webnovel

BAB 13

Amira mengemas katil. Duduk rumah orang kemas lah. Tak kan biarkan aja. Anak dara apa nanti diorang fikir.

Amira keluar dari bilik tersebut. Dia memakai baju yang diberikan Zikri semalam. Dia menuju ke arah dapur. Kelihatan Puan Syuhada sedang menyiapkan sarapan.

" Selamat pagi." Puan Syuhada menegurnya sambil memegang dulang.

" Selamat pagi." Amira membalas. Dia memberikan senyuman kepada Puan Syuhada.

Puan Syuhada memegang lengannya.

" Cantik kamu harini."

" Terima kasih. Eh Mak Cik, kita tolong angkatkan ya?" Dulang yang dipegang Puan Syuhada beralih tangan. Amira membawa dulang tersebut ke meja makan.

" Assalamualaikum." Encik Nizam memberi salam.  Semalam Amira tak nampak dia. Mungkin pergi kerja agaknya. Amira menjawab salam lalu meletakkan dulang berisi cawan dan jug itu.

" Sayang, mana Zikri. Tak turun-turun lagi ni." tanya Encik Nizam yang sedang membaca surat khabar.

" Macam biasalah. Bangun lambat. Amira pergi ketuk bilik Zikri tu. Bilik dia hujung sekali." kata Puan Syuhada sambil memandang Amira.

Apa? Aku kena kejut. Omaigad

Amira menuju ke arah bilik yang dikatakan Puan Syuhada. Dia mengetuk pintu bilik itu. Pintu bilik itu dibuka dari dalam lalu terpampang muka Zikri. Baru bangun tidur.

" Nak apa?" tanyanya.

" Ibu awak suruh turun makan." kata Amira.

" Bukan ibu sayalah." kata Zikri.

Apa? Tak ngaku tu ibu dia. Dasar anak.

Sabarlah dulu tak sambung lagi.

" Ibu kita." kata Zikri sambil mengenyitkan matanya. Sudah pagi-pagi dah cakap macam tu. Dia keluar dari bilik meninggalkan Amira termanggu di situ.

.

.

.

Amira duduk disebelah Puan Syuhada

" Ibu tak kerja ke?" tanya Zikri lalu mencedok Mi goreng masuk ke dalam pinggannya.

" Kamu lupa ke? Harini kan hari Ahad cuti." kata Puan Syuhada.

" Kamu ni pun satu. Dah lah tak mandi lagi. Kamu dah janji kan nak hantar Amira balik." sambung Puan Syuhada.

Zikri pula buat muka toyanya. Yelah sapa nak dengar orang bebel bila baru bangun.

Suasana sepi seketika kecuali perempuan- perempuan. Membawang aja. Mengikut kata hati Amira Puan Syuhada ini peramah. Encik Nizam pula pendiam sedikit.

Sebenarnya.... Encik Nizam asyik memandangnya. Dia sudah seram sejuk.

****

" Bye! Jumpa esok." Zikri melambai kepada Amira.

Amira melambai semula kepada Zikri. Dia akhirnya sudah sampai rumah. Amira membuka kunci pintu rumahnya lalu masuk ke dalam. Kelihatan ayahnya duduk di sofa sambil membaca surat khabar. Amira perlahan-lahan menuju ke biliknya.

" Baru nak balik. " Encik Hisham berkata. Amira mehentikan langkahnya. Lalu memandang ayahnya.

" Ayah tanya ni?" suaranya dilembutkan.

" Baru nak balik ke?!" Encik Hisham menjerit. Amira sudah menggeletar. Dalam seumur hidupnya tak pernah ayahnya marah. Lagi-lagi macam sekarang ini.

" Ayah dah cakap kan. Jangan balik lambat." kata Encik Hisham.

" Tak kesian ke kat ayah asyik risaukan kamu." Encik Hisham bersuara lembut kali ini.

" Maafkan saya, Ayah." kata Amira mencium tangan ayahnya. Dia menangis.

Suasana sepi. Hanya tangisan Amira yang didengari.

