'Baiknya hati dia!' aku tersengih sendirian di atas katil dalam kamarku selari teringat akan ayatnya yang penuh dengan perasaan kesal tadi.
"Saya... tak pernah menipu mama saya sebelum ni... jadi, saya tak naklah menipu mak awak pula... sedangkan mak awak layan saya dengan ikhlas sekali...rasa bersalah pula..." dia menundukkan kepala dariku dengan reaksi penuh kesal; membuatkan jantungku berdegup makin laju ketika.
"Ni, kalau Kak Qiera dengar, mesti dia cair! Aku pun cair! ?!??!" aku bersuara sambil menakup mulutku yang masih tersengih sejak tadi sebelum tersedar.
'Apahal dengan aku ni? Itu, abang aku; kot! Mana boleh aku jatuh hati dengan dia? Tapi...secara teknikalnya...dia bukan abang aku...Cuma luaran saja abang aku, kan? So, tak salah kalau aku su...kakan dia? Sebab yang aku sukakan tu, Amry...bukan Amir..., kan? Tak kira berdosa, kan?' aku bermonolog dalam hati sambil menggaru kepalaku yang tak gatal; pandanganku masih kulayangkan ke arah siling yang terbentang luas di atasku.
"ARGHH!!!" aku menghempaskan bantal ke mukaku selari menjerit sekuat hati untuk menggelamkan bunyi suaraku itu sebelum perlahan-lahan menarik kembali bantal turun dari wajahku.
'Apa nak jadi ni? Aku harap sangatlah semua ni akan pulih cepat sebelum masalah lain pula yang timbul nanti...' sekali lagi aku melepaskan keluhan yang terasa makin berat sebelum menarik selimut menyelimuti keseluruhan tubuhku lalu perlahan-lahan terlena dek kerana keletihan yang ku tanggung sejak pagi tadi.
Keesokkan paginya;
"Pagi, mak; ayah..." aku terus masuk ke ruangan makan sambil melontarkan sebaris senyuman penuh keceriaan.
"Selamat pagi... hai, berseri-seri anak dara mak pagi ni? Nak ke mana tu?" tegur mak; membantut kakiku dari terus melangkah dan terus berdiri disitu sambil tunduk memerhatikan pakaianku sendiri.
"Eh? Mana ada... biasa sajalah... Am... Er... Abang Amier nak ajak Mia keluar pagi ni..." terangku sambil sesekali aku menjeling ke arah ayah yang masih membelakangi aku di meja makan itu.
"Oh, patutlah bersiap..." Mak menjelingku sekali lagi sambil tersenyum.
"Nak kemana pula, pagi-pagi ni?" suara ayah yang tiba-tiba kendengaran membuatkan aku terdiam.
"Hah? Er...?!?!" terus kaku aku disitu; sebelum Amry tiba-tiba muncul disebelahku.
"Am ingat nak ajak Mia temankan Am berjumpa dengan kawan Am sekejap, ayah."
"Ka..wan? Kawan lelaki ke, perempuan?" sekali lagi nada ayah membuatkan aku makin tunduk.
'Eh? Kenapa pula ayah tanya macam tu?'
"..."
"Kawan Am kan ada lelaki dan perempuan, ayah...lagipun, Am nak berjumpa dengan dia pasal kerja yang dia pernah janjikan pada Am dulu." Nadanya kontra dengan nada tegas ayah tadi, lebih tenang dan terkawal.
"Kalau pasal kerja, tak perlulah kau nak sibuk bawa adik kau ni sekali."
"?!!?" sekali lagi ayah bersuara dengan bersahaja; kali ini Amry juga terdiam.
"...."
"...yang kau nak bawa dia keluar, kehulur ke hilir tu; nak buat apa?"
'Nampak gayanya...tak jadilah aku nak ikut ni...' melepasan keluhan yang terasa berat, aku bersedia untuk melangkah kembali ke bilik untuk menukar baju apabila langkahku terhenti saat tanganku digenggam lelaki yang persis abangku ini.
"?!?!"
'Amry?' secara spontan aku mengalihkan pandanganku padanya dengan perasaan keliru.
"Tak apalah ayah... lagipun, Amier sekali sekala nak juga keluar dengan adik sendiri... takkanlah itu pun salah?" sebaris senyuman kulihat terbit dibibirnya selari dia memandangku.
"Aku tak kata pun salah... hm...yalah, bawalah dia keluar; tapi jangan balik lambat sangat, faham? Jaga adik kau tu." Bagai telah putus asa untuk bertelagah lagi, ayah kedengaran bersuara dengan lagak spontan tanpa sekalipun mengalihkan pandangan ke arah kami berdua yang dari tadi tercongok dibelakangnya itu.
"Insyallah, ayah." Perlahan jawapan yang keluar dari mulut Amry ketika itu dengan lagak yakin; sebelum ayah bangun dari meja makan dan teru ke ruangan tamu untuk menonton televisyen.
"...." aku terdiam mendengarkan ayat yang keluar dari mulut bapaku itu lantas mengalihkan pandangan ke arah lelaki yang masih memegang tanganku ini dengan perasaan keliru.
"Dah, apa yang tercegat lagi tu? Duduklah... makan dulu, lepas tu; baru pergi."
"Hah?? Er..ya, mak..." aku terdiam sambil tersenyum sendiri.
"Baik, mak." sambutnya pula selari mula mengambil tempat dimeja makan bersebelahan denganku.
"..." aku terdiam apabila kami masuk ke dalam perut teksi yang dipanggil Amry awal tadi.
'Nasib baik dia panjang akal sikit pagi ni..kalau tak, mahunya aku tak jadi keluar hari ni..' sempat lagi aku mengomel dalam hati selari melayangkan pandangan ke luar tingkap sisi sedang Amry duduk ditempat duduk penumpang hadapan.
"Kita nak keman ni, Am?"
"Kita jumpa dengan Amier dulu...kemudian, kita bincangkan pasal 'kerja' yang saya sebutkan pada ayah tadi."
"Ker...ja? Maksud awak, 'kerja' tu wujud? Awak bukan sengaja reka sajakah, tadi?"
"Itu rancangan spontan saya sebenarnya...tapi, bila difikirkan balik; saya rasa baik kalau kita wujudkan jawatan tu..."
"Kita? Tapi...macam mana?"
"Sebab itulah kita perlu berjumpa dengan abang awak tu...kita perlu pujuk Amier untuk yakinkan Mazlan supaya ambil saya bekerja untuk selalu dekat dengannya."
"Ah...tapi, awak rasa abang tu.."
"Insyallah, Mia... saya rasa dia akan terima cadangan saya ni...lagipun, dia pun tahu "
"..." aku mendiamkan diri sambil kembali melayangkan pandangan ke luar tingkap dengan perasaan yang makin berbelah bagi.
'Entah apalah yang bakal terjadi nanti....aku harap, semuanya akan berjalan lancar.'