Seorang Pengawas perempuan yang mengaku bahawa dia adalah Kakak Nur telah muncul dan menolong Oyen berhadapan dengan Cikgu Roslailee .
"Hmm..Nampaknya cikgu kita dibawah pengaruh dadah!!"
Murni berkata.
"Dadah?!"
Oyen terkejut.
" Dadah boleh menyebabkan halusinasi , malah penggunaan yang berlebihan boleh mengubah persepsi ,pemikiran, kesedaran dan juga emosi. Tapi dalam kes ni, nampaknya dia lebih tertumpu untuk menyerang awak Oyen. "
Jelas Murni sambil membetulkan uniform pengawasnya.
"Oy kau ni nak lawan ke nak bersiap?"
Oyen melihat dengan ekspresi kehairanan.
"ROARRRR"
Cikgu Roslailee memecut ke arah Oyen dan Murni dengan kuku tajam bagaikan pisau bedah Dia menghalakan tangan untuk menerka Oyen.
"Arghh!! "
Oyen menjerit kesakitan.
"Ceh apa ni? Baru kena cakar sikit kau dah menjerit. HAHAHAHA"
Murni tergelak melihat tangan oyen yang berlumuran dengan darah .
"Meh sini biar aku tunjukan kehebatan sebenar bekas ketua divisi ketiga kuala Harimau!!"
Murni berkata lalu mengeluarkan baton mudah alih dan berlari pecut ke arah Cikgu Roslailee.
Dengan eleganya , Murni mengelak setiap serangan Cikgu Roslaiee dan setiap elakkan ditambah 3 libasan di bahagian lutut,lengan, leher dan peha.
"Wah...Hebatnya!!"
Kagum Oyen melihat.
"Haha, buatlah apa yang kau nak ! tetapi seranganmu tetap sia-sia apabila berhadapan dengan silat ku! "
Murni berkata lalu menendang Kepala Cikgu Roslailee.
Akibat kesakitan yang teramat ,Cikgu Rosailee mengambil langkah drastik dengan melanggar Oyen dan Murni hingga ke luar kawasan sekolah lalu merempuh dinding sesebuah bangunan korporat
"Wargh Bunyi apa tu?!!"
"WOi WOI PASAl KORANG SEMUA BERHENTI BEKERJA NI HA?!"
"WOI ada budak sekolahlah! EH tu kan…"
" WARGHH SERIGALA JADIAN!!"
"Ceh dah tau kalah , masih lagi mahu berlawan?"
Murni berkata dengan angkuh .
"(Dah kenapa dengan dia ni?! Musuh kita ni dahlah kuat apa yang dia fikir sebenarnya!?)"
Fikir Oyen dalam Hati .
"AKU TAKKAN BENARKAN KAU MEMBUNUH KETUA KAMI!!!"
Cikgu Roslailee menyatakan hasratnya.
"Woi Murni, apa yang patut kita buat ni??!!"
Panik Oyen.
"Jangan risau Oyen, Musuh kita bukannya seorang yang bijak malah bebal!"
Murni berkata.
"!!!"
Oyen terkejut.
"Oh dia dah bergerak!."
Murni berkata sambil menggenggam tangan Oyen lalu berlari naik ke beberapa tingkat . Dengan hati berdebar-debar , tiba-tiba sesuatu seolah-olah bayangan menendang Oyen jatuh tersandung ke bawah.
"OYEN!!"
Murni menjerit .
"Eh Kau okey tak? Ada patah mana-mana tak? "
Murni berkata lalu membalut luka Oyen.
"Jadi...Kau mesti Oyen Bolkiah...Betul tak? "
Lelaki misteri berkata dari koridor tangga .
"WOi Kurang Asam...SIAPA KAU HA?!"
Tengking Oyen.
"( Menarik ...Mereka masih hidup walaupun Cikgu Roslailee dah rempuh mereka pada dinding . Nampak gayanya ak kena hancurkan mereka sebelum kesan dadah pada pada Cikgu Roslailee hilang.)"
Bisik lelaki misteri itu.
"Baiklah ...Nama aku , Iffan Meghat , bekas Orang Kanan Hongfet ...Salam berkenalan. "
Lelaki misteri itu memperkenalkan diri.
" *Tch* Tak guna apa yang kau nak dari kami ha?!"
Oyen Menengkin lalu berdiri dengan teguh walaupun beberapa tulang dalam badannya sudah pun retak.
"Oyen bertenang, kalau kau bertindak secara meluru, nanti tak pasal-pasal nyawa kita yang melayang."
Murni cuba menenangkan Oyen.
"Huh?'
Oyen tertanya.
