webnovel

My Reflection of You(Malay)

Seorang model yang kurang menghargai apa yang telah dimilikinya 'bertukar hidup' dengan seseorang yang tak pernah rasa dihargai.

max_murni · Général
Pas assez d’évaluations
33 Chs

Bab 21

"...." aku menjelingnya dengan sebaris senyuman sinis apabila kini hanya tinggal kami berdua diruang tamu itu.

"Apa?" ternyata pendanganku membuatkannya berasa kurang selesa lantas menjelingku kembali.

"Boleh tahan berbakat juga awak ni, ya? Sampaikan abang dan mak sekali kena tipu dengan awak? Kenapa masa awak jadi Amry dulu, awak tak gunakan bakat tu sepenuhnya?"

"Janganlah panggil menipu...saya rasa bersalah bila teringat kan mak awak tadi..."

"Saya tak rasa awak bersalah...lagipun, situasi kita sekarang perlu untuk kita menipu, kan?"

"Tetap...saya rasa bersalah sebab nampak betapa mak sayangkan abang awak tu."

"Walaupun mak cuba sembunyikan dari kami, kami semua perasan yang abang Amier dan abang Omar; anak kegemaran mak sejak dulu lagi... Abang Hakimi pula...anak kegemaran ayah...sebab tu dia dominan lebih dari kami semua."

"Macam mana pula dengan awak? Awak anak kegemaran siapa pula?"

"Eh? Er... Entah...manalah saya tahu...mungkin, kucing saya? Pfft...dahlah, awak duduk dulu, saya nak pergi tengok mak didapur tu...nanti kalau abang tahu saya lepak dengan awak didepan ni, lagi kuat bebellan abang Omar tu nanti.." kataku selari cuba mengawal nada suara supaya tak didengari mak dari dapur; sengaja aku bangun dari situ dan mengubah topik perbualan kami untuk melarikan diri darinya sambil mula melangkah dengan hati yang terasa berat.

'Aku tak patut tinggalkan dia maca m tu...tapi, aku tak tahu nak jawab apa...' dengan perasaan serba salah yang membuak-buak, aku melangkah laju menuju ke ruangan dapur tanpa menoleh ke arah lelaki yang menyerupai abangku itu langsung.

"...." Amry terdiam sambil matanya masih menghala ke arah Mia yang kni telah pun hilang masuk ke ruangan dapur.

'Kau rahsiakan sesuatu, kan?... ?!?!' lantas lelaki itu tersedar dari lamunan sendiri dan mengalihkan pandangannya ke depan pula.

"Kenapa pula aku nak sibuk pasal dia? Ada benda yang lebih penting yang perlu aku fikirkan sekarang...?!?!" dia cuba menukar topik dalam fikirannya sebelum disapa Hakimi yang tiba-tiba muncul dan duduk disisinya dengan lagak selamba.

"Apa yang penting sangat tu?"

"Eh? Abang Hakimi?"

"Hmm...akulah...kenapa kau nampak terkejut sangat bila nampak aku? Kau dah lupakan aku balik?" ayatnya penuh dengan nada sinis.

"Eh, taklah.. saya cuma..."

"So, memang betullah; kau tak ingat apa-apa ni?"

"Hah?"

"Kau tak ingat yang kau ada hutang dengan aku sebelum ni?"

"Hu...tang?" Amry memberikan pandangan curiga kepada Hakimi.

'Amier ada hutang dengan abang diakah?'

"Abang! Apa yang abang buat ni? Bila masa pula abang Amier ada hutang dengan abang? Abang Hakimi yang ada berhutang dengan dia, kan?" suara Mia yang datang dari arah dapur menarik perhatian kedua lelaki itu kepada gadis yang kini menghampiri dengan sedulang minuman dan kuih sebelum meletakkannya di atas meja berhadapan mereka.

"Eh, sibuklah kau ni; Mia...aku baru nak test si Amier ni kalau-kalau kedekut dia ada effect sebabkan amnesia ni." Aku menjeling abang Hakimi dengan perasaan tak puas hati; memang sejak azali lagi aku tahu abang Hakimi suka mencari pasal dengan abang Amier dek kerana abang Amier selalu menjadi kegemaran mak selama ini.

"Yalah tu...macamlah Mia tak kenal dengan abang Mia sendiri. Dari dulu lagi abang Hakimi sibuk nak kenakan abang Amier, kan?" aku mengambil tempat duduk diantara abang Hakimi dan Amier secara spontan selari masih menjelingnya.

"Dahlah, malas aku nak layan kau ni; Mia... kau pun jangan rapat sangat dengan budak ni; dia ni kaki bodek, tahu?" sempat lagi dia mengusikku sambil menjuihkan bibirnya ke arahku.

"Abang!"

"Apa yang bising sangat tu, Mia, Hakimi? Kan Amier tu tak sihat... " ternyata suaraku tadi kedengaran agak nyaring dari selalu; menarik perhatian mak dari dapur.

"Abang Hakimi ni, mak; sengaja kacau abang Amier!"

"Hish!...?!?!" Seperti ingin memukulku; dia terhenti apabila terdengar nada dering datang dari poket seluarnya; ternyata itu adalah panggilan dari kakak iparku.

"Pergilah... tu, bini abang dah call suruh balik rumah."

"Sibuk!"

"Pergilah!" sempat lagi dia mengherdikku sebelum bergegas menjawab panggilan telefon itu.

"..." dari sisi, Amry hanya duduk membatukan diri sambil menyaksikan 'drama' tadi.

"Sorrylah...abang Hakimi memang macam tu..."

