webnovel

BAB 4

"Bos semua dah setel."

"Bagus"

"Lepas ni apa rancangan bos?"

"Aku akan bunuh sesiapa sahaja yang dia rapat.Genap umur dia 25 tahun aku akan bunuh dia."

* * *

Sudah masuk dua minggu Raziq koma.Amira pula buntu dengan apa yang jadi.Dia pergi berjumpa dengan Maisarah.

"Wei,Maisarah...aku takutlah."

"Takut kenapa?"tanya Maisarah

"Aku takut...mak aku dah tiada,Raziq koma.Aku takut kehilangan kau juga Maisarah."kata Amira.

"Lek lek sudah.Kau tengok aku ni.Dah 3 tahun aku kenal kau tak jadi apa-apa pun.Kan kita janji kita bersahabat till Jannah."kata Maisarah memegang tangan Amira erat.

Amira sebak.Ya dia pernah berjanji bersama-sama tak kira jatuh bangun mereka akan tetap bersama sehingga akhir hayat.Tapi kenapa dia rasa macam ada sesuatu yang tersirat.

* * *

Amira balik dengan menaiki kereta Maisarah.Maisarah menggunakan lorong belakang untuk pulang.

"Apahal guna lorong belakang ni?"tanya Amira

"He he he...jalan ni jalan singkat untuk mengelak traffic jam.Aku selalu guna jalan ni."jawab Maisarah.

"Kau tidur lah dulu."

"Hmm...ok"

Tiba-tiba dia terasa seperti Maisarah keluar dari kereta.Dah sampai rumah ke?Bisik hatinya.Matanya membuka perlahan-lahan sambil melihat sekeliling.Masih di tempat yang sama.

Dia melihat keluar lalu ternampak Maisarah terkulai di tengah jalan.Dia keluar dari kereta lalu pergi ke arah Maisarah dalam keadaan tangis.

Dia tidak menghiraukan lelaki yang berada di sebelahnya.Dia ke yang buat Maisarah macam ni?

Lelaki tersebut menenangkannya.Tetapi Amira tidak memperdulikannya.

"Hey jangan nangis.Jaga diri elok " tau.Kita kawan till Jannah."kata Maisarah masih bercakap.

"Till Jannah."jawab Amira memegang tangan Maisarah se erat-eratnya

Maisarah senyum perlahan-lahan matanya terkatup.

* * *

Perlahan-lahan mata Amira buka.Cahaya lampu yang menyilaukannya menyukarkannya untuk membuka mata.

Dia berada di mana ni.Dia memandang ke arah sofa.Di situ terlihat lelaki semalam sedang tidur dengan nyenyak ya.

Dia menepuk dahinya.Alamak

Semalam dia menangis sambil memeluk lelaki tersebut lalu pengsan.Macam mana dia boleh tidak perasan.

Dia melihat wajah lelaki tersebut yang sedang tidur.Ha ha ha comel.

Dia mengambil bantal lalu membaling ke arah lelaki tersebut.Lelaki tersebut terloncat bangun akibat balingan tadi.Terkejut dengan tindakan Amira.

"Woi apa main baling-baling bantal ni."marahnya.

"Bangunlah membuta je tahu."kata Amira.

"Eleh orang dah selamatkan dia.Dia buat macam ni kat kita.Baik aku tinggalkan je kat lorong tu."

"Eee... Koyak.Macam perempuan."kata Amira.

Lelaki tersebut menjeling ke arah Amira.Tiba-tiba bunyi notification masuk dari telefon mereka.

"Aku harap kau bertabah."katanya sambil melihat telefon lalu ingin keluar dari situ.

"Oh lupa nak cakap.Nama aku Haziq Zikri.Panggil Zikri."kata Zikri sambil senyum kearah Amira lalu keluar dari situ.

Amira membuka telefon lalu melihat mesej yang masuk.

Mari kita sedekahkan al-Fatihah buat Anis Maisarah binti Ahmad Fuad yang telah meninggalkan kita malam tadi.

Ya...Amira tahu.Dia yang berada di sebelah Maisarah saat Maisarah menghembuskan nafas terakhirnya.

Wey Amira... Alhamdulillah Raziq dah sedar.

Zakwan mesej Amira.Kebetulan Amira berada di hospital yang sama Raziq di tempatkan.Dia bergegas ke wad yang ditempatkan Raziq.

"Assalamualaikum." Amira memberi salam lalu membuka pintu pabila terdengar suara Zakwan menyuruhnya masuk.

"Siapa dia?"Raziq berkata-kata apabila ternampak Amira yang membuka pintu.

Tiba-tiba......,

TO BE CONTINUED ✨