webnovel

Penguasa Bermata Satu

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Kawasan makhluk Tahap 15, Paya Sepi.

"Ketua, kita ke mana?"

"Abang Feng, tadi bukan kumpulan Badak Paya ke?"

Si Hitam dan Salji Sepi mengikuti Shi Feng selama ini, bergerak semakin dalam ke Paya Sepi. Mereka tidak dapat mengenal pasti makhluk jenis apa sebenarnya Shi Feng ingin cari untuk menguji Bintang-Bintang Cahaya.

"Bintang-Bintang Cahaya mempunyai masa bertenang setengah jam. Memang membazir kalau digunakan pada makhluk-makhluk biasa Tahap 15 semata-mata. Sekarang, kita akan ke sebuah tempat dengan makhluk-makhluk yang lebih kuat dan lebih banyak bilangannya," jelas Shi Feng.

Cicak Paya Jarang Elit Tahap 17 pun mati dengan begitu mudah. Jelas betapa tingginya kemusnahan Si Hitam sekarang, belum lagi kemahiran seperti Bintang-Bintang Cahaya. Kemahiran ini barangkali dapat membunuh Badak-Badak Paya Tahap 15 yang mempunyai hanya 2,000 HP seekor dengan cuma satu serangan. Itupun belum lagi dapat menunjukkan kekuatan sebenar Bintang-Bintang Cahaya.

Chapitre verrouillé

Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com