webnovel

Chapter 1 : P.K D.A.M.A.I

Akibat kes jenayah yang melibatkan Serbuk-putih sudah terlampau banyak. Polis diraja Malaysia telah menubuhkan satu unit khas yang terdiri dari CID, NCID dan Pasukan Gerak Khas dan menamakan ia , Unit Pencegahan keganasan dahsyat Malaysia .(P.K D.A.M.A.I)

"Baiklah , Semua dah hadir ke ? "

Kata Pengarah Abdulhamid .

"Semua Hadir Pengarah!"

Kata salah seorang sarjan.

"Baiklah. Laporan P.K D.A.M.A.I untuk hari ini , Hamood ! "

Jerit pengarah Abdulhamid.

"Ba..Baik!"

Panik Hamood.

"Baiklah sejak minggu lepas kita telah memberkas lebih kurang 100 pengguna serbuk-Putih dan separuh dari mereka adalah dari golongan separuh manusia sekaligus mengakibatkan kecedaraan parah pada majoriti pasukan kita semasa cubaan untuk menangkap mereka. "

Hamood berkata sambil menggigil membelek kertas laporan .

"..."

Pengarah Abdulhamid terdiam .

"Oi Hamood ! Kau ada tak apa-apa maklumat atau laporan tentang satu geng ni?"

Sapa detektif Siti.

" Detektif Siti!? Apa yang kau buat di sini?! Ini bukan bidang awak!"

Marah Inspektor Sulung .

" Aduh... kau salah arah lagi ke?"

Inspektor Fatimah Menambah .

"Tenang Semua , jangan membabi buta , tujuan saya di sini adalah untuk menyiasat 2 kematian lelaki bernama Iffan Megat dan Hongfet..Umm Lupalah apa nama penuh dia... Tapi apa-apa pun.. Korang ada tak maklumat pasal Kuala Lumpur ?"

Detektif Siti bertanya .

"Maaf Siti . Kami langsung tiada apa-apa maklumat mengenai Geng Kuala Harimau"

Hamood menjawab .

"Takpelah"

Detektif siti berkata lalu beredar.

"Hey, Kau nak pergi mana tu???"

Inspektor Fatimah berkata .

"Kalau korang semua tak boleh nak bagi aku jawapan yang aku nak ..Jadi aku takda pilihan lain selain mencari jawapan itu sendiri. "

Detektif Siti berkata dengan muka yang sinis.

"Hamood, Sila sambung. "

Abdulhamid berkata .

"Ah..Ya Tuan . Disamping itu kes yang melibatkan perdagangan barter manusia untuk Serbuk putih meningkat dari 50 peratus ke 150 peratus . "

Hamood berkata .

'*Sob* Lagi?"

Abdulhamid Berkata dengan tangisan di air mata.

"Umm Akhir sekali … Telah berlaku pembunuhan beramai-ramai dari masyarakat yang tinggal di setinggan. "

Hamood berkata .

"Kau biar betul Hamood!??? Takkan jenayah besar macam ni boleh berlaku kat Malaysia!?"

Inspektor Fatimah terkejut mendengar laporan tersebut.

"Apa!? "

Pengarah Abdulhamid Segera bangun dari kerusi lalu merampas kertas laporan di tangan Hamood. .

"Siapkan unit 2, Siasat mereka yang bertanggungjawab dalam jenayah yang tak masuk akal ni!"

Jerit pengarah Abdulhamid.

"BAIK TUAN!!"

Jerit semua orang yang ada dalam bilik tersebut .

"Pada 8 November 2019 Di kawasan setinggan di sekitar kuala lumpur . Telah berlaku satu pembunuhan beramai-ramai secara senyap. Dengar cerita , sekiranya kau berada di situ samasa pembunuhan itu berlaku... Nyawa dan keluarga kamu sekali akan jadi mangsa…"

Kata seorang inspektor yang sedang duduk di dalam kereta.

"Tak sangka Inspektor Mahmud yang tak sukakan perkara sia-sia.minat pada khabar angin ."

Kata seorang lagi Inspektor yang sedang memandu.

"Apa pulak khabar angin , benda betul tau! Ia jadi khabar angin sebab tak cukup bahan bukti. "

Kata Inspektor Mahmud .

"Yalah yalah , Apa-apa pun tuan rasa selamat ke kita ambil jalan ni?"

Kata Inspektor yang sedang memandu.

