webnovel

My Reflection of You(Malay)

Seorang model yang kurang menghargai apa yang telah dimilikinya 'bertukar hidup' dengan seseorang yang tak pernah rasa dihargai.

max_murni · Général
Pas assez d’évaluations
33 Chs

Bab 3

'Tak sangka ada lagi orang yang spontaneous macam tu di dunia ni.' Dia kembali ke mejanya dengan mood yang semakin baik. Terima kasih kepada 'orang yang tak dikenalinya' tadi. Pengurusnya; Mazlan tak kembali lagi dari cuba untuk menghubungi client mereka.

'Kemana pula abang Lan ni pergi?' Lelaki tinggi lampai itu menjengahkan kepala ke arah pintu keluar selari mulai merasa berang. Amry membuat keputusan untuk menghubungi Mazlan sekali lagi sebelum membuat andaian.

"Hello, assalamualaikum; Am…"

"Waalaikumussalam… hah, kau kat mana tu? Lama dah aku tunggu kau ni." Ada nada bengang dalam suaranya.

"Ah… Am, aku minta maaflah… aku dah ada diluar ni… tadi aku try call kau, tapi kau tak angkat. Aku ingat kau dah blah bila aku nampak kau dah tak ada kat tempat tadi."

"Seriouslah… kau tinggalkan aku? Manager jenis apa kau ni?"

"Sorry, Am… tak apa; kau tunggu situ je… nanti aku minta Fuad datang ambil kau."

"So, meeting kita harini?"

"Diorang tukar date last minute sebab ada emergency kat syarikat."

"Ah, sudah…" nada hampa jelas didalam suara Amry.

"Am… aku minta maaf, tapi kau sabar kejap ya? Fuad dah on the way pergi sana tu."

"Hah, yalah… suka hati kaulah… Aku tunggu disini saja…"

"Eh?"

'Pelik… kenapa dia bunyi macam tenang saja? Tak macam selalu; kalau tak, mahu satu restoran tu bergema dengan suara dia tengking aku.' Mazlan pelik dengan reaksi modelnya yang selalunya akan mula menengkingnya jika kesilapan sebegini terjadi sebelum ini; tapi kali ini tampak tenang dari biasa.

"Kenapa pula dengan kau ni?" Lelaki itu menegur pengurusnya yang tiba-tiba senyap dihujung talian.

"Ah, tak ada apa-apa… kau jaga diri sementara Fuad nak sampai, ya? Assalamualaikum.."

"Pandai-pandailah aku, Hmm… waalaikumussalam…" Amry meletakkan telefonnya ke atas meja setelah mematikan panggilan tadi sebelum memanggil pelayan untuk mula memesan makanan.

Tak jauh dari meja Amry;

"Omar ni bila nak kahwin?" Aku melihatkan reaksi abang Omar apabila dia hampir tersedak dengan soalan yang dilontarkan oleh mak secara tiba-tiba.

"Eh? Kenapa tiba-tiba ni, Mak? Kan abang Amier pun tak kahwin lagi? Saya nak tunggu abang dulu…"

"Kamu dah ada calonkah?" Giliran abang Hakimi pula mengusik.

"Hah? Apa pula ni?" Abang Omar menjelingku bagai meminta tolong untuk aku mencelah; aku cuba memikirkan apa-apa yang patutku tolong sebelum abang Amier mulai mendekatiku.

'Eh?'

"Esok kau nak pergi mana-manakah? Aku nak keluar; kau nak temankan aku?"

"Keluar?"

"Shhh… tak payahlah cakap kuat-kuat…" marahnya dengan nada yang rendah.

"Ah… boleh juga; nanti Mia cakap dengan ayah dulu…"

"Hmm…" jawabnya ringkas sebelum kembali menjamah hidangan didalam pinggannya. Dia mulai berperangai pelik sejak 2 tahun dulu; anginnya kadangkala aku tak boleh nak jangka.

Kadangkala, baik… kadangkala macam orang tengah angau, kadangkala tu macam singa; nak marah orang saja kerjanya. Aku melepaskan keluhan yang terasa agak berat selari melemparkan pandanganku jauh ke meja berhadapan denganku. Aku lihat ada seorang lelaki berhud merah duduk menghadapku sedang menikmati makan malamnya sendirian sambil headphone ditelinganya; dia tampak biasa dimataku.

'Eh? Macam aku pernah tengok lelaki ni… tapi, dimana?' aku mengerutkan dahiku selari merenungnya dari jauh; cuba untuk mengenal pasti lelaki itu sebelum dia tiba-tiba mengangkat kepalanya. Mata kami bertentangan buat beberapa saat sebelum aku tersedak kerana terkejut dengan insiden itu.

"Uhuk! Uhuk!"

"Mia! Cuba jangan gelojoh bila makan tu! Nah, minum air ni…" marah mak yang duduk menghadapku selari menghulurkan gelasku dengan segera.

"Itulah! Apa yang diingatkannya tu…" sambung abang Hakimi pula; ayah hanya menggelengkan kepalanya melihatkan keadaan itu.

"Sorry…" akhirnya aku dapat bersuara selari cuba mengintai reaksi lelaki tadi; kalau-kalau dia perasan apa yang baru terjadi.