"Sekejap biar aku fikir. ( Kalau kita patah balik nanti Cikgu Roslailee pulak yang kejar, dan kalau kita teruskan, kita kena berlawan dengan lelaki yang mana objektifnya masih lagi tidak jelas. )"
Murni berfikir sejenak .
"Oyen aku ada idea apa kata kita…"
Murni terkejut apabila melihat Oyen sudah pun membelasah Iffan dengan ganas sekali .
"Mulut aku!! ...MULUT AKU !!"
Iffan menjerit kesakitan apabila Oyen mencabut giginya satu-persatu, ditambah lagi tumbukan pada bahagian abdomen .
"Wah Ganas jugak kau eh .."
Murni berkata lalu mereka terus maju ke tingkat seterusnya.
"Kejap kita nak pergi mana sebenarnya ni ?. "
Lelah Oyen.
"*Sigh* *Pant* *Pant* Kita berjaya pun sampai ke bungbung !"
Teriak Murni.
" Oy Aku tanya ni jawablah!!."
Oyen hilang sabar.
"Hish..Budak zaman sekarang memang tak reti sabar ke ? "
Ngeluh Murni.
"Beginilah , Sekarang kita dah di tingkat yang paling tinggi iaitu di tingkat 200 dan aku percaya kalau Cikgu Roslailee masih kejar kita mungkin kesan sampingan dadahnya sudah pun habis dan di situlah kita akan lancarkan serangan kepada dia sekaligus."
Murni menerangkan .Tiba-tiba mereka berdua terdengar bunyi yang bising datang dari pintu tangga kecemasan.
"ROARRRRR "
Ngaum Cikgu Roslailee lalu mengangkat kuku besi lalu dihalakan ke arah mereka berdua.
"BABAK AH DADAH APA DIA PAKAI SAMPAI KEBAL MACAM TU?!"
Murni terkejut.
"Nampaknya kita takda pilihan lain. Kita kena berlawan!"
Oyen berkata.
Maka mereka bertarung bermati-matian sehinggalah..
"Tak boleh jadi ni, kita kena cari cara yang lain"
Murni berkata.
" Sekejap.."
Oyen terlihat wayar kabel yang terikat pada kaki cikgu Roslailee. Lalu idea terlintang di kepalanya.
"Murni kau tarik perhatian dia,"
Oyen berkata secara spontan .
"EH!?"
Murni terkejut.
"ALAH BUATLAH SAJALAH!!"
Oyen berkata lalu berlari ke arah berlainan.
'Oyen!!!"
Panik Murni lalu melarikan diri ri Cikgu Roslailee.
"NYESEL AKU!! SEKARANG AKU DAH FAHAM MACAM MANA ADIK BOLEH MATI DI TANGAN KAU!! *Sob* *Sob*"
Nangis Murni sambil berlari sekuat hati.
"ROARRR"
CIkgu Roslailee mengaum lalu memecahkan dinding di belakang Murni.
Dengan mata yang terbeliak ,Murni Menjerit Ketakutan dan tanpa disedari seluarnya basah.
"WARGHHHHHH TOLONGGGGG"
Jerit Murni dengan ketakutan.
" Haha..Baik adik baik kakak, perangai sama sahaja "
Tersenyum Oyen lalu melompat ke arah Murni dan menolak nya dalam proses.
"WAHHH KAU GILA APA TERJUN DARI TINGKAT 200?!"
Teriak Murni diikuti dengan tangisan air mata yang melimpah keluar bagaikan air terjun.
Namun nasib di belah mereka apabila tali ditangan Oyen mengetat mereka memecahkan tingkap tingkat 150.
"Eh...Tingkat ni...Oh bijak kau ya ikat tali pada tingkat 200. "
Kagum Murni .
"Belum lagi ..Kita belum selamat . Cikgu Roslailee masih hidup lagi dia-"
Oyen berkata lalu terkejut melihat CIkgu Roslailee terus jatuh ke tingkat seterusnya lalu menghempap Veranda tingkat 120. Tanpa berfikir sejenak mereka pergi memeriksa Cikgu Roslailee.
"Aku dah agak dia di bawah pengaruh dadah!!"
Murni berkata .
"Lebih tepat lagi dia di bawah pengaruh serbuk putih."
Oyen membalas .
"Oh Serbuk putih ...Baru aku ingat dulu masa muda dulu kita orang selalu cari ...Kejap tadi Iffan ada kata yang kau...Oyen Bolkiah, adalah ketua Kuala Harimau. Yang baharu...betul ke ?"
Murni betanya.
"YA..Selepas kakak aku, Hayan Pak-Teh meninggal. Aku, Oyen Bolkiah telah pun menjadi ketua Kuala Harimau yang baharu."
Oyen berkata .
"Oh yakah..kalau begitu"
Murni berkata sambil memandang ke tepi. .
