"Tank noob! Sepupu perempuan aku dan aku telah terjumpa bos Perak Kelabu! Kami berdua telah mengalahkannya! Nyehehehe! Kau tahu tak apa maksudnya? Kami tidak perlukan kau lagi! Hahahaha!" Tawa Wei Yan Er yang comel kedengaran melalui pesanan suara.
Sejak kemunculan bos-bos Emas Kuning, hampir semua bos Perak Kelabu nampak lemah. Sebenarnya, ia seperti tahap kesukaran yang sama, cuma pemain yang sudah semakin kuat! Kedua-dua wanita ini tahu betapa bangganya jika mereka mempunyai pencapaian yang bagus. Ketika Zhang Yang sedang menghabiskan masa dengan Stigma, Wei Yan Er dan Han Ying Xue telah menyedari yang mereka mampu mengalahkan bos Perak Kelabu tanpa perlukan tanker!
Mereka semestinya tidak akan mendapat peluang ini jika mereka masih berada di Tahap 30.
Walaupun begitu, bagi Wei Yan Er, seorang berserker yang mampu "tank" bos Perak Kelabu dan bertahan pertarungan ini, ia semua disebabkan bantuan daripada Han Ying Xue!
Soutenez vos auteurs et traducteurs préférés dans webnovel.com