webnovel

Khalida Esmeray

2.

Bermula kerja dari intern iaitu di umur 21 tahun, Khalida diserap masuk kerja selepas tamat internship. Dari jawatan sebagai staf biasa kepada team leader, kebolehan yang dimiliki oleh Khalida telah membuatkan Khalida terus dilantik menjadi Chief Markerting Officer (CMO) terus di Syarikat Acme Corp iaitu sebuah bisnes produk terbesar HP dan Ebae. Sementara Grey bekerja sebagai branch manager Acme Corp tetapi berada di bangunan lain tetapi induk yang sama. Khalida sendiri yang mendapatkan pekerjaan itu untuk Grey setahun selepas mereka berdua berkahwin.

Khalida Esmeray dikenali sebagai seorang yang sofistikat yang tidak mudah ambil hati namun pedas ketika berkata-kata. Seorang yang sarkatik tetapi lemah lembut pada masa yang sama. Walaupun penampilannya kelihatan bersahaja dan sering tersenyum, Khalida dalam diam merupakan seorang yang mempunyai karakter serius dan tetap pada pendirian. Dia hanya mesra dengan orang yang dia rapat, dan serius jika di hadapan orang lain terutama sekali para pekerjanya. Kini sudah masuk 10 tahun Khalida berada di syarikat Acme Corp. Menjadikan dia sebagai orang kuat dan punca nama baik syarikat tersebut.

Pagi nan indah dengan cuaca berlangit yang terang dan mendamaikan. Matahari bagaikan menyambut kehadiran Khalida di Acme Corp. Bersama senyuman di bibir, lengangnya diperhatikan beberapa pasang mata sambil memberi anggukan kecil menyapa staf yang tersenyum dan memberi ucapan selamat pagi kepadanya.

            "Selamat pagi Puan Khalida.."sapa pembantunya, Aida Gallo yang turut tersenyum mesra.

            "Selamat pagi...Ada apa-apa schedule baru untuk I ke?"

             Gadis berumur 28 tahun itu pun tunduk membuka binder lalu di selak beberapa muka surat. Kemudian dia memeriksanya lantas mengangguk. "Jam 8 pagi nanti puan ada mesyuarat dengan Tuan Ericson di pejabat beliau."

              "Meeting?"

              "Ya puan. Bersama dengan Tuan Ericson dan Encik Hyungmin."

              "Tentang apa?"Khalida sedikit bingung. Seingat dia mereka sudahpun beri kata putus mengenai projek bulan lepas. Takkan la masih hendak dibahaskan lagi?

              "Staf baru."

Terus berlipat dahi Khalida. Kenapa kena libatkan dengan dirinya sekali?Bukan ke itu semua urusan HR dan admin. Matanya terpandang akan cawan berisi kopi dan sandwich di dalam beg kertas kecil atas meja Aida.

              "Puan dah breakfast?Jom la makan sekali dengan saya."

              "It's okay. You makanlah. I dah sarapan dengan husband I dekat rumah."ujar Khalida dengan sopan.

Aida sekadar tersenyum nipis.

              "Oh ya...bagaimana dengan permintaan I hari tu?You dah siapkan semua preparation anniversary I?"

Hari Isnin semalam Khalida ada minta Aida bantu dia untuk carikan restoran dan sediakan hadiah buat makan malam annivesarynya. Dia sempat lagi memilih satu set neck tie dan seutas jam tangan branded untuk Aida sediakan memandangkan dia sendiri terlalu sibuk untuk uruskannya sendiri.

              "Sudah puan. Semuanya telah diatur mengikut tarikh dan waktu yang puan minta. Hadiah pun telah siap disediakan. Saya akan berikan kepada puan pada sehari sebelumnya."Aida tersenyum lebar saat mengangguk kepala.

Oleh kerana Aida kenal betapa terperinci dan teraturnya Khalida, dia sentiasa memastikan semua kerja yang Khalida arahkan kepadanya di laksanakan sesempurna yang mungkin bagi memastikan bosnya ini berpuas hati.

             "Bagus kalau begitu. Nanti you ingatkan I semula ya. Takut I lupa pulak.."

              "Baik puan."Aida mengangguk. Faham benar dia yang Khalida kadang-kadang pelupa juga orangnya. Tambah-tambah apabila Khalida sudah tenggelam dengan dokumen dan meeting yang padat dalam jadual harian. Memang mudah terlupa la jawabnya.

              "Terima kasih."balas Khalida dan berlalu ke arah pintu pejabatnya.