"Pfft...awak memang macam ni dengan abang-abang awak?"

"Hah? Er...ya? lebih kuranglah...tapi, selalunya saya yang akan menjadi bahannya... maaflah kalau semua ni macam baru bagi awak."

"Tak apa...memang saya agak terkejut, tapi; saya akan biasakan nanti...?!?!"

"?!?!"

"Assalamualaikum..." suara garau yang datang dari arah pintu depan mengejut kedua aku dan Amry ke arahnyaa; aku terus bangun apabila terlihat kelibat aya berjalan masuk keruangan itu.

"Waalaikumussalam...hah, abang dah balik?" kontra dengan wajah ayah yang mencuka, mak menyambut ayah dipintu depan dengan sebaris senyuman manis sambil menghulurkan tangan bersalaman.

"Hmm...kau dah balik, Amier?" satu jelingan dilayangkan tanpa sebarang reaksi kepada lelaki yang kini turut berdiri di sebelahku ini.

"Er...y..ya...ayah..." bagai faham akan sifat semulajadi ayah yang agak dingin, Amry menjawab dengan teragak-agak; membuatkan aku berasa agak khuatir pula.

"A...ayah, abang Amier sebenarnya..." dengan perasaan risau yang makin membuak tadi; takut kalau keadaan akan menjadi makin keruh, aku mula bersuara lagi.

"Kau tak ingat apa-apa? Hakimi dah beritahu aku tadi..."

"Eh? Ayah jumpa dengan abang Hakimi? Bukan, abang Hakimi dirumahkah seja tadi? Sejak bila pula..."

"Itulah, orang tua tengah bercakap, jangan menyampuk."

"?!?!" aku tertunduk diam; terasa wajahku mulai hangat dek kerana malu dengan teguran ayah tadi.

"Hakimi telefon aku tadi; dia dah beritahu semuanya."

"Ah...patut pun...dia baru saja balik tadi, katanya Sofia telefon."

"Hmm...asal aku balik saja, mesti dia pun nak menghilang. Kenapa, dah tak suka nak jumpa aku lagi?"

"...." nadanya kedengaran agak hiba; memang boleh ku agak betapa kasihnya ayah pada abang Hakimi, beza betul dengan layanannya kepada anaknya yang lain.

"...."

"Abang, mungkin dia ada hal... siapa tahu; kan? Dahlah....abang dah makan? Saya ada masak bubur kacang kegemaran abang tu; jom makan?"

"Hmm...boleh juga...kau ni pun, Mia; bila kau nak cari calon? Kau tu bukannya muda lagi, tahu?" dengan tak semena-mena, aku pula yang 'diserangnya' dengan soalan-soalan tanpa sebarang 'tapisan' dan terus terang sekali; membuatkan aku terus diam terkebil-kebil disitu.

"Abang, dah lah tu...nanti naik lagi darah tinggi abang tu." Seperti biasa; mak menarik tangan ayah untuk 'menyelamatkan' aku dari dibebel ayah tanpa tujuan lagi

"...." aku hanya mendiamkan diri sambil mengumam perasaan sendiri; entah kenapa setiap kali aku terdengar amarah dan emosi negatif dari ayah, aku sendiri akan menjadi agak 'moody' dan terkesan walaupun aku tahu setiap herdik dan kata kasarnya hanyalah semata-mata untuk kebaikan ku sendiri.

"..."

'Baik aku pergi recharge dulu...' detik hatiku selari terus bergerak dari situ tanpa berfikir panjang.

"Awak okay?"

"Hah? Er...ya...saya okay; saya tak apalah...awak duduklah dulu...saya nak masuk bilik sekejap." Aku tersentak apabila tanganku di capai Amry dengan lagak bersahaja; mungkin kerana rupa luarannya tampak seperti abang, aku tak kekok dengan sentuhannya sebelum perlahan-lahan aku melepaskan genggamannya.

"Mia?" langkahku terbantut lagi selari aku mengalihkan pandangan kepadanya masih cuba menyembunyikan perasaan sebenarku dari tertampak diluar..

"Ya?"

"Awak...betul-betul tak ada apa-apa?"

"Y...ya! janganlah risau...saya cuma nak masuk bilik sekejap, okay? Kejap lagi saya turun balik...awak makanlah dulu dengan ayah dan mak." Bohongku lagi; kali ini melayangkan sebari senyuman yang terasa kian kelat.

"O...kay." jawapan perlahannya bagaikan 'cue' untuk aku bergerak dari situ menuju ke ruangan tangga sebelum naik ke bilik.

'Mia...'

"Hai, mana si Mia tu? Bukan tadi dia duduk dengan kau?"

"Er...ya; Mia ke bilik sekejap...katanya ada kerja, kejap lagi turunlah tu."

"Hmp...pantang ditegur; tegur sikit, merajuk!"

"Am tak rasa..."

"Kalau kau nak tahu, adik kau memang macam tu; baguslah kalau kau amnesia ni...tak adalah kau kena ingat perangai dia tu."

"...." makin hiba hati gadis itu selari diam memunculkan diri disitu dengan langkah berat; bagai terpaksa.

"..tapi ayah...?!?!" matanya terbeliak apabila kelibat Mia muncul diruangan makan itu; lantas Amry terdiam.

"Hah, dah turun? Ingat kau nak duduk diatas tu sampai esok..."

"Duduk makan, Mia..." perlahan pelawan ibunya.

"Ya, mak...terima kasih..." senyuman kelat dikuntumkan sebagai topeng akan perasaan sebenar yang dirasakan dalam hati selari dia duduk berhadapan Amry sambil menundukkan wajah.