webnovel

MMORPG: Kelahiran Semula Pelindung Legenda

Pheonix ialah makhluk legenda, satu keajaiban dunia, gambaran kehidupan dan kemusnahan. Makhluk kisah dongeng ini menandakan kebangkitan seorang hero dalam dunia maya di mana pertempuran berlaku demi kehormatan dan kemuliaan! Zhang Yang ialah seorang pemain dalam permainan yang pertama dan terbaik merevolusikan dunia: Keajaiban Tuhan. Permainan di mana pengetahuan tradisional tentang RPG tidak penting lagi, pemain perlu mensasarkan dan mengelak serangan secara manual. Menimbulkan jurang yang ketara dalam kemahiran antara pemain profesional dan amatur. Kejatuhan Zhang Yang datang terlalu cepat. Teman wanitanya dirampas, kesatuannya diganggu dan dibubarkan, dan juga didorong untuk membunuh diri! Terjun turun dari tingkat atas hotel, Zhang Yang berasakan dia sedang terbang seperti phoenix. Apa yang dia tidak tahu, pengakhiran hidupnya menandakan kebangkitan dia dari abu! Zhang Yang was a professional gamer in the first and most fantastic game that revolutionized the world: God’s Miracle. A game where traditional knowledge in RPGs did not matter anymore, players would have to manually target and evade attacks, giving rise to a significant gap in skill between a professional and an amateur gamer. Zhang Yang’s downfall came a little too soon. His girlfriend was snatched, his guild was harassed and disbanded, and he was even driven to commit suicide! Jumping off the top floor of a hotel, Zhang Yang seemed as though he was soaring like a phoenix. Little did he know that the end of his life also signified his rise from the ashes!

Flying Alone · Jeux
Pas assez d’évaluations
856 Chs

Kerajaan Labah-labah

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Namun, memang sia-sia sahaja untuk berasa gentar sepanjang masa. Zhang Yang tidak pernah memandang rendah pihak lawannya. Dia juga tidak gentar pada mereka yang juga kuat. Sebaliknya, Zhang Yang begitu yakin yang dia akan dapat menewaskan pihak lawannya selagi mereka sama tahap dan peralatan dengannya.

Lagipun, tahap dan Peringkat peralatannya yang terkini merupakan yang terbaik di seluruh dunia. Dia juga mempunyai satu Sahabat Pertarungan yang sangat hebat, Felice, serta seekor tunggangan peliharaan Peringkat Lagenda! Siapa yang boleh menandingi atributnya yang terkini?

Selepas mencapai Tahap 150, Zhang Yang mendapat satu lagi Mata Kemahiran baru untuk ditambah kepada <Klon Bayangan>nya. Dengan penaiktarafan terkini itu, dia kini boleh menyeru sehingga 6 Klon Bayangan serentak. Sebaik sahaja dia mengaktifkan <Klon Bayangan>nya, 7 Zhang Yang akan menjadi ancaman besar yang boleh membuat sesiapa sahaja menggeletar ketakutan!