webnovel

BAB 2

Keesokan harinya...

"Awak nak nombor."seseorang menyapanya.Dahlah tak bagi salam terus minta nombor.Amira memandang ke arah pemuda itu.Raziq...dia nak apa lagi.

"Tak boleh."kata Amira.

"Ala bolehlah...please."rayu Raziq kepada Amira.Amira memandang ke arah Maisarah.Maisarah pula memandang ke arah Raziq.Amira memandang semula Raziq.Raziq seperti menyuruh Maisarah memaksa Amira untuk memberikannya nombor telefon Amira.

"Aku kata tak boleh...tak bolehlah."kata Amira memandang Maisarah.

"Kau bagi jelah kat dia.Nanti kan dia paksa kau.Kau marah."kata Maisarah.

"Aku kata tak boleh... tak boleh lah."kata Amira kepada Maisarah.

Pada masa yang sama,Raziq memandang ke arah telefon Amira yang terdapat di atas meja.Inilah masanya...Raziq pun terus mengambil telefon tersebut lalu mendail nombornya.

Amira yang perasan akan tindakan Raziq itu ingin mengambil semula telefonnya.Bergelut seketika tetapi Raziq berjaya.Raziq memulangkan semula telefon Amira kepadanya.

"Aku nak buang nombor ni."kata Amira.

"Kalau buang pun saya ada nombor awak."kata Raziq.

"Eeeee....BAKAL SUAMI."ingin termuntah Amira apabila melihat nama yang disimpan.Belum apa-apa lagi sudah mahu menggelarnya bakal suami.

"Alamak...busted."kata Raziq.Malu mungkin

"Gila."kata Amira.

"Ha ha ha!Amira jangan buang tau nombor tu simpan dalam hati baik-baik."kata Raziq yang sudah berada jauh lalu melambai-lambai ke arah Amira.

"Gila."Perlahan-lahan senyumannya terbit dari bibirnya.

* * *

Malam itu,Amira tidak dapat melelapkan matanya.Dia bergerak ke sana ke sini ke sana ke sana.Sudah jadi cacing kepanasan.'Kenapa dengan aku ni.'bisik hatinya.Dia duduk di atas katil.

Tiba-tiba kejadian pagi tadi terbayang diminda nya.Tersenyum dia apabila memikirkan nya kembali.Sebenarnya Raziq tu boleh tahan hensem orangnya.Tapi entah kenapa dia jual mahal sangat.Haih.Dia berbaring di atas katil lalu mencapai telefonnya.Dia melihat nama kenalan yang diletakkan BAKAL SUAMI.Tak ke gila namanya tu.Belum ada apa-apa mahu menggelarnya Bakal suami.

Tersenyum dia seorang diri. Tiba-tiba ayahnya mengejutkan nya.

"Hah!Buang terbuat ke apa ni.Senyum sorang"."kata Encik Hisham.Memang dari tadi dia mengintai anaknya yang sekejap seperti cacing kepanasan kemudian tersenyum sendirian.

"Takda apa-apa."kata Amira tersengih.

"Takda apa-apa...gi tidurlah."kata Encik Hisham.

"Ok."jawab Amira lalu menutup matanya.

* * *

Beberapa jam kemudian...

Encik Hisham masuk semula ke dalam bilik tidur anaknya.Dia duduk di atas katil yang menempatkan anaknya.Dia memandang ke arah Amira lalu mengusap-usap rambut anaknya.

Raut wajahnya sama seperti ibunya.Dia mengambil bingkai gambar yang berada di atas meja solek.

"Sayang,abang minta maaf."kata Encik Hisham.Tiba-tiba air mata lelakinya jatuh.Dia mencium dahi anaknya sebelum keluar dari situ.

Amira yang mendengar tangisan ayahnya terasa sebak.Tidak pernah dia nampak ayahnya menangis dalam seumur hidupnya.

Satu kejadian...

Misteri sungguh.Sehingga hari ini pembunuh ibunya tidak dapat dijumpai.Adakah ada rahsia?Rahsia yang akan membuatkannya rasa seperti dunia sudah terbalik.

Yang akan membuatkannya rasa kosong dan sepi.

TO BE CONTINUED ✨