webnovel

BAB 14

Seorang wanita mendukung anaknya lalu berlari membawanya ke suatu sudut. Kanak-kanak tersebut hanya ketawa girang apabila diperlakukan begitu. Dia tidak faham apa yang berlaku pada hari itu.

" Amira duduk sini tau." kata Puan Aini.

" Ibu nak pergi mana?" tanya Amira.

" Ibu tak pergi mana-mana sayang. Ibu tetap ada di hati Amira." kata Puan Aini memandang Amira sayu.

" Janji ya ibu. Ibu tak pergi mana-mana." Amira memegang tangan ibunya.

" Ibu janji."

" Aini!" Suatu suara garau menjerit memanggil nama ibunya. Puan Aini terus meninggalkan anaknya di situ.

" Bagitau aku mana kau letak harta tu?!!"

" Aku tak kan bagitau! Kau mata duitan!"

BAM!

Bunyi tembakan. Peluru tersebut tepat mengena ke dada wanita tersebut. Wanita tersebut jatuh terjelepuk tidak bernyawa.

Amira yang melihat dari jauh hanya tergamam.

" Ibu!"

.

.

.

.

.

Amira bangun dari mimpi. Terkejut dengan mimpi tersebut. Dadanya berdebar-debar.

Kejadian 17 tahun dahulu.....

Amira bangun dari katil menuju ke arah almari. Dia membuka sebuah laci. Dia mengambik kotak gang sudah berhabuk. Dia membuka kotak tersebut.

Semua itu barang ibunya. Dia terlihat satu kertas yang sudah menguning. Surat lama....

Di situ tertulis....

BUKA APABILA AMIRA SUDAH MENCECAH 25 TAHUN😊

Dia mahu membuka tapi dia membatalkan niatnya.

" Tunggu birthday kau Amira." kata Amira.

Dia menyimpan semua barang-barang tersebut lalu meletakkan semula ke dalam laci.

Dia menuju ke katil. Dia melihat jam. Kelihatan baru pukul 2 pagi. Macam mana lah boleh dia terbangun pada waktu macam tu. Dia tidur semula.

.

.

.

.

~ Amira ingat ya. Jangan pernah sia-siakan kasih sayang yang orang dah bagi kepada kita. Ingat tu.~

Suatu suara menyamah tidurnya. Suara ibunya. Dia rindu suara ibunya. Tanpa sedar dia sudah mengalirkan air mata.

* * *

" Zikri?"

" Raisya? Buat apa kat sini?" kata Zikri memandang ke arah pemilik suara tersebut.

" Sajer jalan-jalan sekitar sekolah ni. Tak sangka jumpa ex alumni kolej dulu." kata Raisya.

Raisya duduk disebelah Zikri. Zikri pula menjauhkan sedikit dirinya. Biar tidak rapat.

" Jual ais-krim apa?" tanya Raisya.

" Oreo....

* * *

Amira tahu yang dia perlu minta maaf kepada Zikri. Dia keluar dari perkarangan sekolah lalu menuju ke arah tempat Zikri selalu menjual aiskrim.

Entah kenapa tiba-tiba langkahnya terhenti. Dia terlihat Zikri bersama Raisya. Dia teringat amaran Raisya dulu.

" Cepat betul kau cari orang lain ya." gumam Amira di dalam hati. Dia hanya melihat.

Zikri memandang ke kiri. Kelihatan Amira di situ. Dia melihat Amira tersenyum sinis ke arahnya. Amira berpaling.

" Amira!" Zikri bangun tetapi dihalang Raisya.

" Sudah-sudah lah tu. Dia tak nak dah lah." kata Raisya.

Zikri menarik tangannya dari pegangan Raisya.

" Kau pergi sekarang. Pergi!" kata Zikri kepada Raisya.

' kenapa kena macam ni Amira.'  Zikri mengeluh sendirian.

* * *

" Aku benci kau!"

Amira mengulangi tiga perkataan itu berkali-kali sambil mencucuk ayam berkali-kali. Biarlah orang nak fikir apa asalkan dia puas hati.

Cepat sangat cari orang lain. Kena rejected sikit cari orang lain. Itulah lelaki.

Dia mencucuk ayam itu lagi. Biar puas. Nasi goreng sudah di habiskan.

" Hei sudah lah tu." kata seseorang lalu duduk berhadapan dengannya.

" Kau a tahu apa yang aku tengah rasa." Amira menunjukkan garpu ke arah orang tersebut. Nasib tak tercucuk mata.

" Raziq?" Amira meletakkan garfu semula ke dalam pinggan. Dia memandang Raziq. Raziq senyum ke arahnya.

" Awak buat apa kat sini?" tanya Amira kepada Raziq sambil makan ayam tu semula.

" Singgah sini kejap. Nanti nak ambik adik kat sekolah. Tak sangka pulak jumpa awak kat sini. Nampak serabut je. Kenapa?" kata Raziq.

Amira hanya diam memandang Raziq. Dia hendak bagitau atau tidak.

" Kalau taknak bagitau takpa. Tapi saya nak bagitau yang..." Raziq memandang Amira sebelum menyambung ayatnya.

" Saya akan sentiasa bersama awak." kata Raziq.

" Saya pun nak minta maaf pasal haritu. Yang awak datang rumah saya tak dapat jumpa awak. Saya demam." Raziq memegang lehernya.

" Tak apa." kata Amira.

* * *

" Sudah sampai masanya"

TO BE CONTINUED ✨