webnovel

MMORPG: Kelahiran Semula Pelindung Legenda

Pheonix ialah makhluk legenda, satu keajaiban dunia, gambaran kehidupan dan kemusnahan. Makhluk kisah dongeng ini menandakan kebangkitan seorang hero dalam dunia maya di mana pertempuran berlaku demi kehormatan dan kemuliaan! Zhang Yang ialah seorang pemain dalam permainan yang pertama dan terbaik merevolusikan dunia: Keajaiban Tuhan. Permainan di mana pengetahuan tradisional tentang RPG tidak penting lagi, pemain perlu mensasarkan dan mengelak serangan secara manual. Menimbulkan jurang yang ketara dalam kemahiran antara pemain profesional dan amatur. Kejatuhan Zhang Yang datang terlalu cepat. Teman wanitanya dirampas, kesatuannya diganggu dan dibubarkan, dan juga didorong untuk membunuh diri! Terjun turun dari tingkat atas hotel, Zhang Yang berasakan dia sedang terbang seperti phoenix. Apa yang dia tidak tahu, pengakhiran hidupnya menandakan kebangkitan dia dari abu! Zhang Yang was a professional gamer in the first and most fantastic game that revolutionized the world: God’s Miracle. A game where traditional knowledge in RPGs did not matter anymore, players would have to manually target and evade attacks, giving rise to a significant gap in skill between a professional and an amateur gamer. Zhang Yang’s downfall came a little too soon. His girlfriend was snatched, his guild was harassed and disbanded, and he was even driven to commit suicide! Jumping off the top floor of a hotel, Zhang Yang seemed as though he was soaring like a phoenix. Little did he know that the end of his life also signified his rise from the ashes!

Flying Alone · Jeux
Pas assez d’évaluations
856 Chs

Gerak Hati Ahli Kimia

Éditeur: EndlessFantasy Translation

Sebaik sahaja Pilo terbunuh, kesemua 36 pengawal elit tadi lenyap sebegitu sahaja dan pertempuran itu terus tamat lantas membuatkan mereka semua sangat lega.

"Cepat tengok apa yang bos itu gugurkan untuk kita!"

Sesiapa pun akan berasa teruja apabila bercakap tentang hasil rampasan bos Platinum Ungu, jadi mereka semua begitu teruja tentangnya. Mereka mengelilingi bangkai bos itu. Bos yang malang itu bukan sahaja telah dipanah di belakang lututnya, malah terpaksa menanggung malu kerana menjadi bahan pameran setelah ia mati! 

Perkara pertama yang nereka dapat daripada hasil rampasan tersebut ialah sebatang kunci gelap yang boleh digunakan untuk membuka rantai yang dicipta khas untuk membelenggu watak khas seperti Merlinda.

Trofi kedua untuk kemenangan mereka merupakan sebuah [resepi] untuk satu kerjaya khusus.

[Resepi: Gerak Hati Ahli Kimia]

Kegunaan: Mengajar anda Gerak Hati Ahli Kimia.

Keperluan: Alkimia Profesional.