihat wajah gadis itu yang agak pucat. Dia berkata dengan yakin, "Kamu tak perlu risau sangat pasal ni, Ning Xi. Dia tak ada banyak adegan pun, jadi ia tak akan bagi banyak kesan pada rancangan ni. Lagipun, kebanyakan adegan-adegan tu hanya dengan kamu. Kamu ajar dia sikit dan semuanya akan okey!"

Siri televisyen agak berbeza dengan filem. Keperluan standard tidak begitu tinggi, jadi watak-watak kecil selalunya tidak memainkan peranan yang begitu penting. 

Ning Xi rasa sangat serabut...

Dia berfikir sendiri, "Boleh tak saya nak mengamuk?"

Guo Qisheng tiba-tiba teringatkan sesuatu, "Oh, betul juga! Ning Xi, watak yang kamu cadangkan untuk Ke Mingyu dah dipilih!'

Ning Xi tergamam...

Satu lagi serangan!

Guo Qisheng tidak tahu apa yang sedang ditakuti oleh Ning Xi. Sebelum beredar, dia hanya menyuruh gadis itu untuk buat yang terbaik. 

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com