"Tenang Inspektor Sebahattin , Kalau kita nak cepat kaya dalam bidang keadilan kita perlulah bertindak dengan senyap,lincah dan paling utama sekali tiada Saksi…"

Kata inspektor Mahmud lalu meminum Kopi .

"Hahahaha"

Inspektor Sebahattin tergelak.

"Tu! Langar dia, "

Inspektor Mahmud berkata dengan muka yang tersenyum lalu memakan bertih jagung.

"Dengan senang hati ~"

Inspektor Sebahattin berkata lalu menekan padel minyak membuatkan kereta bergerak selaju 700 mete sejam.

"Mmmm?"

Inspektor Fatimah menoleh ke belakang hanya untuk melihat sebuah kereta polis berjenama proton yang bergerak laju kearahnya . Tanpa belas kasihan , Inspector Fatimah dilanggar sehingga menyebabkan badannya terbelah dua. Keesokan harinya.

"Fatimah Foo Ku Khou , berumur 45 tahun dan Berpangkat Inspektor. Punca kematian adalah badan terbelah dua akibat dilanggar dengan sesuatu yang laju. "

Detektif Siti membaca fail sambil masuk ke kawasan kejadian.

"Uish parah ni ini mesti India-mabuk punya kerja ni. "

Kata Inspektor Mahmud .

"Sepatutnya kerajaan mengharamkan arak tapi mereka mengenakan Cukai pulak, memang tak boleh jadi ni!"

Marah Inspektor Sebahattin

"Apa-apa pun kes disenarai sebagai langgar lari dan akan disiasat melalui akta jalan raya. "

Detektif Siti berkata.

"Maaf tapi saya ada sikit soalan , apa yang korang berdua buat kat sini? Bukankah korang sepatutnya menguruskan kes serbur-putih dibawah arahan Pengarah Abdulhamid ?"

Detektif Siti curiga.

"Oh~ Ho ho Kami di sini sebab ...Umm.."

Inspektor Mahmud tidak dapat memikirkan alasan.

"Sebab kami memang selalu singgah kat mamak sini dulu sebelum pergi kerja HAHAHA"

Inspektor Sebahattin berkata.

"Ha..Betul tu betul ! kami memang selalu makan kat sini .dan dah alang-alang ada tempat kejadian kat sni kami pun convoy lah mari tolong tengok-tengok kalau ada bahan bukti ketidak hahahaha"

Gelabah Inspektor.

"Baiklah…"

Detektif Siti merasakan ada sesuatu tak kena tapi membiarkan sahaja.

Pukul 3 petang .

"Aduh penat nya...Satu pagi aku periksa tempat kejadian tapi langsung tak jupa bahan bukti. "

Ngeluh Detektif Siti lalu mengeluarkan Gambar dari poketnya.

" Fatimah…"

Kata Detektif Siti sambl mengusap-usap gambar tersebut.

"ARGHHHH"

Jerit Rizky yang duduk di meja sebelah Detektif Siti .

"Eh jaket tu…"

Detektif Siti melihat Jaket Rizky lalu melihat siapa yang ada di meja sebelahnya.

"Takpa Rizky , tahun depan kau boleh cuba lagi"

Kata TQ sambil minum ais coklat.

"Haah , Tahun depan kita cuba buat yang terbaik eh kejap maksud aku lagi terbaik dari sebelum ni!"

Kata Rai sambil memotong kek.

"Ya betul cakap Korang nanti kita ulang Kaji sama-sama tau!"

Oyen berkata sambil menuang teh ke cawannya.

"Senanglah korang cakap! Aku ni mana nak faham kertas Bahasa Melayu dan kertas ujian yang lain sebab asal semua ditulis dalam Jawi?! Aku ni orang Jawa dari Jakarta mana nak faham!"

Rungut Rizky lalu menguyah Biskut coklat dengan gelojoh sekali.

"Rai dari Jepun elok sahaja dia baca Jawi."

Oyen Membalas lalu menyebabkan Rizky tersedak

"Haha Tulah lain kali makan gelojoh lagi kan dah kena!"

Gelak TG dan diburukkan lagi dengan Rai yang sama turut tergelak.

"Jahat Lah korang ni !"

Rizky merajuk .

"Oyen?..."

Detektif Siti tiba-tiba teringat akan cara bagaimana Hongfet dan Iffan mati .

Tanpa ragu-ragu Detektif Siti menyapa mereka dengan memberikan salam dan senyuman di muka .