"Apa-apa pun.. Tolong aku dengan hulurkan langsir tu. "
Murni meminta .
"Kain?"
Tanya Oyen dengan kebingungan.
"Haha..Takkan kita nak biarkan Cikgu kaunselor telanjang kot >"
Gelak Murni.
Oyen tersenyum dan mereka berdua pun menyerahkan Cikgu Roslailee kepada pihak berkuasa.
Sementara itu di pinggir bandar. Asmail dan Inspektor Sulung sedang berlari dari Quartet singa petir.
"OI OI OI , NAK LARI MANA HUH ?! PAK CIK!!?"
Minami berkata sambil memecahkan setiap pintu yang dilaluinya.
"Macam mana ni ketua?1 Kalau mereka jumpa kita di bilik ni habislah kita kena belasah sampai pengsan !"
Bisik Asmail dengan ketakutan.
"Hmm...Berdasarkan tindakan mereka, Aku tak rasa mereka akan belasah kita sampai lunyai malah lagi teruk mungkin mereka bunuh kita!"
Sulung memberikan pendapat.
"*Gulp*"
Asmail menelan air liur.
"Bertenang Asmail, Kalau Kita berfikir secara rasional. '
Inspektor Sulung cuba menenangkan Asmail.
"(Kalau tak silap aku , kita sekarang berada di tingkat 3 bilik 11 dan jika mereka ,Singa Petir memeriksa satu-persatu bilik mungkin akan mengambil masa lebih kurang 6 Jam . Kita Bertuah sebab setiap tingkat ada lebih kurang 15 bilik jadi Mungkin diorang akan mengambil masa selama 12 jam.")
Sulung berpikir sambil menjenguk Pintu masuk dari dalam Selimut.
"Beginilah jalan terbaik kita sekarang adalah untuk melarikan diri dari mereka ."
Sulung berkata.
"Melarikan diri? Tapi kita Polis kita tak-"
Asmail berkata lalu diberhentikan oleh Sulung.
"Dengan keadaan kita sekarang yang cedera parah memang mustahil kita akan dapat mengalahkan mereka. Lagipun dengan keadaan kau sekarang ni memang mustahil untuk kau pegang pistol."
Jelas Sulung .
'Baiklah"
Asmail setuju dan mereka pun beredar ,bergarak pintu masuk dan berjalan ke tangga kecemasan. Tiba-tiba sebuah tendangan menembus pintu tersebut ,memecahkan pintu tersebut dalam proses .
"HUH?"
Sulung dan Asmail terkejut . Tanpa disedari Pukulan Baton oleh Damini dilancarkan dan mengena tepat pada kepala Asmail mengakibatkan dia pengsan .
"ASMAIL!!"
Sulung menjerit namun pergerakan dia terbatas apabila Kamirai dan Minami memegang kedua-dua bahunya.
" Hmm..Tengok cara pemakaian kau, aku dah boleh nampak yang kau ni adalah seorang polis yang menyamar sebagai orang awam yang tak tahu apa-apa."
Kata sosok misteri .
"Kau siapa sebenarnya?!"
Sulung menyoal.
"Aku rasa tak perlu kot. Sampai kan mesej aku pada ketua Kuala Harimau "
Kata sosok misteri tersebut .
"Mesej?"
Sulung tertanya.
" Pukul 3 pagi tepat ,Hari Khamis. Jumpa kami di taman Tasik Titiwangsa."
Sosok misteri itu membalas.
'Tu...Tuan…"
Asmail berkata dengan nyawa-nyawa ikan . .
"Lepaskan AKU KALaU TAK KORANG SEMUA!!"
Sulung menjert namun tidak diendahkan.
"Selesaikan tugas kau, Damini."
Sosok misteri itu menambah.
"Dengan senang hati."
Damini berkata lalu mengayunkan baton memecahkan kepala Asmail sampai berderai.
"ASMAILLLLL!!!"
Sulung menjerit kesedihan .Namun itulah nasib . Sulung hanya mampu berdiam diri melihat mimpi ngerinya menjadi realiti.
"Woi jomlah kita cantum balik, aku dah bosanlah duduk kat luar ni."
Kamirai berkata .
"( Catum?!...Eh?!)
Terkejut Sulung mendengar.
Tanpa belas kasihan Kamirai dan Minami mencampakkan Inspektor sulung ke tangga mengakibatkan dia tergolek jatuh sampai ke tingkat 1.
"Urgh…"
Sulung meronta kesakitan tetapi tidak boleh berkata apa.
"Jangan risau Ambulans akan sampai tak lama lagi . Sementara itu cuba buat yang terbaik untuk kekal hidup. "
Sosok misteri itu berkata lalu menghilang ke dalam kegelapan.