Aida di situ sekadar memerhatikan langkah Khalida. Baginya mempunyai seorang atasan yang baik dan bertimbang rasa seperti Khalida cukup menyenangkan dia. Cuma itu la, dia bersimpati dengan kisah Khalida yang mempunyai rakan sekerja yang tidak sealiran dengannya Khalida. Ramai staf di syarikat ini tidak menyenangi Khalida. terutama sekali staf wanita.

Pada masa Khalida belajar, dia telah berkawan baik dengan Raylan Boone sama jurusan dengannya, anak kepada pemilik syarikat Acme Corp. Disebabkan Raylan juga la Khalida dapat intern di situ. Sejak itu mereka berdua berkawan baik. Tetapi soal kerja semuanya atas usaha Khalida sendiri. Tiada masuk campur tangan Raylan langsung. Namun anggapan staf di situ berpendapat, Khalida mendapat jawatan besar dan menjadi kegemaran semuanya kerana Raylan.

Kerana itu Khalida sering menjadi buah mulut staf wanita. Sama ada digosipkan atau dikutuk semuanya ada. Malah difitnah sehingga hampir dibuang kerja pun ada. Tetapi telah dipertahankan dengan Raylan dan lelaki itu yang memastikan kedudukan Khalida di syarikat terjaga selama ini.

Tidak lepas juga dengan staf lelaki di situ. Oleh kerana Khalida seorang wanita, kebanyakan staf lelaki di situ agak anti setiap kali Khalida beri arahan atau mengarahkan staf lelaki melakukan itu dan ini. Semua ni kerana mereka merasakan orang perempuan tidak layak menjadi ketua atau memegang jawatan besar apatah lagi mengarahkan mereka. Sepatutnya lelaki la yang menjadi ketua dan memimpin. Bukan orang perempuan.

10 tahun Khalida di situ, selama itulah Khalida menghadap perkara remeh temeh itu. Dan ianya sedikit pun tidak membuatkan Khalida mengalah. Bagi dia semakin besar tanggungjawab yang digalas semakin besar cabaran yang akan mendatang. Malah apa yang berlaku itu mengajar dia untuk jadi dewasa dan berfikiran matang.

Talian telefon yang berbunyi menyentak lamun Aida yang sedang leka termenung.

            "Acme Corp, selamat pagi..boleh saya bantu?"

            "Hah...helo!Ni ibu mentua Khalida Esmeray. Boleh sambungkan saya kepada dia?"kasar saja suara pemanggil dalam gagang tu.

Aida terdengar suara kasar Puan Emilia terus menurut permintaan wanita itu tanpa banyak soal.

Baru sahaja menarik kerusi keluar dari bawah meja, Khalida cepat-cepat mengangkat gagang apabila telefon di atas mejanya berbunyi.

              "Puan Khalida, ini ada panggilan dari Puan Emilia."

              "Hmm...okey."mula dah ni!Khalida henyak punggung ke kerusi sambil bersedia menerima panggilan dari ibu mentuanya.

              "Reti pulak kamu nak terima panggilan mama....sibuk sangat ke?"

               Khalida mengerling ke mejanya yang penuh  dengan fail-fail yang berisi dokumen penting. "Ya mama... ada apa-apa yang mama perlukan?"dari awal perkenalan bersama Grey, ibu mentuanya memang tidak suka padanya kerana dia berasal dari keluarga biasa yang tiada nama. Sehinggalah telah berkahwin. Ibu mentuanya ini masih juga bersikap dingin dan sinis kepadanya. Sudah pelbagai perkara Khalida lakukan untuk mengambil hati mentuanya, tetapi satupun tiada hasilnya.

              "Ni...kamu jangan lupa pula. Malam ni balik ke rumah mama. Makan malam bersama kami."

             "Saya tak boleh janji mama..."kenapa la suka buat pelan mendadak tanpa beritahu awal-awal?Sudahlah dia perlu hadiri meeting lewat petang nanti. Dia sendiri tidak tahu jam berapa baru selesai.

              "Jangan nak banyak mengelak. Bila mama kata balik ke rumah mama, balik ke rumah mama. Beritahu Grey sekali. Sudah sebulan kamu suami isteri tidak balik jenguk kami di sini.."tambah Puan Emilia lagi.

             Bersama muka berserahnya, Khalida akur. Dia mengangguk sambil menjawab. "Baik mama. Saya cuba mana yang boleh. Tapi saya tak janji saya boleh datang lebih awal."

Agaknya Grey tahu tidak tentang makan malam ni?

Khalida meletakkan gagang telefon sebelum melepaskan hela panjang kekesalan. Entah apa lagi tujuan ibu mentuanya panggil balik ke rumah?

Entah-entah hendak meminta wang atau paling tidak mengutuk dirinya lagi.

Haih....