"Wah… Dia Penutup mata lah"

Rai Kagum .

"Boleh nampak ke pakai macam tu? "

TG tertanya .

"Maaf mengganggu tapi boleh izinkan saya bertanya ?"

Detektif Siti Meminta izin .

"Boleh, Selepas kau perkenal kan dululah. "

Rizkya membalas .

"Baiklah nama saya Detektif Siti Awal Binti Pakma Alamanda. Salam Berkenalan. "

Detektif Siti memperkenalkan diri.

"Oh Detektif ya ? Makcik mesti rapat dengan Inspektor Sulung kan "

Oyen berkata dengan riak wajah kebudak-budakan .

"(Mak cik kau panggil !?) Umm...Ya bolehlah jugak. ..Hehe"

Detektif Siti berkata dengan rasa sedar yang dia sudah tua.

"Berdasarkan Jaket tu kamu mesti Rizky dari Geng Jakarta Jaya cawangan Malaysia betul tak ?"

Detektif Siti Menyoal

"Kalau macam tu kamu mesti kenal Hayan Oyen Bolkiah , Ketua Kuala Harimau . betul tak?"

Detektif Siti menambah .

"?!"

Oyen,TG dan Rai memberi reaksi.

'" Dan macam mana kalau saya kenal ?"

Rizky menjawab.

"Kalau kenal, ada mesej yang saya nak mintak awak sampaikan …"

Detektif Siti berkata.

"Hmm?"

Rizky memberikan reaksi.

" "Saya Akan Buru awak sehinga ke lubang cacing kerana didapati bersalah dalam membunuh dua orang awam yang tak bersalah lagi tak berdosa. ". "

Kata detektif Siti lalu beredar dari situ .

"Oyen.."

Rai menyapa Oyen .

"Tak bersalah ya ?...Jadi selama ni aku bunuh orang yang tak berdosa lagi suci lah ya ???*Sob*"

Oyen berkata dengan muka yang marah dibelit rasa kecewa.

"Bertenang Oyen, ini mest hanya satu salah faham yang besar mungkin dia ...dia….Umm.."

TG cuba menenangkan Oyen tapi tidak dapat memikirkan alasan .

"Sudahlah!! DIAM!! TAK GUNA TAK GUNA TAK GUNA TAK GUNA!!!!!!"

Oyen menjerit tak puas hati lalu menyumbat sepotong kek ke dalam mulutnya dengan gelojoh sekali.

"Oyen bertenang !"

Rai memeluk Oyen tetapi ditampar.

"KAKAK AKU BERKORBAN NYAWA SAMPAIKAN KAWAN DARI SAZALI PUN TURUT SAMA MATI SEKALI KORANG TAHU TAK!!!"

Oyen menjerit dan menyumbat lagi dua potong kek ke dalam mulutnya.

"Oyen…"

Rai berkata.

"Sudahlah kau ! Macam Lah kau seorang sahaja yang merana disebabkan Serbuk putih Kami juga terkesan kot! "

TG berkata lalu menampar Oyen .

"Ya betul cakap TG, Kalau bukan sebab kau yang menyatukan kami mungkin kami takkan berada disini ,bersatu dalam menjatuhkan sindiket Serbuk Putih. "

Rizky Berkata.

"Korang semua…*Sob* *Sob* "

Oyen Menangis .

"AKU MINTAK MAAF!!"

Oyen mula menangis teresak-resak . '

"Takpa kami semua faham perasaan kau "

TG berkata dengan senyuman di mukanya .

"Rai aku minta maaf…"

Oyen berkata dengan tangisan di matanya.

"Takpa aku maafkan kau dengan syarat kau mesti belanja balik kek kami tau ! , Habis semua kau rembat masa kau mengamuk tadi"

Rai berkata sambil mengembangkan mulutnya.

"Haha...Maaflah ya. "

Oyen tersengih dan semua tergelak.

"Begitu ya? "

Kata Detektif Siti yang mencuri dengar di sebalik dinding.

"Siaplah korang semua , satu hari nanti...Aku akan balas dendam dan menuntut bela atas kematian Seniour aku !!...Korang tunggulah !

Istihar Detektif Siti .

"Eh Mak cik tengah berangan ke ?"

Tegur seorang budak yang sedang bermain bola.

"EH!?"

Dan Detektif Siti pun malu seribu tahun…..