'Eh?' Dia telahpun hilang dari pandangan tika itu; mungkin dia baru saja meninggalkan restoran itu.

'Baru ingat nak cuci mata… hmm... buat malu saja…' aku memuncungkan mulutku selari menghabiskan hidangan dipingganku yang mulai sejuk.

Pada masa yang sama;

"Pfft…" Amry cuba menahan tawanya selari teringat akan peristiwa tadi.

'Tak sangka hari ni aku jumpa dua orang yang buat mood aku baik.' Lelaki itu tersengih sendirian selari melontar pandangannya keluar tingkap.

"Encik Amry okay?"

"Ah… okay…" Teguran Fuad membuatkan Amry kembali ke alam nyata; terasa kekok sebentar.

"Maaflah sebab abang Lan tadi; dia ada emergency, kakak kami tiba-tiba pengsan. Tu yang dia terus balik tu; maaflah…" Kata-kata adik Mazlan; Fuad membuatkan lelaki itu agak terkejut pada mulanya. Terlintas dihatinya untuk bertanyakan lebih perihal itu; tapi ditahannya rasa ingin tahu itu apabila teringatkan pesanan ibunya.

'Jangan terlalu ambil berat perihal orang bawahan; nanti kebaikan tu akan digunakan untuk jatuhkan kita.' Amry mengetap bibirnya selari cuba menenangkan hatinya.

"Hmm… kau hantarkan aku ke rumah aku terus; lepas tu kau boleh balik."

"Baik…" Patuhnya tanpa sebarang bantahan.

Keesokkannya harinya;

'Agaknya siapalah lelaki semalam tu, ya? Kenapa nampak macam familiar sangat?' Aku termenung selari bersiap untuk keluar dengan abang Amier pagi itu.

"Tok! TOk!" ketukan dipintu mengejutkan aku seketika sebelum suara abang bergema diluar.

"Nak ikut tak, ni?"

"Ah, Ya! Kejap!" Aku pun dengan tergesa-gesa mencapai beg tanganku selari meluruu ke pintu keluar; abang Amier telahpun menungguku dengan reaksi tak puas hatinya.

Sepanjang perjalanan kami, abang hanya mendiamkan diri; membuatkan aku menjadi kekok dengan keadaan itu.

"Abang, kita nak pergi mana ni?"

"Kau ikut sajalah…" aku terdiam dengan jawapannya; kami memasuki ruangan pusat membeli belah yang tampak ekslusif; terutamanya bagiku yang begitu janggal dengan dunia luar.

'Nak pergi mana ni? Abang ada date kah? Lain macam saja tempat ni…' aku merenung wajah abangku yang dari tadi kelihatan serious menumpukan perhatiannya pada jalan dihadapannya tanpa sebarang reaksi.

"Kau lapar kah?"

"Lapar juga, kenapa? Abang nak belanja?"

"Akulah kena belanja; kalau nak harapkan kau, memang tak makanlah kita." Selamba saja nada yang dilontarkan abang tatkala menjawab pertanyaanku tanpa sebarang reaksi.

'Aku kena bahan lagi…' Aku melepaskan keluhan kecil selari menjeling ke arah luar tingkap kereta yang dipandu abang; lantas satu bunting menarik perhatianku.

'Ujibakat mencari model baru? Benda ni kah yang abang nak pergi tengok tu? Buat apa pula dia nak pergi ujibakat model? Nak cuba nasib? Buang tebiat apa, abang aku seorang ni? Mahu diperhambat dengan bapak aku kalau dia tahu pasal hal ni.' Aku terkekeh sendirian dengan monolog yang bermain di fikiranku tika itu.

"Yang kau ni dah kenapa pula? Lapar sangat sampai naik gila?"

"Apa pula? Bukanlah… tu… diorang ada buat uji bakat jadi model disini." Aku menunjukkan ke arah bunting yang terpampang di sekeliling tempat letak kereta itu selari dia memakir kereta kami.

"Dah kenapa dengan kau ni; teringin nak jadi model pula? Lakukah? Tangkap gambar selfie pun pun tak berani… ada hati."

"Bukan Mia lah… Mia agak abang datang sini sebab benda tu." Nampak seperti tekaanku kali ini tepat mengena sasaran apabila abang hanya terdiam lantas menyuruhku keluar mengekorinya.

'Betullah tu… tapi kenapa?' dari terus bertanya kepadanya; yang aku tahu sia-sia kerana dia takkan menjawab dengan jujur, aku mengekorinya secara senyap. Kami tiba di satu restoran; dia terus memesan makanan kami dan beberapa kali membelek telefonnya sebelum meninggalkan aku disitu sendirian.

"Kau makan dulu, nanti aku datang balik."

"Abang nak pergi mana?"

"Kejap saja… kau makan dulu, okay? Nanti aku datang balik."

"Tapi abang…" Belum sempat aku menghabiskan ayatku; abang Amier telah pun beredar dari situ dengan tergesa-gesa.

'Apa yang dikejarkan abang tu? Kenapa nampak cemas sangat?' Perasaan ingin tahuku mulai membuak-buak tatkala melihatkan reaksi abang tadi; lantas aku ingin bangun dari situ, tapi terhenti apabila teringat akan apa yang bakal terjadi kalau abang tahu aku tak ikut cakap dia.