" Ayah tak nak kamu kawan dengan dia lagi." kata Encik Hisham memandang anaknya yang sedang menangis sambil memegang tangannya.

Amira melepaskan tangan ayahnya lalu memandang ayahnya dengan pandangan yang Encik Hisham tidak pernah nampak dalam mata gadis itu seumur hidupnya. Kalau Encik Hisham selama ini tidak pernah marah pada Amira.... Amira juga bukan pernah memandang sebegitu.

Ya... pandangan penuh kekosongan.

" Ayah tak pernah faham Amira. Kenapa ayah suka sangat kawal Amira? Dengan siapa Amira boleh kawan. " kata Amira.

Encik Hisham hanya diam.

" Jawab ayah ." tanya Amira.

" Ayah risaukan kamu." kata Encik Hisham memandang anaknya.

" Bukan jawapan itu yang Amira harapkan." kata Amira berlari menuju ke biliknya.

Encik Hisham memandang anaknya lalu mengeluh. Dia terduduk meramas rambutnya. Apa yang dia dah buat?

" Maafkan abang, sayang." Encik Hisham memandang atas. Mengingati isterinya.

* * *

Keesokan harinya pada waktu petang,

Amira menuju ke keretanya. Kalau boleh dia mahu keluar awal biar Zikri tidak jumpa dengannya.

" Cikgu!" panggil Afrina berlari menuju ke arahnya. Di ikuti Ain di belakang. Kelihatan Ain termengah-mengah. Ada dengar juga dari budak-budak sekolah yang mereka panggilnya bulat. Amira tengok ok jer dia. Mungkin muka dia kot yang menampakkan dia bulat.

Amira memandang ke arah mereka berdua.

" Uncle Zik cari." kata Ain. Afrina tersengih macam kerang busuk. Ala tahu comel.

Amira terpaksa keluar juga berjumpa dengan Zikri. Tak tahulah apa jadi.

" Nanti jom keluar makan. Lepas habis jual ais-krim. Lepas tu ibu saya ajak pergi rumah jap. BLA BLA BLA. " Zikri bercakap. Dia kelihatan gembira sangat.

" Stop it." kata Amira.

" Hah?" Zikri tidak dengar apa yang dikatakan Amira. Seronok sangat  bercakap.

" I said stop it Zikri. Saya harap awak faham." kata Amira.

" Kenapa?" tanya Zikri. Dia tanya pulak kenapa.

" Tell me... what's wrong?"

" Awak tanya saya kenapa? Kan saya dah kata ayah saya suruh balik awal. Kenapa awak suruh saya tidur dekat rumah awak pulak?" kata Amira.

Zikri pula hanya diam. Amira memandang Zikri sinis. Dia pusing kebelakang untuk masuk ke perkarangan sekolah. Kereta dia ada di dalam.

" I think you will like it?" Zikri berkata. Amira mendengar.

" Sebabkan awaklah. Ayah saya tak bercakap dengan saya dari semalam sampai hari ini." kata Amira tidak memandang Zikri. Lalu terus melangkah ke arah keretanya. Ya pagi tadi dia menegur ayahnya tetapi ayahnya tidak menjawab.

Zikri tidak boleh menghalangnya. Dia hanya memandang pemergian Amira.

Jangan BAHAGIA pada mulanya. Takut nanti PAHIT pada penghujungnya.

" Itulah cinta manusia. Boleh berubah-ubah. Ada pahit ada yang manis. Macam ubat ada ubat dia pahit pada lidah manusia. Ada ubat dia manis pada manusia." kata Ain.

Memang daripada tadi Ain dan Afrina berada di anjung. Anjung tersebut berdekatan dengan pagar sekolah. Jadi mereka boleh melihat apa yang terjadi di luar.

Yup! Mereka nampak apa yang terjadi tadi.

" Ain... Pandai buat ayat ya? Patutlah Imran suka kau dulu." kata Afrina memandang Ain.

" Aku yang minta break sebab nk UPSR. Jahat kan aku. HA HA HA." Ain sudah ketawa.

.

.

.

.

.

.

TO BE CONTINUED ✨