Yang Meiji tidak keluar dari kediaman Keluarga Nangong pada malam itu…
Pada keesokan harinya, Bu Fang membuka matanya dengan malas dan menguap. Dia bangun dari katil dengan mata yang mengantuk dan berjalan menuju ke tingkap bilik lalu menghirup udara segar sedalam-dalamnya. Selepas dia berbuat demikian, dia berasa lebih bertenaga.
Satu lagi hari yang indah di Bandar Kabus Langit.
Dia turun ke tingkat bawah dan masuk ke dapur untuk berlatih teknik pemotongan dan pengukirannya seperti biasa. Dia juga berlatih teknik Bilah Tiga Belas Tetuan, tetapi dia masih lagi tidak boleh mengawal Tenaga Tetuannya.
Kemahiran pengendalian pisau adalah salah satu perkara asas yang perlu ada pada seorang cef. Inilah sebabnya mengapa Bu Fang meluangkan masanya untuk berlatih pengendalian pisaunya pada setiap hari. Mempunyai kemahiran pengendalian pisau yang baik adalah sangat penting bagi seorang cef.
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com